Baru aku sedar dah lama rupanya aku tak bagi tips-tips. Memandangkan ada yang selalu tanya aku macam mana nak kurus, nak kurangkan berat badan, nak mengawal nafsu makan yang berselera sangat dan macam-macam lagi. Serba salah pulak aku dibuatnya. Aku ni bukannya pakar perubatan mahu pun doktor kesihatan. Aku cuma Stokis Catalyst. haha sempat lagi promote produk sendiri.
Baiklah. Setakat cuti ini berat badan aku mampu terkawal lagi. Even naik 3kg hari tu sebab selalu ikut mak aku pergi kenduri, alhamdulillah lepas tu aku makan VCO berat badan aku turun balik. Pastu naik lagi, pastu turun balik.
Aih, aku pun tak paham. Mungkin sebab cuti ni aku asyik makan, tidur, tengok tv. Jogging jarang sekali, apatah lagi beriadah. Tanpa membuang masa lagi dok baca aku merepek, jom cekidaut macam mana nak jaga badan daripada diserang apa-apa penyakit.
1. Jangan makan ayam dengan susu.
Haa. Ini larangan dalam agama Islam. Sampai sekarang aku masih lagi mengikuti larangan ini. Adakah korang jenis yang selalu makan KFC dengan Milo Ais dalam masa yang sama? Sila tinggalkan tabiat ini ye. Memang tabiat ini tak elok. Boleh memudaratkan kesihatan badan korang.
2. Jangan tidur selepas makan.
Lepas makan, jangan terus tidur. Sebaliknya, buatlah aktiviti lain dahulu. Lepas 1 jam, korang nak tidur sehari pun tak apa. Aku selalu ikut tips ini sebab mak aku selalu pesan "haa..lepas makan duduk sat. Jangan nak tidur pulak". Hehe macam tahu-tahu je mak aku ni.
3. Makan menggunakan tangan dan bila habis makan hendaklah menjilat jari.
Nabi selalu mengamalkan cara ini. Kita sebagai umatnya jugak perlu mengamalkan cara ini. Ahli-ahli saintis membuktikan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. Enzim tersebut ialah sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak akan dihadam.
4. Jangan makan makanan darat bercampur makanan laut.
Seperti udang, sotong, ayam, ikan, ketam. Kalau ada sesiapa di sekeliling korang yang masak atau makan bercampur macam ni, seeloknya tegurlah dia. Dalam kitab Al-quran pun ada mengatakan hal ini. Ini pun terbukti oleh saintis di mana dalam ayam ada ion positif, manakala dalam ikan ada ion negatif. Apa yang akan terjadi? Maka, tindakbalas biokimia akan terhasil dan boleh merosakkan usus kita. Ah takutnya aku dengar.
5. Minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya insyaAllah akan dijauhkan dari penyakit. Rasulullah selalu mengamalkannya.
6. Jangan tinggal makan malam
Siapa yang suka skip makan malam? Lepas ni silalah buang tabiat ini ye. Mungkin korang nak jaga badan. Kononnya makan malam akan menaikkan berat badan. Sebenarnya, kesan yang akan korang terima akibat selalu tinggal makan malam adalah kolestrol akan bertambah 2 kali ganda. Pergh! Haha.
Cukuplah sekadar ini sahaja. Kalau ada yang terkena kat batang hidung sendiri, lebih baik lakukan perubahan dengan segera demi kesihatan badan diri sendiri jugak. Semoga tips pada kali ini lebih bermanfaat untuk kita semua.
Thanks for reading my story if you are!
23 Budak innocent yang comel:
wah...trime kasih..ct mmg perlu tips2 neh....akan diamalkan..yeahhh! :D
@ctk sama-sama. yeahh! jom kita amalkan :)
perghhh..mkn malam selalu tinggal pasal da lewat...mlas nak makan da...upenye kolestrol naik...ag satu makn kepci memang selalu minum milo pasal xmo amek air bergas
Yang no 6 tu betul ke? Yey! Best. Bleh makan malam.
http://yanaandfabolousity.blogspot.com/2011/11/pose-like-star-contest.html
jo join contest.. :-)
tips terbaik lah....^^
@misz sheyla haha. tak bagus tu. so, sekarang kena ubah la ea ^.^
@LydSunshine semua tips ni terbukti berkesan. ye. tmpoh makan malam pukul 6.30 ptg-7.30 shj.
@hazanis hehe thanks :)
nice tips yaww! :)
i suke mkn kepsi ngan milo ais.
kne kurgkan laa nmpknye.. T_T
ooo..tips nk gemuk plak..kne mkn ayam KfC ngn milo r erk..ehehe..
nak tips gemuk plak..^.^
Jangan makan aikeeem ngan cekelattt! hahah
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/interconnected-friday.html
Nice tips ! Lepas ni nak amalkan :D
seyes banyak ilmu baru ni.pasal jilat mknan tu abg tau :) pasal mkn mkn makanan laut + darat sekali gus, kena makan malam..tu semua ilmu baru.trimas dik :)
Akan diamalkan! hehe[^^]
menarik entry ni..:)
@Eyda Dania haha. nanti ezzat buat tips nak gemuk ye.
@Nurfarahin Abu Samah thanks :)
@afzalsukasuki hehe thanks abg afzal :)
@izah :) thanks. jom amalkan :)
waahhh, syukran syukran :D InsyaAllah diamalkan ..
tips yang bagus ni =)
wahh..pengetahuan baru ni..
nice sharing..:)
Post a Comment