Tips Cinta

Assalamualaikum

Piwittt, tips cinta tu. haha. Sebenarnya aku tak berapa reti sangat cakap pasal cinta ni. Apesal pipi aku merah semacam ni? Malu mungkin. Tak berapa sesuai dengan umur aku untuk cakap pasal cinta. Tapi aku kesah hape. hehe

Tips ni bagus dibaca oleh orang yang baru nak cari pasangan hidup tapi tak jumpa-jumpa, pasangan yang selalu gaduh-gaduh tak pernah aman dan orang yang baru frust nonggeng lepas putus cinta. Haa bagus kan? Tanpa membuang masa lagi, jom baca. Tak sabor benor korang kalau bab-bab cinta ni. 

https://lh3.googleusercontent.com/_j6TQE1Th6-g/TZwi2kkoaII/AAAAAAAAAFw/q9KS8xdoke0/LOVLLVOe-PARY-love-couples-sonnygir.jpg
Aku tahu memang susah nak cari orang yang betul-betul sesuai dengan jiwa kita, mak bapak kita. Kalau boleh nak yang sempurna. Tapi, tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Jadi, aku sediakan beberapa tips di bawah untuk mencari pasangan dan macam mana nak mengekalkan kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan itu.

1. Agama
Korang mestilah mencari pasangan yang seagama. Agama itu penting. Pegangan agama yang kuat menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

http://lh4.ggpht.com/-P3hkIyQ6XWI/To8X3t9CylI/AAAAAAAABG0/x8_-l2jMldc/MencariJodohMuslim_thumb3.png
2. Rupa yang cantik
Dalam hal ni, korang tidak semestinya mencari pasangan yang cantik macam pelakon, penyanyi dan sebagainya. Tapi, cantik untuk dipandang dan kita tak rasa jemu bila memandangnya berulang kali. 

3. Berharta
Berharta tak bermaksud yang kaya-raya dengan wang ringgit. Sebaliknya, kemampuan untuk menyara keluarga. Lelaki dan perempuan itu mestilah sama-sama berharta. Barulah tak timbul isu "Oh, pisau cukur dia tu", "Kaki kikis duit aje." Betul tak?

4. Perangai dan sikap yang baik
Kalau nak cari pasangan tu, biarlah yang pandai jaga hati korang, tak cemburu buta, sentiasa berfikiran positif, saling mempercayai. Percaya antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan.

http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/tumblr_lhm6m6Qi041qf6pnwo1_500.jpg
5. Keluarga yang baik-baik
Kalau boleh, sebelum nak bercinta tu selidik dulu latar belakang family pasangan korang. Ibu bapa dan keluarga yang baik adalah cermin pada pasangan korang tersebut. Tapi tak semuanya macam tu. Ada jugak family yang tak berapa okay, tapi anak baik, solehah. Senang cakap, depends on pasangan korang itu jugak.

Dah faham? Apo loei, pi lah cari sekarang. hihi. Kalau lepas tu korang putus cinta sebab tak sehaluan, jangan salahkan aku pulak. Aku boleh cakap macam ni je "Takde jodoh la tu." "Jodoh di tangan Tuhan." "Please try again." haha

Sekarang ni aku nak bagi tips macam mana nak hadapi masalah lepas putus cinta pulak. Aku dah selalu sangat hadapinya. Ops jangan salah faham. Maksud aku, aku adalah penasihat yang baik kepada kengkawan aku yang baru putus cinta. See? Diorang masih hidup. haha. Okay, jom baca.

http://www.tersedia.info/wp-content/uploads/2011/10/break-up-letters.jpg
1. Jangan hubungi pasangan.
Tak payah nak gedik SMS, Call, Chatting, email atau apa-apa cara sekali pun. Kalau boleh, jangan berhubung langsung dengan dia. Biarkan keadaan ini berlalu lama yang mungkin. Dan katakan "Yeah, aku boleh!"

2. Luahkan pada teman rapat sahaja.
Korang mesti ada bestpren kan? Kalau rasa tak kuat nak menanggung luka di hati, cewah ayat aku, lebih baik korang luahkan pada kawan baik korang yang betul-betul memahami perasaan korang. Ahli keluarga pun boleh. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnhWZyb7JnDhZ9E4M9FRJfhzC32Z2aMTPQ6wKijdNWJgaGR_GjPQlKF756G1dHBilkow3Zo1yID5WkHTZXMiygS1ShkPtzEHMN-stXUeYf3LOt7dLryYG8ICaqgfpmOjtWnX9vzVruNoo/s1600/frust-menonggeng.jpg
3. Jangan bersendirian.
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri korang berseorangan. Memang kadang-kadang korang akan kata "Leave me alone..Please leave me alone", tapi hakikatnya korang perlukan bahu seseorang untuk menangis. Mungkin kalau berseorang, korang cenderung untuk buat sesuatu yang berbahaya seperti bunuh diri. Huish simpang malaikat empatpulohempat.

4. Menyibukkan diri.
Lakukan apa sahaja kerja yang pastinya tidak membuatkan korang memikirkan tentang si dia lagi. Kalau ada aktiviti, libatkan diri. Barulah boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

5. Kembali kepada-Nya
Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkan lebih masa bersama-Nya. Dekatkan diri dengan Allah. Hanya dia cinta hakiki.

http://www.gede-balisukses.com/wp-content/plugins/RSSPoster_PRO/cache/1b79e_fb1f2_breakup.jpg
Jadi, setakat ini aje lah yang aku boleh bagi. Aku harap perkongsian pada kali ni dapat membantu korang yang memang sedang menghadapi situasi-situasi seperti di atas. Ingat! Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lebah pun ada. haha.

Pictures :Google

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

12 Budak innocent yang comel:

Unknown said... Reply to comment

hii dear..thanks for the tips..yaa..=)

EnciK AxixOu said... Reply to comment

bunga bukan sekuntum kumbang bukan sekor . ha kita manusia cri la manusia xpyh cri kumbang or bunge.haha

SI MILLY'S said... Reply to comment

Best. Milly pn ade tips putus cinta. Try tengok ni :)

http://beingcolorful.blogspot.com/2010/10/7-tips-hadapi-putus-cinta.html

NUR RAHMAT KURNIAWAN said... Reply to comment

salam kenal dari Indonesia...
www.nurrahmatk.blogspot.com
comment ya di resolusi juara...

Syahidae said... Reply to comment

saya dah baca.... best laa pula hehe

Anonymous said... Reply to comment
This comment has been removed by the author.
M.NAQIB said... Reply to comment

Btol3

Mazni said... Reply to comment

Nice tips :)

Entri baru! jom baca. http://maznishahibul.blogspot.com/2011/12/kuaters-yang-usang-lagi-pelik.html

niss said... Reply to comment

tips yg menarik =)

Unknown said... Reply to comment

ezzat..jom join..

http://syu90contest.blogspot.com/2011/12/giveaway-by-luscious-sky-pyza-pyja.html

Unknown said... Reply to comment

tag ezzat..

http://syu90contest.blogspot.com/2011/12/contest-klik-dan-like-fan-page.html

aima said... Reply to comment

tips yg bAGUs