Mukadimah November 2012

Assalamualaikum yo!

Alhamdulillah, aku masih hidup lagi. Masih aktif dalam dunia blogging. Cuma aku tak aktif untuk mengadap blog ni. Aku teramat-amat busy. Ahmad pun tak busy macam aku ni. Sapa Ahmad? Abaikan.

Serious, aku rindu dengan dia. Aku rindu blog ni la wei. Last update pada bulan June. Wow! 5 bulan aku melenyapkan diri. Sekarang baru nak carik dia ni. Ala busyuk-busyuk. Nasib baek blog aku tak merajuk. Tak meragam. Pui! Mukadimah macam haremm.

Okaylah. Apa motif aku update ni? Aku just nak bagitau, sebab aku tak update blog. Busy dengan macam-macam aktiviti. Dengan koku, hari graduasi, seminar kerjaya, motivasi, gerak-gempur, gendang-gendut lah ape lah, ok. Tu mengarut. And now aku dalam mood study coz SPM masih belum habes. So, aku just nak biasakan diri semula untuk meng-update blog macam dulu. "Dulu" tu macam dah lama sangat je kan? 

Kalau korang nak tahu, yang tak nak tahu, syuhhh. Aku jugak giat berbisnes. Bisnes kecil-kecilan je. Tak de lah berjuta-juta tu. Beribu je. Haha. So, ni salah satu punca aku tak dapat nak berikan perhatian kat blog personal aku ni. Aku just update blogshop online aku iaitu Zatie Catalyst eSHOP.

"Bisnes-bisnes jugak, study jangan lupa." Fuhh, ayat ni betul-betul menikam sanubari aku. Ramai pulak orang dok advise aku. Ayoyo, aku pon dah naik bosan. Hihi. Tapi tak apa lah. So far, alhamdulillah. Study maintain, bisnes pon ok. Ok la jugak dari tak masyuk langsung.

Terlalu banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya. Tak berharap pun untuk orang asing macam korang baca. Aku menulis supaya bila aku bosan, aku dapat bukak blog aku ni dan baca apa yang aku tulis. 

Dari penulisan yang tak matang kepada matang. Dari tidak berguna - menjadi orang yang berguna. Dari selalu perabihkan duit mak bapak - reti bahasa carik duit sendiri. Alhamdulillah. Aku bahagia & sangat bahagia dengan hidup aku sekarang. 

Aku berpegang kuat pada 1 pesanan ni. "Jangan lupa diri"
Na'uzubillahiminzalik >.<

Nak menepek sikit gambar-gambar yang ada dalam folder aku. See??? Aku tak tipu. Betul-betul sarat dengan aktiviti. Maklumlah, 2012 is the last year aku bergelar "secondary student". Pasni, orang panggil "budak U pulak". Insya-Allah..

Waktu ni menunggu bas selama 2 jam tak silap aku. Semata-mata nak pi Fokus A. Program belajar sampai bijak. Kalau tak bijak jugak tak tahu la. seratus hengget melabur tu. Sorry, aku bukan berkira. Tapi aku guna duit aku sendiri. Program tak berapa nak mantap, membosankan. Ergh sudah. Tak nak aku ingat lagi.


Huhu yang ni hari yang paling besh. Graduate day. Ni 5 hari before SPM. Time ni aku demam giler tapi gagah pergi sebab nak naik stage ambil sijil punya pasal.


Ni aku terlibat dalam satu pertandingan, Gotong-royong kawasan Balok. Tak pernah-pernah aku lari kutip sampah semata-mata nak dapat hadiah. Pertandingan paling kelakar sebab berebut-rebut masing-masing nak carik sampah. Alhamdulillah, tak sia-sia lah badan, tangan aku bau busuk. Dapat tempat ketiga ^_____^


Satu-satunya aktiviti organised by me. Jamuan Kelas. Segala aktiviti, hadiah dan tempat disediakan oleh aku. Tapi bukan aku sponsor lah. Berbayar. Hihi. So happy sebab bebudak kelas aku give a cooperation yang sangat tinggi. Thanks all. Aku pasti aku akan merindui korang semua even korang cakap aku "Serious, garang, etc." Sampai hati korang.


Yeahh! Perkhemahan Bersepadu. Aku mewakili Pandu Puteri as leader, sangat berbangga sebab tahun ni tak mengecewakan. Dapat collect 2 Johan dalam pertandingan Pandu Arah & Membuat Gajet. Tahniah untuk diri aku sendiri. Haha

Motif gambar last sekali? Pegang buah pelam. Time ni aku holiday di Perlis. Giler ko, 5 tahun tak balek, tapi still macam dulu lagi. Maintain dengan keindahan bendang padi ni. Syiok habes! Cuti sekolah aku plan nak balek Perlis lagi.

Semoga aku diberikan kekuatan & semangat untuk meng-update entry seterusnya. Sorry kalau ada salah silap. Harap dimaafkan. Aku menaip ikut suka hati aku je. Malas nak tapis. Aku bukan buat movie porno. Dush! *kena belasah*

P/S: 27hb adalah tarikh keramat yang aku nanti-nantikan di mana SPM tidak menghantui aku lagi. Wish me luck untuk next paper. Killer habaq hang. Fizik, Biologi, Kimia, Addmath. Huhuk. Babai.

Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!

Review Tony Moly Lip Tint Korean Look

Review 1 : Lip tint yang kecil yang sangat comel. Lip tint boleh dijadikan blusher bila tak sempat nak make up. Hasilnya memang tersangatlah SUPERB!
Review 2 : Lip tint ni cepat meresap ke dalam bibir and makes your lips look so natural. Bibir pun nampak macam sangat menggiurkan sebab the colours is so natural!

Review 3 : Lip tint ni tak nampak over. Make up pon tak adelah tebal. 
Nampak natural gitu.

 Review 4 : This is pretty good product.

Review 5 : Lip tint highly pigmented and stays on my lips even after ate breakfast and luch. I love it even more a few hours after applied, it looks more natural.

Review 6 : Sangat-sangat jatuh cinta dengan Lip tint. Teksture yang sangat ringan. Bila pakai, nampak natural. Bibir pun tak rasa melekit.

Haaaa, best kan baca review dan feedbacks pasal Tony Moly Lip Tint ni? So, apa tunggu lagiiii?! Orderlah sekarang sebelum PREORDER Batch 1 ditutup.

To order, PM/inbox facebook aku >>  
http://www.facebook.com/messages/zatiecatalyst

Name :
Address :
No hp :
Colour : Apple Red/Cherry Pink
Quantity :
Payment via : CIMB/Maybank 
 
 


Bye-Bye!

Lip Tint Korean - PRE ORDER

 Assalamualaikum

Wahhhh, dah lama giler aku tak update blog ni. Rindu memang rindu, tapi aku sangat busy dengan study dan bisnes. So, kena stabilkan keadaan dan emosi aku untuk update. 


Kali ni, aku ada sesuatu yang menarik yang nak dikongsikan untuk korang semua. Pernah tak tengok filem, drama, variety show korea? Mesti korang akan notice yang bibir diorang sentiasa pink/red kan? Tipulahh kalau tak perasan.

 

Sebenarnya, diorang semua ni pakai Lip Tint Tony Moly ni laa.. haa, actually aku ada jual Lip Tint Korea ni. Cuma tak de masa nak bagitau kat bloggers sekalian. 


Kat gambar atas ni, hasil yang akan korang dapat bila apply Lip Tint ni. Cantik kan?


Ni contoh pelakon korean sedang memakai lip tint.

2 Colours available for this lip tint
*Apple Red
*Cherry Pink

Price : RM15/bottle

Kalau korang berminat, boleh direct order dengan aku. Camane nak order?

To order, PM/inbox facebook aku >>  
http://www.facebook.com/messages/zatiecatalyst

Name :
Address :
No hp :
Colour : Apple Red/Cherry Pink
Quantity :
Payment via : CIMB/Maybank

Ohh! Lupa pulak nak cakap. Harga di atas belum termasuk postage.

Postage hanya tambah RM3. Available for Sem.Malaysia dan jugak Sabah&Sarawak. Murah kan? Cepat order sekarang! 

Untuk PREORDER BATCH 1, available for 100 bottles.

Bye-Bye!

Wordless Wednesday #9


Inilah penyebab kenapa aku tak update blog.

Bye-Bye!

Today is my birthday.

Assalamualaikum

"Dah tua kau rupanya."
"Tak sangka beso dah kau."
"Hadiah? Non-ada."

Seriously! Tiada ucapan yang boleh aku katakan selain "Terima Kasih" dan "Thank you very much". Aku betul-betul menghargai wishes dari korang semua even ada yang aku tak kenal pun. Inilah yang dikatakan Friends. hehe

For those yang hantar sms kat aku especially Hidayah, Rafiqah, Fakhira, Maisarah, Haliza dan lain-lain lagi, aku pun dah baca sms korang. Korang memang sahabat sejati aku. Terharu :') Tapi tak lena tidur aku kot asyik dapat sms dari korang. haha
So, thank you very much alls! My beloved mom and dad, my sweet siblings, my bestfriends, my facebook friends, kawan-kawan lama, bloggers, customers, boyfriends *ops! tersasul. 

I really-really-really-really-really appreciate it! 













P/S: Aik? ucapan je? Hadiahnya mana? :)


Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!

Dapat laptop baru.

Assalamualaikum

Hampir 1 bulan aku tak dapat online, blogging, blogwalking, menjalankan bisnes aku dan macam-macam lagi disebabkan masalah internet dan komputer. Tapi alhamdulillah. Semalam pergi PC Fair kat ECM Kuantan. Tujuan aku hanya satu, carik laptop. Akhirnya...

 
Terima kasih mak sebab tolong adek yang sedang dalam kesusahan. Terima kasih abang, kakak sebab teman adek semalam. Kalau tak de korang, mesti adek tak dapat update blog sekarang :')

Lepas ni, aku akan jejak semua orang yang rajin datang ke blog aku even blog aku dah lama menyepi tanpa sebarang berita. 


http://www.bandofcats.com/wp-content/uploads/2009/07/funny-cats_56.jpg

P/S: Nasib baik tak ada yang buat gossip aku dah mati. haha

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!