Contest : Andai Aku Blogger Terkenal

Assalamualaikum

Alhamdulillah bernafas lagi aku hari ni. Tadi aku blogwalking, pastu terjumpalah contest yang gempak ni. So, siapa yang rasa nak join contest ini klik banner di bawah ye.
 Tarikh tutup : 10 Disember 2011

Kalau dah ada contest tu, mesti ada syarat-syaratnya kan? Bukan senang untuk orang bagi hadiah tanpa bertanding kecuali hadiah harijadi :p

Follow blog mereka bertiga

Syarat-syarat seterusnya? Klik SINI

Andai aku blogger terkenal...

1. Tak nak sombong
Pada pandangan aku, ramai orang yang baru nak terkenal, tapi dah mula sombong. Maaflah kalau ada yang terasa. Tapi memang kenyataan. Dah mula perasan ramai peminat kipas-susah-mati, pastu menyombongkan diri. Memang boleh cakap perkara ni biasa sangat terjadi, tapi nampak macam tak adil kan kalau dipandang remeh. Cuba bayangkan tanpa peminat semua tuh, tak mungkin kita akan terkenal. Betul tak? Jadi, hargailah peminat. 

Same goes to blogger, bagi aku tak ada sebab nak sombong dengan pembaca setia blog kita. Kalau ada apa-apa yang diorang nak tahu ke, just answer it. Kalau ada readers yang memuji kecantikan kita, puji blog kita best, lawa, nice, gojes, gonjeng, apa salahnya ucapkan "Terima Kasih". Sekurang-kurangnya, orang tak anggap kita lupa diri atau tak sedar diri. Tak ada sebab untuk kita sombong. Pastu bagi kenyataan, "Maaflah, kite cibuk sangat. Tak dapat nak balas question u'olls". Kadang-kadang memang kita perlu memahami keadaan orang lain, tapi cubalah untuk memahami perasaan orang.

2. Membalas jasa
Aku akan cuba untuk membalas jasa pembaca blog aku yang setia dalam bentuk apa jua sekali pun. Kebanyakan yang aku dapat perhatikan, sesetengah blogger terkenal tak pernah appreciate jasa pembaca blognya. Bak kata pepatah, "Seperti kacang yang melupakan kulit".

Kalau aku blogger terkenal, aku mungkin akan buat gathering beramai-ramai. Belanja diorang ke. Atau bagi free gift kat diorang ke. Atau pun sekurang-kurangnya buat ucapan tanda menghargai pembaca seperti mereka. Itu pun "kalau". Aku rasa aku tak layak kot jadi blogger terkenal.

3. Kongsi tips/rahsia
Yelah, kita terkenal pun mungkin sebab-sebab tertentu. Mesti ada rahsia atau tips ke. Blogger lain pun tahu menilai blog mana yang diorang  suka. Salah satu sebab yang biasa kita nampak ialah blogger cantik, hensem. Haa mungkin ramai pembaca yang nak tahu rahsia macam mana mereka boleh dapat kulit yang cantik, muka yang cantik. Pastu request tutorial, video. Kedua, mungkin cara penulisan blog yang cool, ringkas dan menarik hati blogger lain sehingga menjadi pembaca blog yang setia. Betul tak?

Jadi, kita yang dah terkenal ni tak payahlah nak kedekut ilmu pulak. Kalau rasa perlu untuk dikongsi bersama blogger lain, apa salahnya kan. Sharing is caring.
4. Bantu blogger baru
Kita dulu pun masa baru nak merangkak dalam dunia blog ni pun perlukan seseorang untuk mengajar dan membimbing kita kan. Jadi jangan pandang serong, pandang rendah kat blogger baru. Mengutuk kat blog "Tak suka blogger baru. Cara penulisan yang membosankan, gedik, pastu pasang lagu kuat-kuat kat blog, widget berlambak-labak dalam blog. Menyampah aku!"

Sedarlah diri sikit. Kita dulu pun pernah jugak buat macam tu. Cuma dah lupa diri. That's why mengutuk sampai macam tu sekali. Sepatutnya kita perlu tegur dia,ajar dia macam mana nak maju dalam dunia blog. Tapi, kalau dia tak nak dengar atau ikut nasihat yang kita bagi, biarkan je lah. Aku selalu jugak perasan blogger terkenal yang selalu kutuk blogger baru. Hentikanlah. 

5. Thank You Allah
Dah terkenal, opkoslah kena bersyukur kan. Semoga usaha kita selama ni diberkati olehNya. Amin.

P/s : Perkataan 'kita' bukan merujuk kepada aku. Tetapi umum. Sesuai untuk korang semua. Bukan untuk kite-kite aje. Haha

Untuk contest ini, aku tag Ninie, Fadz dan Nana. Jom join.

Thanks for reading my story if you are!
 

Bye-Bye!

6 Budak innocent yang comel:

- said... Reply to comment

cayalah entri kali nih...hehheeh berjaya menarik perhatian ku selaku penggemar blog..hehhhehe..pape pun cayalah...i like..heheheh

Ezzattie said... Reply to comment

@cik.blogger vs cik.muka buku hehe thanks :)

ch000tz said... Reply to comment

menjadi diri sendiri adalah yang terbaeeekk :)


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html

iAmCekbolat said... Reply to comment

`yupp.. betui tuh kak ^^

Ezzattie said... Reply to comment

@c'axoera betul tu.

Ezzattie said... Reply to comment

@CekbOlat-bOlat hehe thank you :)