Muhasabah diri seorang pelajar

Assalamualaikum

Notis : Cerita ikhlas dari hati seorang insan.

Aih semak perut aku bila pikir pasal tahun depan. Iye lah, dah tak lama lagi aku nak Spm. Homework berlambak, tak pernah nak siapkan. Inikan pulak nak buat ulangkaji. Adoi pening pening pening. Mak pulak nak hantar aku pergi tuisyen. Padahal aku menangis tergolek-golek merayu kat mak aku mintak cari pusat tuisyen.

Sebulan lebih kot cuti sekolah. Otak aku dah tepu. Hari-hari ngadap komputer. Blogging, blogwalking, facebooking bukan akulah tu kalau tak buat. 

Mak aku pulak dok bising hari-hari "Adek..adek.. Bilalah mak tengok hang ni berubah? Asyik dok ngadap komputer je. Dari pagi sampai petang pastu melarat sampai ke pagi. Orang bangun sembahyang Subuh, hang baru nak tutup komputer." 

Adoi aku pun tak paham jin manalah yang melekat kat b*ntot aku ni. Susah benor aku nak berenggang dengan komputer.Kejap, aku nak muhasabah diri.

1. Mana pergi impian kau nak dapat 9A+ tu ha?
Ish sampai terlupa aku dengan impian sendiri. InsyaAllah, aku akan cuba buat yang terbaik untup menjadikan impian aku menjadi realiti. Aku akan cuba!

2. Kau tak pernah pikir ke pasal nasib keluarga kau?
Sobs..sobs..Aku sedih bila harapan mak dan ayah aku untuk melihat aku berjaya tak tercapai. Aku kena berubah. Berubah untuk rajin belajar. Aku tak nak mak ayah aku nangis bila tengok anaknya menghampakan mereka. Aku tak nak!

3. Macam mana pulak dengan cita-cita kau yang menggunung tu?
Aihh. Eh! Jangan mengeluh. Jangan mengeluh. Kalau Malaysia boleh, aku pun boleh. Aku boleh!

4. Kau tak malu ke dengan apa yang orang akan kata bila kau dapat result hampeh?
Siapa yang tak malu kan. Mestilah malu. Aku tak nak diorang pandang rendah kat aku. Aku tak nak diorang anggap aku orang tak berguna, orang bodoh! Aku tak nak!

5. Pikirlah sikit tentang masa depan kau.
Aku tengah pikir lah ni. Adoi. Aku tak sanggup tengok masa depan aku hancur disebabkan sikap aku yang malas ni. Aku tak sanggup!

Itulah serba sedikit muhasabah diri daripada aku untuk diri aku. Walaupun ada sedikit keluhan di situ tak bermakna aku mengeluh, aku give up. Sebaliknya, aku mesti berubah. Yup! Aku akan berubah. Selamat tinggal dunia. Selamat tinggal semua. ceh

Thanks for reading my story if you are!




Bye-Bye!

12 Budak innocent yang comel:

brader anynomous yg tak dikenali said... Reply to comment

ye, selamat tinggal dan selamat berjaya, . . . . . dah jadi usahawan internet yg berjaye, . . . . dalam pelajaran pun mesti berjaye jugak, . . . . . gud luck sis ezzat. . . .

Miss Xyz said... Reply to comment

thun dpn sye PMR. doakan kita sesama dpt 9A. sbb sye pun amik 9 mata pljrn thun dpn.. ;D

FarahNazurah said... Reply to comment

same lah. otak fara pun dah tepu. lepas PMR je terus tutup buku. padahal tahun depan kena fight. subjek pun makin bertambah T.T

nurmujahidah said... Reply to comment

relax,,, bagi muja,, time cuti,, memang kite kena cuti,, and nanti dah masuk skolah hilangkan mud cuti,, kena belaja sungguh2,, you will find this true sebab bile dah masuk form5 btol2,, insya ALLAH kite akan dapat motivasi sebenar,, dulu,, kalau cuti,, muja akan cuti secuti-cutinya,, sebab time kat skolah,, no time to rest dah,, confirm,, and result kitorang yang dok asrama ni alhamdulillah,, so,, gunekan cuti sebaik mungkin,, define la sendiri sebaik mungkin tu camne k,, jangan lak gune alsan ni nak beronline manjang k :D

shiema sufian said... Reply to comment

gudluck ye adik. shiema boleh je score 9A walaupun berblog. adik ujugak pasti boleh (;

Cik Azmah said... Reply to comment

hehe.. normal la kalau rasa macam tu.. think positive sis.. tak salah nak berblogging and segala macam tu tapi kena pandai bahagikan masa la.. stdy jgn lupa :) semoga berjaya dalam SPM tahun depan.. ^^ wish u the best of luck..

gdsbnga said... Reply to comment

akak dah lepas spm dah . tahun lepas . tahun spm ialah tahun yang paling memenatkan . macam2 yang cikgu bagi dengan kelasnye , kejenye , testnye . aigooo . yang penting kena kuat :D

Ezzattie said... Reply to comment

terima kasih brader, terima kasih dik, terima kasih kakak-kakak. terima kasih semua.

i will do the best!

^.^

Miss Star said... Reply to comment

Good Luck ye akak..
Usaha tgga kjayaan.. :)

Miss Hidy said... Reply to comment

Bila time cuti sekolah masih kira flexible jgak hendak surf intent. But bila dah start sekolah..jagn jadi lagu ni dah..SPM la penentu kita nk ke arah mana. Sama ada ke menara gading @ sebaliknya. Pape pun kak hidy wish all the best for you..Hope u will achieve what u want in your life..(^_~)

Cik Nurul said... Reply to comment

buat yg terbaek taw.. dgr ckp mak tu ok? ^^

Hazren Han said... Reply to comment

kelebhan terletak pda dri msg2..dmane ad kmahuan dsitu ad jln..dmane ad pluang..dsitu kite kejar...gud luck spm...;)