Azam 2012

Assalamualaikum

Aku tak sangka sekejap aje 2011 akan pergi. Aku macam tak percaya tahun depan aku akan menghadapi peperiksaan yang pastinya penentu masa depan aku. Baru aku sedar yang aku dah makin dewasa. Jadi, perangai pun mesti makin matang, tanggungjawab sudah tentu makin berat. 

http://30.media.tumblr.com/tumblr_lvlmq9ySlb1r2h6ioo1_500.jpg
Apa azam aku untuk tahun 2012? Sudah pasti banyak. Tapi dalam banyak-banyak tu, tidak semuanya akan tercapai. Mungkin aku kena berusaha lebih kuat untuk merealisasikan azam 2012 aku. 

1. 9A+ dalam SPM
Itu target aku, matlamat aku, azam aku. Kalau tak dapat.... Ah tidak! 'Kalau?' Aku bukan jenis yang mengaku kalah sebelum bertanding. Kalau ada rezeki aku, insyaAllah aku boleh.

http://1.bp.blogspot.com/_DmZYLi-ezCw/TQN33M_C3XI/AAAAAAAACwE/ciJeZyzstBU/s1600/kill+me.jpg
2. Berubah sepenuhnya ke arah kebaikan
Setiap tahun pasti akan ada azam macam ni. Entah boleh atau tidak. Mungkin boleh, mungkin jugak tidak. Tapi, aku kata boleh. Amin.

3. Jangan tinggal solat
Itu sudah pasti. Aku akan cuba. Ye, aku dah cuba. Alhamdulillah. Aku akan kekalkan. Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku. Jauhilah dari segala bisikan syaitan laknatuallah.

4. Tidak mengeluh dan jemu bila belajar
Aku tahu aku selalu mengeluh bila belajar. Aku tahu aku cepat jemu bila bukak buku Sejarah, buku Biology, buku yang penuh dengan fakta, tulisan dan sebagainya. Aku akan cuba untuk belajar erti kenikmatan dan keseronokan dalam belajar. InsyaAllah

5. Jangan lukakan hati mak ayah
Aku tahu aku bukan seorang anak yang baik, anak yang solehah. Sekurang-kurangnya aku sentiasa menyesal dengan apa yang telah aku lakukan. Alhamdulillah, aku masih sedar akan kesilapan diriku ini. Semoga hari-hari yang akan datang, aku dapat sentiasa menggembirakan hati mereka.

http://jendelaku.files.wordpress.com/2009/10/kucing.jpg?w=300&h=225
Cukuplah sekadar ini sahaja. Biarlah azam-azam yang lain tu aku simpan dalam hati. Mungkin jugak dalam laci. 

Thanks for reading my story if you are!

Oh lupa, pasal Wordless Wednesday tu, insyaAllah aku akan umumkan pemenang pada petang esok. Susah nak pilih pemenang. Semua lawak lawak. Korang pakai bomoh siam mana ni? Aku pakai kucing siam je.


Bye-Bye!

11 Budak innocent yang comel:

UniMeOw said... Reply to comment

waaa bagusnya...dah ada azam!!

(errr baru ter'pk nak wt azam tahun dpn bla baca n3 ni..haha)

Nalisa Syahira said... Reply to comment

waaa , jangan hangat2 tahi aym je , good luck ;)

laskar pelangi said... Reply to comment

goodluck:)

Ezzattie said... Reply to comment

thanks akak-akak sekalian :)

Razil Tahir said... Reply to comment

Wah! Dah ade azam baru! Bagus! XD

I tagged you in a contest! Feel free to join! XD

http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2011/12/study-biar-slambe-result-biar-gempak.html

Nurul Husna Kim said... Reply to comment

waaaa SPM 2012 rupanya 8D
Do your best oke?

Kadang2 result SPM di luar jangkaan kita. Sebab tu jangan jemu,kan?

Subjek sejarah jemu tapi lama2 oke la tu :)

Semoga azam2 adik tertunai sepanjang tahun depan :) amin ^^

TehaaNFM said... Reply to comment

good luck (;

ezzu said... Reply to comment

gudluck utk azam 2012 tu...azam ezzu utk habiskn diploma pada masanye n memperoleh keputusan yg cemerlang...hehehe

eva said... Reply to comment

wow! azam yang hebat.. kene berpegang diri tu.. gudluck for next year oke.. komfom boleh punyer!

misyamissyou said... Reply to comment

wahh cpt betul dia rangka azam..semoga dpermudahkan urusan tahun dpn :D

hyz said... Reply to comment

semoga azam terlaksana. amin.