Bahaya Mengigau

Assalamualaikum

Haha padan muka korang hari-hari nampak muka aku update blog kan? Ye laa kan aku dah cakap, aku ni kalau dah cuti memang nak berblogging je kerjanya. Jadi korang kenalah baca. Baca tau! Haha kejam giler. *mesti korang kata aku tak malu. Ah! Ada aku kisah?

Hari ni aku nak cerita pasal mengigau. Korang tau tak apa itu mengigau? Mengigau ni merupakan salah satu gangguan tidur yang sering dialami oleh seseorang. Rasanya semua orang pernah mengigau kot. Ye tak? Macam aku pulak, tak adalah kritikal sangat sampai pergi beli telur kat kedai runcit pastu masak dan makan, cuci pinggan masuk tidur balik. haha nonsense sangat. Eh! Tapi pernah je tau berlaku kejadian ni. Haa.. jangan main-main dengan mengigau ni.

Kadang-kadang mengigau ni boleh dijadikan bahan ketawa tapi boleh membuatkan si pengigau tu malu dan dalam bahaya. Weyh, faham tak aku cakap ni. Okay la. Contoh situasi aku bagi ea;

SITUASI 1 -malu
Si pengigau : Sebenarnya aku dah lama suka kat Prof.Zaki kita tu laa.
(bercakap dalam tidur)

Kawan yang masih tak tidur mendengar : Owh yeke? Kau kata kat aku hari tu kau benci giler kat dia sebab dia macam bajek cool je.
(saje nak kenakan kawannya itu)

Si pengigau : Oh Zaki! Aku cinta padamu.

Haha malu giler kot kalau berlaku pada diri aku.Ish, mintak-mintaklah aku tak ada mengigau sebut menatang camni.

SITUASI 2 -bahaya
Si pengigau : Laparnya. Pergi beli burger kejap lah kat seberang sungai sana.
(berjalan dalam keadaan separuh sedar)

BeritaMetro- Seorang lelaki, 24, dijumpai lemas di dalam sungai. Punca lemas masih dalam siasatan.

Apa kejadahnya contoh yang aku kasi ni? Macam tak kena langsung. Ah! Janji korang paham. Teehee. Jadi, macam mana nak mengelakkan dari mengigau ni? Haa, aku ada jalan penyelesaiannya;

1. Tidur mesti cukup dan jangan terlebih tidur.

2. Sebelum tidur, apa kata korang tutup tingkap dan kunci semua pintu. Pastu, simpan kunci di tempat yang tak mungkin korang dapat ingat. Selamat bukan? haha

3. Pastikan sebelum tidur korang tak stress. Kalau korang ada masalah hidup ke masalah negara ke, cuba mengadu dekat orang terdekat. Insya-Allah korang takkan mengigau sebut mende-mende yang tak sepatutnya.

4. Baca doa sebelum tidur [Surah Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi, Al-Mulk]

Jadi, aku harap kita semua takkan mengigau lagi. Amalkan lah ye.

P/s : Aku takut kang keluar berita ada yang mengigau terjun bangunan sebab stress baca blog aku. haha sudahlah.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

16 Budak innocent yang comel:

umamahkinah said... Reply to comment

nice entry

miramasdar said... Reply to comment

uyooo... kene amalkan neh

SHAWLiSTA said... Reply to comment

seorang budak mati disebabkan mengidam untuk makan durian lepas tu dia pergi makan kulit durian dekat dapur senyap senyap sambil mencangkung pada waktu tengah malam.
#durian jugak kan. HAHAHAH

3no gr33ny said... Reply to comment

hahah..tingat zaman kecik dulu..pernh nak buka pintu..nak kuar umah abang masa tu kat johor

ReramaBiru said... Reply to comment

~haha..senyum sorang2 ingt kenangan ngigau..:p
nice info..

♛RaRa♛ said... Reply to comment

haha.setakat nie xpernah ada masalah ngigau yang kritikal.anyway kan.nak share sikit,saya ada sedare yang dulu kuat ngigau.asal bangun jeh selalu pasan dia xdea.mesti kat pintu luar.paling teruk tertidur kat luar jamban.-,-'tapi sekarang alhamdulilah dia xngigau teruk mana da..cuma tercakap sorang2 still ada..

CintaKhadijah said... Reply to comment

haha.. nice entry lah! ^^p

LeenNajib said... Reply to comment

bahaye jugk kowt ngigau cm ley sleep walking ni. pnh jd kt my family, my bro. tbe2 blari ats katil. haha

Nursyahira izzati Ngadimon said... Reply to comment

ohsemm ah akk ! masehh . tp belum penah ngigau lagi , slalu tengok adk ngigau , BAHAN KETAWA . lalala

Fazri said... Reply to comment

untung saya tidak ngigau. takut terjadi apa-apa.. bisa bahaya kan.

Woofer Storm said... Reply to comment

mengigau membawa padah..heheee^^

Ayien Ocaca said... Reply to comment

yien pnh bce cite psl ngigau ni tau...
ade sorang nurse ni...
bile die ngigau, die mghsil kan sebuah lukisan yang sgt mhal kalu jual...
sedang kan die xreti lgsg mlukis wktu sedar...
hehe

Nuriy Arisa said... Reply to comment

hahahahaha xD

da parah sgt2 nie kalau mengigau smpai mcmtue skali xD

aiman mania said... Reply to comment

heeheeheehee...mengigau......baru tahu bahaya gak mengigau nih,,,apa2pon ,tips bermanfaat!heehee..^^

syafiqa said... Reply to comment

hari tu kawan aku ngingau.sambil jalan.tiba2 dia ketuk pintu bilik aku minta penyapu sambil bisik2

"ada pencuri.bagi penyapu cepat.pencuri tu"

padahal mata tertutup.aku pun bagi.lps tu xtahu dia buat apa.esok bila cerita,mcm nak pecah perut gelak.haha

ok,tak lawak.
bagi tips ni dkt dia nanti. :p

ctk said... Reply to comment

adik ct selalu ckp ct mengingau...hahaha..malu2..

akan turut tips neh :D