Tips Memupuk Kasih Sayang

Assalamualaikum

Bagi aku, kasih sayang ni merupakan satu perasaan. Perasaan yang hadir di dalam diri tanpa di paksa atau memaksa sesiapa. Wah, berfalsafah betul. hihi. Sebenarnya, kasih sayang itu anugerah apabila kita merasa bertanggungjawab terhadap seseorang.

Kita semua memang memerlukan kasih sayang yang secukupnya. Tanpa kasih sayang, macam-macam menda tak elok boleh terjadi. Ye dak? Cuba tengok sekeliling kita. Setiap hari, bukak surat khabar, bukak TV, bukan blog orang lain, mesti ada berita atau kisah yang tak elok. Pastu, moral of the story mesti macam ni "Kurang kasih sayang daripada ibu bapa punca remaja rosak akhlak." 

Nampak? Betapa pentingnya kasih sayang dalam keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menjaga kebahagiaan dalam keluarga mereka. Tak salah kalau kita nak ambil tahu serba sedikit cara-cara memupuk kasih sayang. Mungkin berguna untuk masa depan bila kita dah kahwin, dah ada anak. 

Jadi, hari ini aku nak bagi tips 8P macam mana nak memupuk kasih sayang dalam sesuatu perhubungan. Boleh digunakan dalam keluarga, pasangan suami isteri, kekasih, kengkawan. Adik beradik pun boleh. Lepas ni tak ade lah nak bergaduh bertumbuk-tumbuk, tarik rambut dengan kakak atau abang lagi. hehe macam selalu buat aje kan.

 *handsome jugak abang aku ni. hehe*

1.Puji
Nak buat apa malu untuk puji orang. Puji adik-beradik sendiri. Kurangkan sedikit ego dan katakan

"Cantiknya adik! Nak jumpa boipren ke?"
"Kacaknya ayah hari ni. Nak gi mana ni?"
"Wangilah ko. Pakai perfume apa?"
"Comel lah awak hari ni."

Haa, barulah timbul suasana yang ceria setiap hari dalam perhubungan. Kenalah selalu puji mereka. Tak salah kan. Janganlah puji lebih-lebih pulak. Kang orang ingat ko bodek mintak ape pulak nanti.

 *kakak aku memang anak manja*

2. Peluk
Mak peluk anak, anak peluk mak. Ayah peluk anak, anak peluk ayah. Ayah peluk mak, mak peluk ayah. Baru nampak kasih sayang dalam keluarga tu ada. Baru one happy family at home cenggini.

3. Penghargaan
Macam mana nak tunjukkan yang kita menghargai seseorang? Haa.. Bagilah hadiah ke, ucapkan terima kasih ke. Buat suprise ke. Yang pastinya mereka akan rasa dihargai. Baru bertambah kasih sayang dalam sesuatu perhubungan tersebut. 

4. Perhatian
Perhatian sangat penting dalam sesuatu perhubungan. Disebabkan kurangnya perhatian, seseorang merasa dirinya diabaikan. Dan timbul masalah yang boleh merosakkan perhubungan tersebut. Kadang-kadang, kurang perhatian dari ibu bapa menyebabkan anak-anak terjebak dalam gejala sosial. Sebab tu aku kata perhatian ni penting. Bukan aku je yang cakap.

5. Persefahaman
Persefahaman ni sama macam perhatian. Sama-sama penting.
  
6. Pergaulan
Bergaul dengan ahli keluarga waktu petang boleh memupuk kasih sayang. Bergaul dengan orang lain tak salah. Tapi jangan sampai melampaui batas. Mungkin akan menimbulkan rasa cemburu. Apatah lagi pasangan suami isteri.

 
 *seronok bercuti di Perak*

7. Percutian
Musim-musim cuti sekolah ni, bawaklah keluarga pergi bercuti. Hilangkan segala stress bekerja. Habiskan masa dengan keluarga. Secara tak langsung, kasih sayang bertambah dalam keluarga. Happy happy gituh.

8. Permohonan
Tips yang terakhir ni perlulah dilakukan setiap kali selepas solat. Doa kepada Allah supaya merapatkan lagi kasih sayang dalam perhubungan korang. Kunci kebahagiaan sesuatu perhubungan itu ialah mendekatkan diri kepada Allah.

Okeh. InsyaAllah kalau korang amalkan segala tips di atas ni, kehidupan seharian korang akan datang semakin ceria dan bahagia. Tak ade lah berpecah-belah, bercerai-berai bagai. Semoga tips di atas memberi manfaat kepada kita semua dalam mencari sinar bahagia di dunia dan di akhirat.

 *ayah dan aku*

Sumber picture : Keluarga bahagia aku. Sewaktu bercuti di Perak.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

7 Budak innocent yang comel:

Korn Ahmad said... Reply to comment

ni kat TRAP ke?

Ezzattie said... Reply to comment

@PopkoRn a'ah :)

UniMeOw said... Reply to comment

8P yg bmkna!! :D

Little Girl said... Reply to comment

Interesting :))

3no gr33ny said... Reply to comment

paling penting cuba salin fahami..yer dak?

ikha_berry said... Reply to comment

wahh ! nice entri , bergune jugak tips-2 nyh ~ thank you bagi link kat kite ye ~

SI MILLY'S said... Reply to comment

Nice share. Milly ade dgr jugak kt program tv ape tah :)