Kecik-kecik dulu pernah bergaduh tak?

Assalamualaikum.

Yeah! Aku terasa dihargai apabila ada jugak orang yang selalu mintak aku update blog. Terima kasih sangat-sangat! Tanpa korang, aku mungkin tak akan update blog ni lagi. Aku selalu anggap blog aku ni macam sampah. Baiklah tatie, jangan buat cerita sedih. Jom gembira. Hohohoho.

Aku ni kalau duduk sorang-sorang, mesti terkenangkan zaman budak-budak dulu. Dengan tak tahu malu langsung, tak matang, suka bergaduh haha. Semua tu mungkin dah takkan berlaku lagi. Kalau dulu, aku gaduh macam ni;

1. Tarik-tarik rambut tak pun tarik-tarik tudung(kalau dekat sekolah lah sebab kat rumah tak pakai tudung pun. Jahiliah giler kan aku dulu?). Padahal gaduh pasal terpijak kasut je.

Minah : Weyh, apa ni pijak kasut aku?
Tipah : Eh, pijak? Terpijak lah.
Minah : Bangang ar. arghhh! (mula tarik tudung)
Tipah : Arghhh! Sial betul! (tarik tudung dia jugak)

2. Disebabkan salah faham, jadi gaduh besar sampai tak bertegur sapa. Sebelum 3 hari, berbaik semula sebab ustazah kata tak baik kalau tak bertegur lebih 3 hari. Sebenarnya, aku tak adalah jahiliah mana pun haha.

Bedah : Weyh Tipah, aku nak kawan dengan kau baliklah. Dosalah pulak kalau tak tegur kau lebih 3 hari. Aku dah insaf lepas ustazah bagi tazkirah semalam.
Tipah : Iye lah, aku pun. Huhuk

3. Kalau gaduh besar tu, mesti nak pulang semua barang-barang yang dia pernah kasi kat kita dulu.

Lokasi, jumpa kat dalam tandas.erk
Bedah : Nah! Amik ar balik barang-barang kau nih. Tak kuasa aku nak simpan buat kenangan. Amiklah gambar kau yang bajek innocent ni sekali. (merujuk kepada gambar passport)
Timah : Aku pun. Ambik arh! (Campak)

4. Bila dah tak kawan dengan Si A, mesti kita jadi batu api dengan menghasut kawan-kawan yang lain supaya jangan kawan dengan Si A tu.

Bedah : Baik kau tak payah kawan dengan si Tipah tu. Dahlah suka mengumpat orang, pastu curik barang orang, dahtu kalau pinjam barang orang, sampai rosak jadinya.
Limah : Yeke? Okay. Aku taknak kawan dialah.
Timah : Ha'ahlah. Aku pun taknak kawan dengan dia.

Haha memang rasa macam kejam giler zaman budak-budak dulu. Kelakar pun ada. Tapi semua perkara itulah yang kita nak lalui semula. Kalau sekarang, gaduh pun sebab touching-touching. Pastu, bawak berbincang. Yup. Aku memang dah matang sekarang haha.

Kalau korang pulak, gaduh macam mana ye? Disebabkan apa? Cer citer sikit.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

20 Budak innocent yang comel:

NurHaffizah said... Reply to comment

entry nie best . semua jaja pernah buat . mwihihih :3

SHAWLiSTA said... Reply to comment

HAHA. tergelak baca entry nie :D

double'S said... Reply to comment

aah..betul3..kite pon sama..bila gaduh besar, siap pulangkan balik barang2 kawan tu..hehehe..tapi tade la spi tarik2 rambut..

ctk said... Reply to comment

hehehe..ct ni dlm kategori baik kot sbb xpenah gado...haha..
tgk kawan gado adala..tp kejap je, pastu dorg baek..cm cOmey je bila igt balik..haha

caer sasuke said... Reply to comment

penah gaduh smpai x tegur sebulan..dasat x?ahaha..mase dah mendewasakan akal..x buat dah camtu..=p

anna_nana said... Reply to comment

ekekeke..
penah! smpai skrg masih ada gado2..lala :P

LeenNajib said... Reply to comment

entri ni besh sngt2!. xpnh bgado ngn adibrdik. juz slalu bgado ngn kwn2 n kousin time2 kecik2 dlu. n sekarang! HAHA. dlu pkai baling je barang. nows day, gado mulut je. :)

Anonymous said... Reply to comment

tak pernah gaduh g2 sekali .

zulaika zulkifly said... Reply to comment

ngan adik beradik xdela tarik rambut .. bertumbuk ad la .. opsss :)

Anonymous said... Reply to comment

hahaha..xdk laa gado, tp lawan bercakap penah laa..hehe

nice entry!!

syazmeera yahya said... Reply to comment

HAHA. setiap hari gaduh , org gelar dulu(smpai skg sebenarnya) , syaz gangster. =="

Hanis Nizam said... Reply to comment

Hahah , pernah2 . Gaduh sebab dy ejek ayah saya . Setahun tak kawan .

Unknown said... Reply to comment

gaduh?? tulah aktiviti harian saya dirumah. Even smpai sekarang nak-nak lagi kalau Along dan Pak Su saya ada. heh heh

Ezzattie said... Reply to comment

@JAJAcampurcampur hehe thanks jaja :)

@AdibahAzman haha thanks yaw!

@ctk owh baik la ni.bagus2.

@mohd sasuke wooa! dasat giler.haha biase la tu tak matured lg kan dulu2.

@Leen a.k.a Linda haha sama la. dulu selalu baling2 brg jugak.

@zulaika zulkifly woa.ganas2! (pdhal sama je ngn sy)

@syazmeera yahya hai syaz gangster! huhu

@Hanis Nizam haha. dulu slalu main ejek2 nama ayah. ish.ish jht betol

@affamkaman wahaha aktiviti harian eh? mmg lawak.

Aqmil Lambung said... Reply to comment

jarang gaduh sbb dah matang ... hehehe

Diyana said... Reply to comment

zaman kecik2 sangat best,benda kecik pon nak gaduh

sekarang ni dah besar malas nak gaduh.dah matang

rindu gila time kecik2

nice blogg lahh,followed you !

bella luna said... Reply to comment

haha,aku pernah gaduh gakz mase sekolah dulu tapi sebab yang simple je,first sebab berebut shower and second sebab berebut kek,.dua2 nie aku gaduh ngan org yg sama and die bestie aku kat sekolah,.almost 3 bulan kitrg tak cakap, tapi still g mana sama2,cume mulut je tak bunyi,.nie semua sebab gara2 ego n keras kepala,dua2 tak nak mengalah, tapi ktrg sampai skrg still kwn,tu cerita zmn gile yang dua2 nya tah pape,hehe

Si Rabun said... Reply to comment

entry ini best. teringat time skul rendah. :)

Korn Ahmad said... Reply to comment

sbb gado 2 lah salunye kte masih ingt kenangan dulu. the moment yg xkan lupe sampai ble2 mase zaman kecik2 ar. huhu

anak ayah said... Reply to comment

kompomla....
bukan semuanya madu..ehehe
miauwwww,,,,awk ske kucing eh..?