Variety Show Paling Best

Assalamualaikum

Ekceli dah lama aku nak buat pasal ni. Tapi tak tersampai hajatnya atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah akhirnya masa yang aku nanti-nantikan telah pun tiba. tahpape. Padahal bukan ada apa sangat pun.

Haa aku nak citer lah sikit pasal variety show ni. Variety show apa tu? hehe. Korang pernah tak tengok variety show Korea iaitu Running Man? Aku pasti sepasti-pastinya ada di antara korang mesti pernah tengok kan? Kalau tak ada, aku kesah hape. Janji aku ni memang peminat kipas-susah-mati Running Man. haha.

http://i.dramacrazy.net/RunningMan_21.jpg
Running Man adalah sebuah rancangan yang paling kelakar pernah aku tengok. Sebenarnya Korea ada banyak variety show seperti We Got Married, Family Outing, dan banyak lagi. Tapi Running Man jugaklah yang menjadi pilihan hatiku.

http://4.bp.blogspot.com/-Gs8teeUhkrc/TdLAETALNJI/AAAAAAAAAQE/alFYaKsrRzw/s1600/1432d4134cff6b372cf337.jpg
Dalam show ni, ada banyak permainan yang pastinya begitu mencuit hati. Dan setiap episod, akan ada artis-artis jemputan yang turut menyertai dalam permainan ni. Member-member tetap dalam show ni pulak ialah

http://static.allkpop.com/wp-content/uploads/2010/03/20100311_haha_2-459x317.jpg
1. HaHa
Aku memang suka sangat kat dia ni. Perangai dia macam budak-budak even dah berumur 33 tahun. Perangai tak matang dia ni lah yang membuatkan dirinya nampak mudadan funny. Dalam Running Man (RM), orang semua gelarkan dia Haroro sebab gaya dan penampilannya macam Pororo *kartun korea. Dan dia pantang sikit kalau ada artis jemputan wanita yang cantik, mesti dia jadi gila. Watak dia dalam show ni memang tak mengecewakan. Lawak sangat.

http://myquirkyworld.files.wordpress.com/2011/05/news_lee-kwang-soo.jpg?w=330&h=220
 2. Kwang Soo
Aku tak boleh tengok muka dia ni. Mesti nak tergelak. Dia ni naif sangat. Lurus bendul orang kata. Selalu kena buli. Pastu, dia ni jenis penakut sikit. Pantang orang ugut, mesti nak nangis. 

http://4.bp.blogspot.com/-YKzBQQlGqX4/TanSFP_YX6I/AAAAAAAAAdI/cycHH1uMZQY/s1600/kim+jong+kook.jpeg
3. Kim Joong Kook
Nampak tangan dia yang berketul-ketul tu pun dah tau kan dia ni jenis yang fully energy. Kuat dan selalu menang dalam apa jua game dalam show ni. Kadang-kadang aku tak suka dia ni sebab dia ni kejam, selalu arah orang dan selalu buat bijak. Dan dia digelar "Sparta-Kook". Watak dia dalam show ni macam hero. hurm.

http://1.bp.blogspot.com/-W87m15ZAii0/Tr5cH8oSDdI/AAAAAAAACLc/NA-9uoE5Lfs/s1600/yoojaesuk.jpg
 4. Jae suk
Dia dah kahwin. Isteri dia cantik sangat. Dia ni National MC. Pergi mana-mana mesti orang kenal. Dia suka buat lawak bodo dia. Sumpah kelakar. Tanpa kehadiran dia dalam show ni, mungkin takkan berjalan lancar sebab siapa nak jadi MC untuk show ni? Dia ni dapat gelaran "Grasshopper" sebab muka dia iras-iras belalang. Pastu ada satu episod tu dia pakai semua kaler hijau. Memang macam belalang betul. Haha

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/157006_179352322076990_157731904239032_632478_2703123_n.jpg
5. Joong Ki
Dia jadi member tetap RM  sampai episod 41 tak silap aku la. Atas kesibukan untuk shooting drama, dia terpaksa meninggalkan show ni. Sedih giler episod tu. Semua orang nangis. Dia ni digelar "Flower Boy" atas sebab mukanya yang kiut miut. Dia jugak pandai dalam acara jawab kuiz.

http://3.bp.blogspot.com/_i8RtM5Z5nTk/TUVag-BB2QI/AAAAAAAAFDE/kT0zgfGehMo/s1600/ji+suk+jin.jpg
6. Suk Jin
Dia member RM paling kerap kalah dalam apa-apa game. Kesian pun ada jugak kat dia ni. Semua orang tak nak berkumpulan dengan dia. Adoi tak baik betul. Dia pun dah kahwin. Dia agak lawak jugak. Dia digelar "Big Nose" sebab hidungnya yang agak besar.

http://cphoto.asiae.co.kr/listimglink/6/2011090917383679670_2.jpg
7. Gary
Dia digelar "Monday Couple" dengan Ji Hyo. Memang dah macam couple pun. Tapi tak romantik langsung. Aku suka Gary sebab dia suka control cool. Dia pun memang kelakar sangat. Suka buat muka blur.

http://myquirkyworld.files.wordpress.com/2011/05/song_ji_hyo_050006.jpg
8. Ji Hyo
Siapa tak kenal dia ni? Pelakon Princess Hours yang jadi heroin kedua. Dia lah pasangan "Monday Couple" dengan Gary. Nampak muka lembut padahal ganas nor. Agak kurang ajar dengan members lain. Tapi aku still suka dia sebab dia perempuan cool dan ada daya saing yang tinggi.

Ok. Aku tak pasti sampai bila aku akan terus setia dengan variety show ni. Sebab bila aku nak berhenti tengok je, mesti akan ada pengaruh-pengaruh kuat Running Man datang menghasut aku suruh tengok episod seterusnya. Buat pengetahuan korang, sekarang dah episod 71 tau. Dan aku berani jamin, setiap episod Running Man, tak ada satu episod pun yang akan mengecewakan korang. 

Malas aku nak cakap banyak. Aku syorkan sangat-sangat rancangan ni buat korang yang selalu mengalami tekanan perasaan, jiwa kacau dan STRESS!!! haha. Kalau nak variety show ni, boleh datang rumah aku copy paste ye. Itu pun kalau aku benarkan korang datang. hihi

Akhir kata, tengok-tengok jugak belajar jangan lupa ye kawan-kawan. Tahun depan dah nak SPM. Jangan asyik duk gelak je. Nanti keluar ilmu. Peringatan buat diri sendiri jugak ni.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

29 Budak innocent yang comel:

Mra Mastura said... Reply to comment

faveret akak jugak! :D

Ezzattie said... Reply to comment

@Mra Mastura yeah! akhirnya! hehe sama la kita akak!

ain syafika ruzlan said... Reply to comment

running man. .the best ever. .

SyUhAdA said... Reply to comment

suka tgk jgk..skang bru tgk ep 69..siyes mmg bes..

Ezzattie said... Reply to comment

@ain syafika ruzlan yeah! the best ever :)

Ct Mawa said... Reply to comment

suka jugak tgk :D

izzati zulkifli said... Reply to comment

pecah perut gelak RM ni.

J. Hass said... Reply to comment

same laaaa.. :P

Junk said... Reply to comment

terrrbaek... junk pun layan RM ni.. episod yg couple race spt dgn snsd la best.. hahaha...

Cik Semut... said... Reply to comment

RM terbaikk:)

K O R I E said... Reply to comment

kita mmmg fan RM^^

Suka dkt yoo jae suk!
best2!
jaesuk dpt pangilan grasshopper sebb muka dia mcm grasshopper ;p

seum dwa!

Aien Not Alien said... Reply to comment

belum pernah tengok lagi..tapi tengok entri ni, tengok komen2...rasa nak tengok pula...ok RM akan ditengok...:)

::cikserai:: said... Reply to comment

hihihihi..kat mane pergi pon, semua cakap pasal running man.. humbs up!

daniel said... Reply to comment

FAVERET KITE JUGAKK=)
best gler larh cite dyee.
kite tngok dekat ONE HD~

Mohamad Adli Bin Desa said... Reply to comment

huhu..ketinggalan sikit cita2 ni.hehe

nice blog =)

syqfeeccq said... Reply to comment

RUNNING MAN AWESOME ;DD
suka yg barubaru nieh suma dgan GEGURL ;DD
btw , kita dri segmen abg ben tuhh , n yup . kita mnat YOURE BEAUTIFUL and KOREA ;DD

daniel said... Reply to comment

AWKK,KITE MINTA COPY EHH ENTRI NIY~
SEBAB KITE PON MINAT RUNNING MAN JUGAK~

Adelina Amin said... Reply to comment

Lol , Running Man memang best , tapi tak tengok selalu sangat T__T huaaa

Ezzattie said... Reply to comment

@daniel okay, boleh je.credit ye :)

Zafirah said... Reply to comment

Haah lah. memang best pun. Lawak gila lah XD

MiMiEy :) said... Reply to comment

oh yeah,
aku pon suka gila running man. sangat suka pada gary oppa.
jong kook pon suka. aku suka bila jong kook nak lari je mesti ada "sparta"

Haziq Haiqal said... Reply to comment

OF COURSE citer ni yg paling best :DD...

Alyia Farzana said... Reply to comment

mind visit my blog .
ada shop yg jual variety show runningman nie :D

MERAH said... Reply to comment

housematesss akak suka sgt variety show yg ni.penah tgk kdg2 mmg lawakkk.tp kalau tibe2 org gelak lupe diri tu, tau la tgh tgk show ni.uhukss :D

ps : pakai helmet tanak bg ilmu kuar masa gelak.hihi :)

Farah said... Reply to comment

Haha my favourite! Suka sgt Joong Kook. Suara dia best sgt bila nyanyi lagu Sarang Surowo. Try dgr ^^ Sedih jugaklaa Joong Ki dah tkde :(

nabila azmi said... Reply to comment

suke333 running man jugak!!!!!!!!!!!!!!!!

nurul shahira ♥ said... Reply to comment

Yeahhh , RUNNING MAN SEUMDWA ~ haha :]

Mr.Kecik said... Reply to comment

kalau tengok RUNNING MAN ni , boleh naik gila setiap eps :D haha , rasa nak join je variety show ni . I love Monday Couple <3 DAEBAK !

vanillasnow said... Reply to comment

Suke tengok running man sebab artis2 jemputan dye besh2 :D