Perlu ke merendah diri?

Assalamualaikum

Mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi melayan tag aku semalam. Entah kenapa aku pun terlibat sama dalam tag semua tu. Apa-apapun korang memang cool lah. Nanti claim 1 juta, aiskrim, nescafe, kek red velvet 1 slice, dan macam-macam lagi lah. Amboihh, melampau betul ye mintak dekat aku. Padahal aku nak kasi air mineral secawan je :p

Okaylah, hari ni aku nak cerita pasal rendah diri. Aku dah tak boleh sabar lagi dengan sorang minah ni. Hari-hari update status Facebook "aku ni tak cantik, takde siapa nak kawan", "muka aku berjerawat", "aku ni gemuk", "aku tak lawa", "aku tak hot". Ah sudahlah. Bermacam-macam lagi dia update sampai aku rasa macam nak bagi tendangan home run je dekat dia. Sebaik kawan aku. Maksud aku sebaik dia ni kawan Facebook aku.

Padahal muka macam orang korea, dress up macam retis, paling senang aku cakap budak ni memang cukup lengkap pakej diri. Aku tak tahu apa niat dia ni update status macam tu.

4 seconds ago...

100 comments
MakJah Manja : Eh, mana ada. Awak ni cantik sangat tau.
Minah Goyang: Janganlah cakap macam tu.awak cantik lah.
Tempayan Comel : Jadi awek saya jom?

Erk. Aku tak fahamlah dengan dunia ni. Aku rasa budak ni nak suruh semua orang puji dia, lambung dia tinggi-tinggi kot. Aku bukan nak emo ke jeles ke apa. Tapi, kalau nak orang puji pun biarlah apa yang kita buat tu tak nampak cam gediks, mengada-ngada.

Sebenarnya aku buat entry ni pun bukan nak tunjuk rasa tak puas hati ke apa. Ye lah. Facebook kau kan. Buatlah apa yang kau suka. Nak update status kau tengah berak ke, tengah cuci jamban ke. Masalahnya kat sini, ramai kawan-kawan aku dah mengadu pasal kau. Eh, kau ni siapa sebenarnya ye?

Maaflah. Aku terpaksa rahsiakan identiti dia. Yang pasti, dia ni memang boleh jadi retis kot. Malah model sekalipun. Dengan muka licin tanpa jerawat, badan slim, tak gemuk, macam orang korea. Sumpah aku tak tipu.

P/s: Buat awak yang dikenali, jangan nak merendah diri sangatlaa. Kalau muka cantik, kulit putih,badan menawan, jangan nak heboh-hebohkan satu dunia. Kecantikan luaran ni pinjaman sementara sahaja.

Tapi kenapa perlu merendah diri sangat? Apa motif?

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

20 Budak innocent yang comel:

Azyan said... Reply to comment

cari publisiti murahan tuu >.<

Nurul Assilah said... Reply to comment

Perlu ;D

Zie Madini said... Reply to comment

haaaa frankly speaking, zie sgt MENYAMPAH dgn org yg dok say gitu. kdg² xpe la jugak.

if dok tiap² ari say...nak aje bagi siku! haha

hanis rahman said... Reply to comment

haha ni kategori rendah diri poyo..

Anonymous said... Reply to comment

Tu bukan rendah diri tu..tu saje nak mintak pempang..pang kan die untuk kite boleh..
I do have friends macm tu jugak, what i do is hide die mule2..
pastu tak tahan terus remove..
meluat..
bagi dosa kat i je..;p

cik fadh said... Reply to comment

haha mmg wujud pown org mcm ni . sy ade sorang member mcm ni . xfaham btol, tulis2 mcm tu supaya org puji die balik . erghhh meluat plak tgok . kikiki..mgkin bole bg name penyakit ni . hehe

\\ArissaFarhanis said... Reply to comment

saye pown ade member mcm nih !
kadang-2 meyampah pown ade

Unknown said... Reply to comment

Assalam, merendah diri mmg perlu, tapi jnganlah terlampau atau melebih-lebih nnti orng meluat plak kan..huahuahua...

http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com

izzhnjhslm said... Reply to comment

Kalau aku yang komen , aku cakap :
"a'ah la wey ! Muka kau memang buruk pun . Kalau lipas tengok pun boleh mati dia kat situ ." . Mereka tu saja nak cari publisiti murahan . Jangan layan ...:P

Anonymous said... Reply to comment

merendah diri tu perlu,tapi bertempat2 la..klu dh setiap tempat nk merendah diri nnt org tengok pon meluat:P

ni just my opinion:) setuju ke tidak tk kesah:D

YattAkasah said... Reply to comment

sius anoyying ngan org cmni..

Aizan Aziz said... Reply to comment

ei, menyampah ngn org mcm tuh, bajet :)

fatin athirah kamal said... Reply to comment

orang yang merendah diri ni sebab dia tanak dikatakan sombong .
lagi pun merendah diri sifat nbi s.a.w kita . =)

syreen adan said... Reply to comment

err~ dietakbersyukurkot......

3no gr33ny said... Reply to comment

semua perlakuan seseorang kita tak dapat jangka sebab just HATI je tahu apa NIAT dye..sama ada dye btol2 rendah diri or something else..

hanya Allah yang tahu..yer dak?

si robot comel said... Reply to comment

merendah diri tu bagus,tapi jangan lah cam tu,nak cari publisiti je tu,

e_darel said... Reply to comment

obviosly la dia nak org puji dia . sebab bila dia cakap macam tu then org mesti komen : eh , tak laa you lawa sgt .
haha . suka lah tu kena lambung tinggi2 .

Korn Ahmad said... Reply to comment

merendah diri ade byk jenis:

*sbb nak org yg puji 2 mmg lagi cantik.

*merendah diri sbb terharu.

*sbb xde point nak reply comment 2.

*sbb diri die mmg rendah.

*sbb tiade keyakinan diri.

*sbb die pk kalo die rendah diri, org akan puji die lagi. so yg ni mmg xbagus. so jgn la jd cm nie.

~POPKORN~

Ika Halim said... Reply to comment

kadang kadang perlu , tapi kalau melampau2 payah jugak . haihh , dunia dunia , mcm2 manusia ada :D

ctk said... Reply to comment

sje la tu nk tarik perhatian..kadang2 nyamph jugk...gambar da terang2 amik gambar cm mOdel...muke putih bersih...lg nk ckp gitu..huhu