Tabiat lelaki

Assalamualaikum

Fulammak! Tak pernah-pernah aku update blog pepagi buta. Dan tak pernah-pernah aku join segmen bagai. Pertama kali ni aku nak join bende ni semua kerana ajakan dari Sahabat Blogger iaitu Khai dan Aydah. Segmen ini diberi nama Segmen- Boy VS Girl.

Disebabkan aku perempuan, maka aku harus membidas tentang 'Tabiat Lelaki'. Segmen ni aku nak join dengan hati terbuka sebab bagi aku segmen ni cool giler okeh. sementara tu kita boleh tahu tabiat berlainan jantina.

Tabiat lelaki;

1. Meludah di mana sahaja tempat dia berada. Selalu sangat aku perhatikan lelaki tak bertauliah macam ni meludah kat merata-rata tempat. Nasib baik tak ludah kat muka isteri.

2. Pakai baju berulang-ulang kali. Bagi aku perkara ni nampak biasa selagi dia tak berbau busuk bila mendekati aku. Contoh paling dekat, abang aku. Selagi mak aku tak kutip baju-baju dia campak dalam mesin basuh, selagi tu lah dia akan pakai baju yang sama. Tapi tabiat ni bagus. Boleh menjimatkan air, sabun dan eletrik.

3. Pakai minyak wangi berlebihan. Ini tabiat lelaki yang dah baligh. Kalau pakai perfume, memang nak orang 100 km dari dia dah boleh bau. Aku tak suka perfume lelaki yang bau sumpah aku boleh pengsan.

4. Rambut mesti bagi terpacak habis. Ini tabiat selalu sangat boleh nampak kalau korang keluar dari rumah. Tunggu je mamat mana-mana lalu depan rumah dan fokuskan pada rambut diorang. Rambut diorang sahaja okeh. Cicak terjatuh konfem mati.

5. Bila jumpa kawan, lupa dunia. Perempuan pun sama. Tapi lelaki lebih ketara. Bagi aku, lelaki ni lebih mementingkan kawan-kawan diorang berbanding isteri yang dah nak bersalin dan anak yang dah kebuluran mintak susu dari tadi tak dapat-dapat. *Apa kejadahnya ni?

6. Suka buang puntung rokok merata-rata. Tak percaya? Keluar rumah, pergi tengok kat jalan tar. Konfem ada puntung rokok. Kalau takde, sila claim freegift dari aku.

7. Suka berlagak. Berlagak ni dari segi macam-macam ada. Korang boleh perhatikan sendiri lelaki tu sama ada dia berlagak ke tak. Contohnya kalau berjalan dengan awek cun, dada konfem naik mendadak. Kes berlagak terlebih la ni. Pastu, kalau pakai smart sikit jalan mengalahkan model catwalk. Padahal baru lepas kena reject interview.

8. Lepas makan, main tinggal je pinggan mangkuk atas sinki. Ni memang aku panas hatilah. Macam jadik kuli batak dia je. Contoh terdekat lagi, semestinyalah abang aku. Dia memang paling liat nak basuh pinggan. Kalau boleh, nak je aku buat flying plate kat muka dia.

9. Malas cukur misai dan janggut. Apa kau ingat kau dah cukup ganas, dah cukup handsome dengan jambang berjelar-jelar, misai macam Mr.Potato. erk. sangat geli. Kalau boleh, aku tak nak hadap langsung muka orang yang malas nak cukur janggut dan misai ni.

10. Buang angin tanpa segan silu. Angin ni banyak contohnya kentut dan sendawa. Suka hati korang je kentut sendawa depan muka orang. Yang jadi mangsanya, aku jugak.

Sudahlah. Aku rasa 10 dah cukup kot. Kang tak pasal-pasal blog aku kena cemuh. Takut jugak sebenarnya ni buat entry pasal kaum bukan sejenis.

Thanks for reading my story if you are!




Bye-Bye!

20 Budak innocent yang comel:

BlueiceButterfly said... Reply to comment

~terluah apa yang terpendam..hehe :)

e_darel said... Reply to comment

tapi aku suka bau perfume lelaki XD

aydah ahmad said... Reply to comment

haha ! nice entry . akak setuju deq . hehe . tapi part perfume tuh , act akak sukekan perfume . hehe . sekian .

btw thanks sebab join segmen Girls Vs Boys punye tabiat . hehe .

Nyamuk Terbang said... Reply to comment

nmbr 6 tue sttju sgt
hoho

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said... Reply to comment

hoho entry lepas geram kat abang ni

syifaa_2711 said... Reply to comment

haha , best tajuk .

JaLi AshBurn said... Reply to comment

ehem2, kalau cik tuan blog tak kisah, . . jali ashburn nak cakap sikit . . . ade yg tak betul, . . . . . . . . nombor 1,3,4,6,8,9 tak betul, . . . . . . . berdasarkan pemerhatian pada diri aku dan pada diri kawan2 serumah aku yang lelaki, . . . .
no 1 : kami meludah cuma di tempat tertentu spt sinki, longkang, parit, tempat yg takkan dinampak ludah tersebut, senang kate tempat2 utk buang sampah je, dan kami tak suke buang sampah merata-rata tempat, di dalam tong sampah atau didalam plastik sampah feveret kami, meludah bagi kami umpama buang sampah
no 3 : tak ramai lelaki pakai minyak wangi, sebab bau badan kami yg natural lagi sedap, hehe, aku tak tau betul ke tak, tapi kawan aku yg cakap kat aku macam tu, macam sengal je kawan aku tuh, . . aku memang budak busuk kot, .. . hahaha :D
no 4 : rambut kawan2 aku tak terpacak habis pun, ade seorang dua terpacak sikit secara natural, ade segelintir je yg suka pacakkan tegak pakai gel, tapi kebanyakan kawan aku tak macam tu, . .
no 6 : housemate aku yg lelaki tak hisap rokok, jadi, tiada puntung rokok utk dibuang, . . rokok haram kot untuk diambil, . .
no 7 : berlagak ? amboi, kesian semua lelaki kat luar sana tu, mesti diorang sedih bace blog kau, tapi bagi aku tak terasa pun sebab aku memang jenis yg nampak macam berlagak sebab susah sangat nak senyum, . . . . tapi tak boleh la kite semua nak berlagak sebab kite semua ni cume manusia je, . .
no 8 : lelaki-lelaki dalam rumah sewa aku ni majoriti semua jenis yg rajin basuh pinggan tapi kami bukan lelaki lembut ok, . . rajin je basuh sebab ini berkaitan tanggungjawab, dan ia latihan yg bagus untuk melatih diri bile dah ade family sendiri nanti, . . . errr, tapi ade la sekerat dua daripada tu yg malas jugak nak basuh sbb mungkin diorang dah terbiasa mak basuhkan kot, biasanye yg manja dengan mak kot, hahak, jsn marah pembaca lelaki andai ade yg terasa, . . peace (^_^)
no 9 : aku tengok tak ramai yg suke bela misai kat sini, . . kami bela janggut je, ikut sunnah nabi bela janggut, tapi kami belum bela panjang2, bela janggut seketul je sikit . . . misai kami cukur setiap hari kot, bagi aku, misai ni merimaskan, . . hidung senang rase gatal2 kalau ade misai, . .

no 2,5,7,10 tu je betul kot, berdasarkan pemerhatian aku kat diri aku dan kawan2 aku, . . . ade kawan aku 2 orang yg kuat kentut bak kate pepatah "bila-bila masa, dimana-mana sahaja" kentut sesuka hati, selalunye kami yg lain2 yg jadi mangse kentut diorang 2 ekor, hahaha, . . . bau kentut boleh wat aku pening2 lalat sekejap, teruk jugak la, . ish ish
ape2 pun, aku tak ade rase nak mencemuh atau nak marah pun, . . mungkin kau punye kesimpulan macam tu sebab kau cume berjumpe lelaki2 jenis macam tu je kot, jadi tak boleh la nak salahkan kau ye tak ? . . . . . by the way, nice entry, . . . . a bit provocative,. . . but still good.
seandainye korang dapat baca komen aku yg ini, bermakna tuan blog ini sangat open dan menerima pandangan semua orang, lau tak korang takkan dapat baca ayat dan perkataan ni sekarang ni, . . . (tu korang tengah baca tu kan) . . . terima kasih kerana sudi mendengar . .. . =)

Maghfiratul Helma said... Reply to comment

HAHA! nice entry. likelikelike :D

hudazaba.blogspot said... Reply to comment

suke yg nombor 8 jugakk ! tabiat tu dijutukan kpd adek sy..huh !

mR_popkoRn said... Reply to comment

hahaha....
best btul sy bce post ang yang nih... Mmg best.. Ape2 saje contohnye, mesti abg die...

aku nk bekap la balik pihak lelaki.
1. meludah ~ Ape nk buat, xkan nak simpan je air liur dalam mulut. nnti penuh air liur dalam mulut camne?

2.Baju ~ adat la 2 pakai ulang2 kali.xnak komen sgt sbb ang da kata tabiat ni bgus.

3. minyk wangi ~ kire ok la pkai minyak wangi berlebihan. dr xpkai minyak wangi. bau mcm kambeng. Kalo da pakai roll on [pon da kire ok. xde bau badan cukup.

4. Rambut ~ rambut mahkota wanita, lelaki pon nak gak ade tarikan pade rambut.

5. Kawan ~ nak tau pesal laki lebih penting kan kawan dr wife? sebab penah x awak dgr Friends forever? Tp pernah x awk dgr wife forever?

6. Rokok ~ Kandungan rokok pon ade tar, so x kesah lah kalo buang rokok kat jalan tar. huhu

7. Berlagak ~ Smart la yg menyebabkan Sesetengah wanita ni suke pd lelaki. btul ke?

8. Pinggan ~ biar laabg awk tinggal pinggan atas sinki. kalo die tinggalkan kat atas meja je cm ne? lg penat awk nak kne agkat ke sinki..

9. Janggut ~ ade janggut nampak ensem ape. hahaha

10. buang angin ~ Nikmat paling best ni buang angin la kalo ang nak tau. huhu.. xde nikmat yg paling best selain buang angin. pussss.... hahahaha....

#panjang da komen ni. nnt malas plak ko nak bace. Tp dr post ko ni, Abg ko mmg terbaik lah..!!! hahaha

Cik Yatt said... Reply to comment

ooooo..slalu usya lelaki ye..hahah

Eyda Dania said... Reply to comment

entry yg best....btul2...laki ni..klu mkn..ltk je pinggan kt singki...huh!!...xsuke2...

eyda suke laki rmbut pacak..sweet..hehe

:: Khai Artzfar :: said... Reply to comment

haha rilek2 bloggers2 sekalian.. ni just segmen dari mata hati masing2.. chill erk semua... buat bloggers lelaki tuh..ape kate korang masuk belah aku..kita citer pulak ape habit orang perempuan ni http://khaiartzfar.blogspot.com/2011/10/segmen-boy-vs-girl.html

Fikri said... Reply to comment

Lelaki ni ego.. Haha. tetiba..

sis92 said... Reply to comment

hehe nice post :)

bab basuh pinggan tu mmg sokong habis :P

ctk said... Reply to comment

hehehehehe...pkai baju berulang2 tu memang da sebati rsenyer...hahaha

Hana Ayra said... Reply to comment

no 3 tu memang betul.. ayah aku pakai minyak wangi, semerbak

Ayien Ocaca said... Reply to comment

haha...ni entry cri gduh dgn laki ni...hehe :)

neesa_jun said... Reply to comment

haha...abg kena fire hidup2.. =P sy pun setuju..camtulah lebih kurang perangainyer...tapi camno busuk2 dorg pun...brothers are brothers..suka buli dik beradik.haha

FaFa said... Reply to comment

like banyak kali :)
tapi paling suka bab pakai smart pun nak berlagak tp rupenye baru lepas kene reject interview :)