Siapa ada bantal busuk?

Assalamualaikum

Terima kasih aku ucapkan buat mereka yang sudi menyertai Contest The Most Creative Review anjuran aku tu. Kalau korang belum join lagi, bolehlah usha sekarang. *sempat lagi iklan

Hari ni aku nak cerita pasal bantal busuk. Bantal busuk tu apa? Tak payah nak berlagak tak tahulah. Aku pasti kebanyakan antara korang ni mesti ada bantal busuk sendiri kan.

Macam budak-budak je ada bantal busuk.
Tak matang langsung.
Macam anak manja.
Pergh! Busuk giler bantal kau.

Oh! Ini antara sangkaan negatif pada mereka yang tak ada bantal busuk. "Eh, ezzat ada bantal busuk ke? Nak tengok, nak tengok!" Erk perasan macam ada orang nak tengok bantal busuk aku jek. Dulu-dulu aku memang ada bantal busuk.

Adik : Makkk. Antal ucuk adek ane?
Mak : Mak basuh la dek.
Adik : Alaaa. Kenapa mak bacuh? Nanti tak jadi antal ucuk dahla.

Okay, terpaksa buat-buat pelat untuk nampak manja. haha. Sesetengah orang kalau tak ada bantal busuk, takkan lena tidur dia kan? Ada yang sampai menangis-nangis carik bantal busuk dia. Dah terlampau sayang sangat dengan bantal bucuknya tu.

Tapi macam aku pulak, ada ke tak ada ke aku tidur jugak. Memang sah aku bukan anak manja lagi. Yup. Aku dah besar. Aku dah matang. Aku cool. haha

Korang pulak, ada bantal busuk tak? Sila jujur.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Berita baik

Assalamualaikum

Haa. Aku ada berita gembira, berita baik yang ingin dikongsi bersama dengan korang. Mungkin tak berapa gempak sangat tapi cukup menggembirakan buat korang yang berkenaan.

Baiklah. Aku taknak cakap banyak. Aku sebenarnya berbesar hati ingin menaja mana-mana contest yang dibuat oleh blogger. Kenapa aku eksaited sangat ni nak jadik sponsor?

Okaylah. Aku jujur ye. Sebenarnya ramai bloggers yang email dekat email aku. Weyh, camno korang tahu email aku ni? *Okay, jangan nak perasan retis sangatlah. Aku ni blogger cikai je. Kenapa korang nak aku jadik sponsor?

Oh aku terlupa yang aku ni Stokis Catalyst Kuantan. Catalyst? Korang tak tahu ke? Yang dok jadi gossip sekarang ni. VCO lah Collagen lah. Sumpah! Aku tak sangka dapat sambutan yang menggalakkan. Aku terharu sangat.

Jadi, kalau korang rasa nak buat contest apa-apa ke, bolehlah email aku. Kita boleh runding sama-sama ye. Di sini aku sertakan syarat-syarat kalau nak aku sponsor korang punya contest;

1. Peserta contest mesti follow blog aku dan blogshop aku iaitu Zatie Catalyst eSHOP.

2. Hadiah yang aku sediakan adalah ditentukan oleh aku iaitu mana-mana produk Catalyst atau apa-apa sahaja jenis hadiah. Mungkin shawl, dress, atau barang-barang yang cun meletup. Takpe, hadiah boleh bincang sama-sama k.

3. Hadiah yang aku sediakan tidak lebih RM100.

4. Contest korang itu mestilah dijamin mendapat sambutan yang gempak.

5. Pastikan Contest korang itu belum bermula. WAJIB *baru update ni.sorry

Okeh. 5 sahaja. Tak cerewet pun kan syarat-syaratnya. Jadi kalau berminat nak jadikan aku sponsor, boleh email aku di n.hazatie@gmail.com atau boleh inbox FB aku je okeh.

Subject : Sponsor to be
Emailkan cadangan dan idea Contest, Giveaway atau Lucky Draw yang ingin korang buat tu. Tapi aku lebih prefer Contest. haha :p

P/s Update : Email korang mesti merangkumi
1. Jenis Contest
2. Idea dan cadangan
3. Url blog korang

Tarikh tutup berunding ialah pada hari Jumaat,18 November 2011. Sebarang rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Hahaha *gelak kejam

Aku sponsor untuk 5 contest sahaja. Pemilihan untuk menaja contest korang terletak ditangan aku. Tiada istilah 'siapa cepat dia dapat' okeh. Segala keputusan adalah muktamad. *tahpape

Sorry kalau aku taknak taja contest korang ye. Apa-apa pun, email je aku dulu.
Aku ni baik orangnya. Bukan kejam pun :p

P/s : Sponsor ini tetap berjalan dengan lancar walaupun aku dah buat contest sendiri ^.^

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Tabiat lelaki

Assalamualaikum

Fulammak! Tak pernah-pernah aku update blog pepagi buta. Dan tak pernah-pernah aku join segmen bagai. Pertama kali ni aku nak join bende ni semua kerana ajakan dari Sahabat Blogger iaitu Khai dan Aydah. Segmen ini diberi nama Segmen- Boy VS Girl.

Disebabkan aku perempuan, maka aku harus membidas tentang 'Tabiat Lelaki'. Segmen ni aku nak join dengan hati terbuka sebab bagi aku segmen ni cool giler okeh. sementara tu kita boleh tahu tabiat berlainan jantina.

Tabiat lelaki;

1. Meludah di mana sahaja tempat dia berada. Selalu sangat aku perhatikan lelaki tak bertauliah macam ni meludah kat merata-rata tempat. Nasib baik tak ludah kat muka isteri.

2. Pakai baju berulang-ulang kali. Bagi aku perkara ni nampak biasa selagi dia tak berbau busuk bila mendekati aku. Contoh paling dekat, abang aku. Selagi mak aku tak kutip baju-baju dia campak dalam mesin basuh, selagi tu lah dia akan pakai baju yang sama. Tapi tabiat ni bagus. Boleh menjimatkan air, sabun dan eletrik.

3. Pakai minyak wangi berlebihan. Ini tabiat lelaki yang dah baligh. Kalau pakai perfume, memang nak orang 100 km dari dia dah boleh bau. Aku tak suka perfume lelaki yang bau sumpah aku boleh pengsan.

4. Rambut mesti bagi terpacak habis. Ini tabiat selalu sangat boleh nampak kalau korang keluar dari rumah. Tunggu je mamat mana-mana lalu depan rumah dan fokuskan pada rambut diorang. Rambut diorang sahaja okeh. Cicak terjatuh konfem mati.

5. Bila jumpa kawan, lupa dunia. Perempuan pun sama. Tapi lelaki lebih ketara. Bagi aku, lelaki ni lebih mementingkan kawan-kawan diorang berbanding isteri yang dah nak bersalin dan anak yang dah kebuluran mintak susu dari tadi tak dapat-dapat. *Apa kejadahnya ni?

6. Suka buang puntung rokok merata-rata. Tak percaya? Keluar rumah, pergi tengok kat jalan tar. Konfem ada puntung rokok. Kalau takde, sila claim freegift dari aku.

7. Suka berlagak. Berlagak ni dari segi macam-macam ada. Korang boleh perhatikan sendiri lelaki tu sama ada dia berlagak ke tak. Contohnya kalau berjalan dengan awek cun, dada konfem naik mendadak. Kes berlagak terlebih la ni. Pastu, kalau pakai smart sikit jalan mengalahkan model catwalk. Padahal baru lepas kena reject interview.

8. Lepas makan, main tinggal je pinggan mangkuk atas sinki. Ni memang aku panas hatilah. Macam jadik kuli batak dia je. Contoh terdekat lagi, semestinyalah abang aku. Dia memang paling liat nak basuh pinggan. Kalau boleh, nak je aku buat flying plate kat muka dia.

9. Malas cukur misai dan janggut. Apa kau ingat kau dah cukup ganas, dah cukup handsome dengan jambang berjelar-jelar, misai macam Mr.Potato. erk. sangat geli. Kalau boleh, aku tak nak hadap langsung muka orang yang malas nak cukur janggut dan misai ni.

10. Buang angin tanpa segan silu. Angin ni banyak contohnya kentut dan sendawa. Suka hati korang je kentut sendawa depan muka orang. Yang jadi mangsanya, aku jugak.

Sudahlah. Aku rasa 10 dah cukup kot. Kang tak pasal-pasal blog aku kena cemuh. Takut jugak sebenarnya ni buat entry pasal kaum bukan sejenis.

Thanks for reading my story if you are!




Bye-Bye!

Perlu ke merendah diri?

Assalamualaikum

Mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi melayan tag aku semalam. Entah kenapa aku pun terlibat sama dalam tag semua tu. Apa-apapun korang memang cool lah. Nanti claim 1 juta, aiskrim, nescafe, kek red velvet 1 slice, dan macam-macam lagi lah. Amboihh, melampau betul ye mintak dekat aku. Padahal aku nak kasi air mineral secawan je :p

Okaylah, hari ni aku nak cerita pasal rendah diri. Aku dah tak boleh sabar lagi dengan sorang minah ni. Hari-hari update status Facebook "aku ni tak cantik, takde siapa nak kawan", "muka aku berjerawat", "aku ni gemuk", "aku tak lawa", "aku tak hot". Ah sudahlah. Bermacam-macam lagi dia update sampai aku rasa macam nak bagi tendangan home run je dekat dia. Sebaik kawan aku. Maksud aku sebaik dia ni kawan Facebook aku.

Padahal muka macam orang korea, dress up macam retis, paling senang aku cakap budak ni memang cukup lengkap pakej diri. Aku tak tahu apa niat dia ni update status macam tu.

4 seconds ago...

100 comments
MakJah Manja : Eh, mana ada. Awak ni cantik sangat tau.
Minah Goyang: Janganlah cakap macam tu.awak cantik lah.
Tempayan Comel : Jadi awek saya jom?

Erk. Aku tak fahamlah dengan dunia ni. Aku rasa budak ni nak suruh semua orang puji dia, lambung dia tinggi-tinggi kot. Aku bukan nak emo ke jeles ke apa. Tapi, kalau nak orang puji pun biarlah apa yang kita buat tu tak nampak cam gediks, mengada-ngada.

Sebenarnya aku buat entry ni pun bukan nak tunjuk rasa tak puas hati ke apa. Ye lah. Facebook kau kan. Buatlah apa yang kau suka. Nak update status kau tengah berak ke, tengah cuci jamban ke. Masalahnya kat sini, ramai kawan-kawan aku dah mengadu pasal kau. Eh, kau ni siapa sebenarnya ye?

Maaflah. Aku terpaksa rahsiakan identiti dia. Yang pasti, dia ni memang boleh jadi retis kot. Malah model sekalipun. Dengan muka licin tanpa jerawat, badan slim, tak gemuk, macam orang korea. Sumpah aku tak tipu.

P/s: Buat awak yang dikenali, jangan nak merendah diri sangatlaa. Kalau muka cantik, kulit putih,badan menawan, jangan nak heboh-hebohkan satu dunia. Kecantikan luaran ni pinjaman sementara sahaja.

Tapi kenapa perlu merendah diri sangat? Apa motif?

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

11 tentang aku

Assalamualaikum

Kenapa perlu 11? Entah. Korang tanyalah blogger yang buat tag ni bagai. Tahun 2011 mungkin.

Buat pertama kalinya aku nak langsaikan hutang daripada seorang blogger yang comel iaitu Biyy Dora yang telah meng-tag aku. Terlalu banyak hutang tag yang aku tak dapat nak buat atas faktor malas. Untuk
Biyy Dora, awak patut rasa bangga okay haha.

11 perkara tentang aku;


Aku suka kucing. Aku tak suka lipas. Aku suka makan. Aku tak suka basuh pinggan. Aku suka tidur. Aku tak suka mandi. Aku cool. Aku tak hot. Aku perempuan. Aku bukan lelaki. Aku peramah dan baik. *Aku jujur ni

Jawab 11 soalan pulak. Baiklah. Aku akan jawab secara jujur dan ikhlas.


Q1 : Satu hal pasal aku yang orang lain wajib tahu?

A : Aku garang sebenarnya.
Sila takut sekarang.ngeh

Q2 : Binatang yang paling paling paling aku geli dalam dunia ni?

A : Lipas.


Q3 : Pernah mimpi jatuh dari bangunan tinggi tak?

A : KLCC mungkin.


Q4 : Pernah tak dengar satu lagu yang sama berulang kali dalam satu hari? Lagu apa?

A : Pernah. Lagu Asmaul Husna- Hijjaz sebab nak hafal. Setiap hari Isnin dekat perhimpunan sekolah kena baca. Jadi, aku hafal lah.


Q5 : Siapa lagi handsome? Miyyo Azman ke Justin Bieber?

A : Sebenarnya aku lagi handsome. *Aku tak suka Justin Bieber. Peminat JB, ada masalah ke? Jom settle belakang ar. haha


Q6 : Kenangan paling manis yang aku tak boleh lupakan sampai bila-bila?

A : Dapat duit raya.


Q7 : Suka lelaki yang macam mana?

A : Macam pakwe kakak aku hahaha.


Q8 : Rajin tak meng-usha blog Biyy Dora yang pinky boo tu?

A : First time masuk blog awak Biyy Dora. Lepas ni rajin mungkin kalau awak friendly dengan itewww. Hahaha.


Q9 : Suka baca novel tak?

A : Suka tapi kadang-kadang je baca.


Q10 : Pakai jam tangan belah kanan ke kiri?

A : Kiri.

Q11 : Nombor kegemaran aku?

A : 13. Nombor berhantu.

Akhirnya, selesai hutang aku. Aku buat tag ni pun sebab aku malas nak study. Hujan-hujan ni sodapp hadap komputer sampai pengsan. Kepada korang yang di-tag oleh aku, kalau korang tak buat, esok pagi kena sembelit. Hahaha*kejam


Korang yang telah di-tag, WAJIB buat menda ni;


Step 1 : Cakap 11 pasal diri korang yang aku sendiri tak nak tahu pun. haha

Step 2 : Jawab 11 soalan dari aku.

Step 3 : Tag 11 orang. Kenakan orang yang seterusnya. Padan muka. Teehee.

Ready? Nah soalan dari aku :p

1. Agak-agak, aku ni orang yang macam mana?

2. Kenapa korang cakap aku macam tu?

3. Korang ni sebenarnya nak kawan tak dengan aku?

4. Kenapa korang nak kawan/taknak kawan dengan aku?

5. Antara aku dengan korang, mana lagi cool?

6. Kenapa korang cakap aku/korang cool?

7. Korang faham tak soalan aku ni?

8. Penat tak jawab soalan aku ni?

9. Kalau penat, rehatlah dulu. Nak air?
10. Suka tak entry blog aku? Kenapa?

11. Senang tak soalan aku?


Aku tahu korang stress dengan soalan aku yang susah giler tu. Tapi aku tahu korang semua pasti lulus dan menjawab dengan betul sekali. Kalau dah buat tag aku ni, sila tinggalkan link entry korang tu kat ruangan komen. Aku nak pergi godek-godek sama ada korang buat ke tak.

Opps! Terlupa pulak. Kepada korang yang di-tag, kalau korang buat tag ni, aku pergi follow blog korang. Suka tak suka tak? Lagipun, tujuan tag semua ni pun adalah untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Apa salahnya kan aku nak kenal korang.

P/s: Andai kata korang telah di-tag atau dah buat tag ni, sila abaikan tag aku.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Bahaya Mengigau

Assalamualaikum

Haha padan muka korang hari-hari nampak muka aku update blog kan? Ye laa kan aku dah cakap, aku ni kalau dah cuti memang nak berblogging je kerjanya. Jadi korang kenalah baca. Baca tau! Haha kejam giler. *mesti korang kata aku tak malu. Ah! Ada aku kisah?

Hari ni aku nak cerita pasal mengigau. Korang tau tak apa itu mengigau? Mengigau ni merupakan salah satu gangguan tidur yang sering dialami oleh seseorang. Rasanya semua orang pernah mengigau kot. Ye tak? Macam aku pulak, tak adalah kritikal sangat sampai pergi beli telur kat kedai runcit pastu masak dan makan, cuci pinggan masuk tidur balik. haha nonsense sangat. Eh! Tapi pernah je tau berlaku kejadian ni. Haa.. jangan main-main dengan mengigau ni.

Kadang-kadang mengigau ni boleh dijadikan bahan ketawa tapi boleh membuatkan si pengigau tu malu dan dalam bahaya. Weyh, faham tak aku cakap ni. Okay la. Contoh situasi aku bagi ea;

SITUASI 1 -malu
Si pengigau : Sebenarnya aku dah lama suka kat Prof.Zaki kita tu laa.
(bercakap dalam tidur)

Kawan yang masih tak tidur mendengar : Owh yeke? Kau kata kat aku hari tu kau benci giler kat dia sebab dia macam bajek cool je.
(saje nak kenakan kawannya itu)

Si pengigau : Oh Zaki! Aku cinta padamu.

Haha malu giler kot kalau berlaku pada diri aku.Ish, mintak-mintaklah aku tak ada mengigau sebut menatang camni.

SITUASI 2 -bahaya
Si pengigau : Laparnya. Pergi beli burger kejap lah kat seberang sungai sana.
(berjalan dalam keadaan separuh sedar)

BeritaMetro- Seorang lelaki, 24, dijumpai lemas di dalam sungai. Punca lemas masih dalam siasatan.

Apa kejadahnya contoh yang aku kasi ni? Macam tak kena langsung. Ah! Janji korang paham. Teehee. Jadi, macam mana nak mengelakkan dari mengigau ni? Haa, aku ada jalan penyelesaiannya;

1. Tidur mesti cukup dan jangan terlebih tidur.

2. Sebelum tidur, apa kata korang tutup tingkap dan kunci semua pintu. Pastu, simpan kunci di tempat yang tak mungkin korang dapat ingat. Selamat bukan? haha

3. Pastikan sebelum tidur korang tak stress. Kalau korang ada masalah hidup ke masalah negara ke, cuba mengadu dekat orang terdekat. Insya-Allah korang takkan mengigau sebut mende-mende yang tak sepatutnya.

4. Baca doa sebelum tidur [Surah Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi, Al-Mulk]

Jadi, aku harap kita semua takkan mengigau lagi. Amalkan lah ye.

P/s : Aku takut kang keluar berita ada yang mengigau terjun bangunan sebab stress baca blog aku. haha sudahlah.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Kerja selalu tertangguh

Assalamualaikum

Selalu benor aku meng-update blog kan? Ah, pedulik apa aku. Masa yang diberikan ni lah kena guna dengan sebaik yang mungkin haha.

Okay straight to the point tanpa belok mana-mana singgah rumah Mak Jah untuk mengumpat jiran sebelah rumah aku, aku nak cerita pasal kerja yang selalu tertangguh. Alah, sebut pasal mende ni, kita semua pernah buat kan. Malah menjadi satu habit buat kita. Melainkan kau ni memang rajin tahap orang gaji yang selalu buat kerja rumah tanpa gaji satu sen pun. *perasan tak aku jadi makin mengarut, kenapa? Faktor sekeliling mungkin.

Baiklah. Aku mengaku yang aku memang suka tangguh kerja. Contoh situasi;

Pukul 11 tengah hari
Mak : Adek, pergi sidai baju sekarang. Nanti baju tu bau hapak.
Aku : Ye..Jap gi adek sidai lah. Ngah layan entry mamat handsome dalam blog ni.

5 jam kemudian...
Mak yang baru keluar dari biliknya untuk spotcheck baju yang dah dibasuh tadi sama ada telah disidai atau belum oleh aku.

Mak : Adekkkkkkkkkkkkkkk! Kenapa baju tak bersidai lagik ni?
(panjang panggilan adek tu 12 harakat)

Adek : Ohh! Ha'ahlah. Adek lupa. sorry sorry sorry sorry naega naega naega..babiy *Wtf nyanyi lagu SJ ni?

*****************************
Okay. Kalau pasal kerja tertangguh melibatkan antara aku dengan mak aku tak apalah. Masih boleh dikasihani lagi. Anak dia kan. Kalau dengan cikgu, ketaq lutut dah jawabnya.

Kadang-kadang kalau diikutkan hati aku ni, nak je bagitahu alasan yang agak munasabah dekat cikgu kalau tak siap kerja sekolah.

1. "Cikgu, semalam memang azam saya nak buat kerja sekolah yang cikgu bagi ni sampai siap, tapi pen saya habis dakwat lah. Sebab tu sempat tulis tarikh dengan hari je."

2. "Cikgu, semalam mak suruh jaga adik-adik saya. Dia pergi tolong Mak Limah potong bawang untuk buat kenduri tahlil esok. Alaa Mak Limah.. Cikgu kenal kan?"

3. "Cikgu, semalam saudara-mara saya datang. Kecoh satu rumah sampai saya tak boleh nak buat kerja sekolah ni. Nak mintak diorang senyap kang macam kurang ajar pulak. Cikgu kan pernah ajar adab menghormati tetamu."

Agak-agak alasan macam ni, memang dah dapat surat berhenti sekolah kot kalau diamalkan sebanyak 2 kali. Jadi, aku nasihatkan guna pakai sekali sahaja.

*****************************
Tapi kan, kenapa kita selalu tangguh kerja ea? Okay ini mungkin aku punya sebab kenapa selalu tangguh kerja;

1. Tiba-tiba je malam tu ada citer syiok punya kat TV. Lepas habis citer tu, citer tu. Pastu citer tu pulak. Sampai mak aku suruh masuk tidur haha.

2. Tidur petang sampai tak sedarkan diri. Bangun tidur "oh dah pukul 6 pagi, indahnya."

3. Haa ni selalu terjadi sejak internet ada kat rumah aku. Kira-kira 4 tahun yang lalu. Selalu online.

4. Pemalas. *Fullstop

Korang pulak, kenapa selalu tertangguh kerja?

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Kecik-kecik dulu pernah bergaduh tak?

Assalamualaikum.

Yeah! Aku terasa dihargai apabila ada jugak orang yang selalu mintak aku update blog. Terima kasih sangat-sangat! Tanpa korang, aku mungkin tak akan update blog ni lagi. Aku selalu anggap blog aku ni macam sampah. Baiklah tatie, jangan buat cerita sedih. Jom gembira. Hohohoho.

Aku ni kalau duduk sorang-sorang, mesti terkenangkan zaman budak-budak dulu. Dengan tak tahu malu langsung, tak matang, suka bergaduh haha. Semua tu mungkin dah takkan berlaku lagi. Kalau dulu, aku gaduh macam ni;

1. Tarik-tarik rambut tak pun tarik-tarik tudung(kalau dekat sekolah lah sebab kat rumah tak pakai tudung pun. Jahiliah giler kan aku dulu?). Padahal gaduh pasal terpijak kasut je.

Minah : Weyh, apa ni pijak kasut aku?
Tipah : Eh, pijak? Terpijak lah.
Minah : Bangang ar. arghhh! (mula tarik tudung)
Tipah : Arghhh! Sial betul! (tarik tudung dia jugak)

2. Disebabkan salah faham, jadi gaduh besar sampai tak bertegur sapa. Sebelum 3 hari, berbaik semula sebab ustazah kata tak baik kalau tak bertegur lebih 3 hari. Sebenarnya, aku tak adalah jahiliah mana pun haha.

Bedah : Weyh Tipah, aku nak kawan dengan kau baliklah. Dosalah pulak kalau tak tegur kau lebih 3 hari. Aku dah insaf lepas ustazah bagi tazkirah semalam.
Tipah : Iye lah, aku pun. Huhuk

3. Kalau gaduh besar tu, mesti nak pulang semua barang-barang yang dia pernah kasi kat kita dulu.

Lokasi, jumpa kat dalam tandas.erk
Bedah : Nah! Amik ar balik barang-barang kau nih. Tak kuasa aku nak simpan buat kenangan. Amiklah gambar kau yang bajek innocent ni sekali. (merujuk kepada gambar passport)
Timah : Aku pun. Ambik arh! (Campak)

4. Bila dah tak kawan dengan Si A, mesti kita jadi batu api dengan menghasut kawan-kawan yang lain supaya jangan kawan dengan Si A tu.

Bedah : Baik kau tak payah kawan dengan si Tipah tu. Dahlah suka mengumpat orang, pastu curik barang orang, dahtu kalau pinjam barang orang, sampai rosak jadinya.
Limah : Yeke? Okay. Aku taknak kawan dialah.
Timah : Ha'ahlah. Aku pun taknak kawan dengan dia.

Haha memang rasa macam kejam giler zaman budak-budak dulu. Kelakar pun ada. Tapi semua perkara itulah yang kita nak lalui semula. Kalau sekarang, gaduh pun sebab touching-touching. Pastu, bawak berbincang. Yup. Aku memang dah matang sekarang haha.

Kalau korang pulak, gaduh macam mana ye? Disebabkan apa? Cer citer sikit.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Lelaki memang anak mak ker?

Assalamualaikum

Apa khabar korang semua? Ada rasa macam rindu aku tak? Takk? Okay fine.

Alhamdulillah exam dah habis.(okay jangan percaya.ini tipu!) Jadi aku nak 'refresh' otak aku dengan berblogging. Yeah!

Tetiba je semalam terdengar tajuk yang menarik "Lelaki anak mak". Aku setuju sangat dengan rancangan Semanis Kurma semalam di TV9. Disebabkan aku bukan lelaki, jadi aku rasa macam apa yang diorang bincang semalam, semuanya benar-benar belaka haha.

Lelaki anak mak ni memang jarang ada. Tapi tanpa disedari, sebenarnya lelaki anak mak ni memang ramai. Apa yang boleh aku katakan di sini adalah lelaki memang anak mak malah boleh dikategorikan manja dengan mak sebab

1. Lelaki lebih rapat dengan mak berbanding ayah. Lelaki lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan mak daripada perkara yang kecil hingga perkara yang besar. Lagipun kebanyakan mak kita kan suri rumah. Cuba bayangkan kalau anak lelaki pergi mengadu kat ayah diorang yang tengah balik dari kerja ke, tengah rehat-rehat kat ruang tamu ke. Macam situasi di bawah;

Aiman : Ayah, tadi aiman kena pukul dengan kawan-kawan di sekolah.
Ayah : Dah tu, kenapa kau tak pukul diorang balik?
Aiman : &*%^$#%

Aiman : Ayah, tadi aiman kena denda sebab tak siap kerja sekolah.
Ayah : Kau memang pemalas.
Aiman : Ermm..

Aiman : Ayah, kawan-kawan aiman ejek nama ayah.
Ayah : Nama aku, bukan nama kau.
Aiman : Okay, fine!

Aiman : Ayah, cikgu kelas aiman tu cantik sangat.
Ayah : Yeke?!! Nama apa?
Aiman : Cikgu Daud Mat Kilat.

2. Mak akan cepat hulurkan bantuan kalau anak dia dalam kesusahan. Mak mana yang sanggup tengok anak dia susah kan. Kalau anak lelaki mintak duit ke apa ke, mesti mak akan bagi. Tapi kalau anak perempuan pulak, jarang sekali akan dapat apa yang diminta kecuali kalau korang anak perempuan tunggal.

3. Lelaki ni keras kepala sikit. Kalau tak percaya, cuba korang hamek kepala bapak korang ke abang korang ke adik lelaki korang ke dan hantukkan di batu, mesti tak pecah punya. Sekadar berdarah tu biasalah haha okay sudahlah mengarut. Kebanyakan mak ni akan manjakan anak lelaki sebab taknak anak lelaki diorang protes dan tidak mendengar kata-katanya. Contoh situasi;

Abang : (Nama manja)Boboi nak ke KL esok.
Mak : Boboi nak buat apa pergi KL?
Abang : Nak shopping-shopping sikit.
Mak : Amboihh, nak shopping? Macam perempuan.
Abang : Alaa. Boboi shopping sekali sekala je. Lagipun, mak kan banyak duit.
Mak : Haa..pergi lah.Kang tak bagi, mulalah nak larik dari rumah.
Abang : Hehe tanjat boboi! (tiada kaitan)

Sebenarnya jadi anak mak ni banyak kelebihan dan keburukannya. Contoh kelebihannya, lelaki anak mak ni akan lebih mengutamakan keluarganya, lebih memahami perasaan perempuan, dan pandai bermanja-manja haha. Kalau dari segi keburukannya pulak, anak mak biasanya takut nak buat keputusan dan akan selalu tanya mak dia dulu, cepat merajuk, keras kepala, tak suka menghadapi kesusahan dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada orang lain.

P/s for girl : Kalau korang dapat boyfriend "anak mak", apa korang akan buat?

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Nafsu perempuan

Assalamualaikum.

Akhirnya aku berkesempatan jugak untuk update blog. Aku mintak maaflah sebab dah lama tak blogwalking. Ada masa nanti aku jejak semula korang yang sangat rajin blogwalking di blog aku. Insya-Allah.

Hari ni aku nak bincangkan tentang topik yang mungkin lelaki akan bersetuju, tetapi tidak pada perempuan. Aku taknak cakap pasal 'Nafsu Lelaki' sebab aku tahu aku akan mendapat respons yang hebat nanti. Boleh terbakor blog aku yang putih suci ni. erk.

Rata-rata kita semua dah biasa dengar kot ungkapan ini. "Lelaki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu." Ungkapan ni tidak sohih tetapi anggap saje lah betul sebagai entry yang ingin aku sampaikan kali ini.

Sekarang kita lihat dan bandingkan nafsu siapa yang paling banyak? Haa sebab tu lah aku tertarik untuk cerita pasal nafsu perempuan. Nafsu perempuan ni banyak. Ada 9. Apa dia ea?

1. Shopping. Perempuan sangat sukakan shopping. Adalah sangat tipu kalau korang berkata "Walaupun aku perempuan, tapi aku tak suka shopping." Okay aku faham korang nak cakap yang korang ni perempuan luar biasa. Ataupun perempuan yang lain dari yang lain. Ataupun korang nak dilabel sebagai "satu dalam sejuta".

2. Makan. Aku tahu memang semua orang makan. Tapi perempuan ni lain sikit. Sebenarnya bukan aku nak cakap yang perempuan ni kuat makan tau. Tapi perempuan ni suka beli apa yang dia nampak sedap dan menyelerakan. Beli banyak-banyak pastu kenyang dan tak habis. Membazirkan? Itulah yang dinamakan terlalu mengikut nafsu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOz2QxwHt1Z4_C1im3QllEWERv6ViH3ddu7S5D_6S_fmdtfZEL-ow8O03qCPfqtkwFtBZr75gbKctmBqT4GKcaOrkbytmrSjsJO1NM47ZAjldtxUrYsi815RaMEk7QJbDB4f-RWKohZUY/s1600/kucing+cantik.jpg

3. Fashion. Semua perempuan nak kelihatan cantik kan? Jadi kita sebagai perempuan ni sanggup beli apa-apa sahaja. Fashion pulak mesti nak ikut pergerakan zaman. Nampak semua orang dah mula pakai shawl, dress, kasut wedges, kita pun nak pakai jugak. Dalam hati "kau ingat kau sorang je boleh pakai camtu, aku pun boleh!"

4. Make-up. Owh yang ni aku pernah dengar ada orang cakap. Orang ni duduk sebelah aku je waktu kat shopping mall mana entah. "Perempuan memang nampak ketinggalan zaman sangat kalau tak pakai make-up, tak reti bermake-up". Hey kemonlah. Aku tak tersentap pun. Perempuan tak bermake-up ni natural tau. Kau tu yang ketinggalan zaman tak tahu fakta. Fakta ke? Whatever.

5. Nafsu syahwat (berani kau ye cakap pasal benda ni). Aku tak nak cakap apa-apa pasal nafsu ni memandangkan aku masih under 18 hehe. Korang faham-fahamkan sendiri ye haha.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpSWlFClmn4fsWfQVxjhM_KWkOJyw_YCPlnfku0Nu2hfvM4azg0HsK2mq975uYQcHtNiPDIYh2kPY8W8ofAzqC5xG2P9S1M9GHjw-Mv8LhGjl-MMyJNok1ZRfJxyAIcBeUWTP08O6Yklo/s1600/kucing+marah.jpg

6. Emosi. Kalau nak dibandingkan amarah lelaki dengan perempuan, perempuan lagi senang nak marah, mengamuk, melenting. Disebabkan terlampau mengikut nafsu emosi ni, perempuan sanggup buat apa sahaja. Contoh paling biasa kita dengar, bunuh diri. Kes ni selalunya terjadi lepas putus cinta. Argh! Bodohnya.

Cukuplah aku senaraikan 6 sahaja. Lagipun memang yang ini je aku dapat kaji melalui sumber yang dipercayai. Korang setuju atau tidak, itu terpulanglah. Tapi, korang kena setuju jugak sebab...aku pun perempuan.

Tak salah kalau kita nak berfashion, bermake-up mahupun nak makan banyak mana sekali pun. Tapi agama kita kan diajar supaya bersederhana sahaja. Siapa setuju, let's do like this!


Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Ada apa dengan Hantu? [Part 2]

Assalamualaikum.

WARNING! : Entry ni tak seram sangat tapi mungkin panjang. Buat anda yang mengalami masalah penyakit asma a.k.a semput, sila baca dengan perlahan-lahan haha.

Baiklah. Aku mintak maaf ye sebab semalam buat entry tergantung. Bukan niat aku nak tipu korang semua. Apa-apa pun aku telah diancam bunuh oleh seorang blogger sebab buat entry hantu tapi tak habis cerita haha.

Beliau jerkah aku di shoutbox semalam.
Ayat manis beliau 'Lu memang carik pasal dengan guwa kan? Guwa berani ni nak baca entry hantu lu. Tapi lu punya entry banyak kencing sama guwa. Guwa kasi bunuh sama lu nanti, baru lu tahu!'

Menurut berita di TV rumah aku semalam, beliau saje-saje je nak bergurau dengan aku. Aku balas di shoutbox beliau balik 'Guwa tak gentarrr der'. Haha baiklah aku rahsiakan identiti kau ye mamat.

***************************

Sambung cerita hantu semalam. Yang tak baca intro aku boleh klik [Part 1].
P/s: Aku tahu intro entry aku semalam panjang sebab aku sengajakan jelah, Abang Afzal haha.

Masa aku mula-mula dapat surat tawaran ke sekolah asrama 4 tahun lepas, hati aku memang berbunga-bunga bak bunga kantan woo. Sebab itu impian aku masa kecik-kecik dulu. Asyik duk dengar orang lain je cerita pengalaman tinggal di asrama. Walaupun telah banyak cerita-cerita hantu kat asrama yang pernah aku dengar, tapi sedikit pun tak dapat membuatkan impian aku tu terbantut.Mak ayah aku pulak serahkan pada aku je nak buat pilihan. Aku kata ya, ya lah semuanya.

Setahun aku menetap di asrama, Alhamdulillah tak pernah kena apa-apa perkara yang tidak diingini. Cuma dengar kes-kes sebelum ni saje daripada mulut senior-senior aku. Macam-macam cerita hantu diorang duk story mory kat aku. Aku ni nampak je berani, tapi nak pergi tandas wajib kena ada kawan yang temankan haha. Biasalah tu untuk keselamatan diri kan.

Masuk tahun ke-2, dah mula berlaku macam-macam di asrama aku. Nampak itulah nampak inilah, dengar itulah, dengar inilah. Aku dah rasa macam duduk dalam rumah hantu kat funfair je. Jalan sini, sorang budak menjerit. Jalan sana, mak budak menjerit. Tengah tidur pun ada hantu mana entah menjerit mengilai pulak. Aku memang panas hatilah siapa kacau tidur malam aku. Aku pun pergi lah usha2 dorm yang bising sangat tu. Rupa-rupanya, ada kakak senior ni dah kena rasuk. Aku panik habis weyh. Terus lari masuk bilik kejut semua roommate aku.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie6CGKAPKF9jOd0oVHw0fsCA90fn_4MC98S4ACzZRa7XduqUDDjeZDQDzz5zVbxx0Zjfo6zdHMmOI_PuJ0i2RspWDrHH7dZDOkY0r53jjUn06ozpCh67TbS2uSwRfnOLbvVgoXdn4PpTIg/s1600/iklanmetro2.jpg

Semua penghuni Aspuri terjah dorm terbabit nak tengok apa yang berlaku. Ini bukan kes jaga tepi kain mak tiri nenek jiran ye. Jadi, beberapa budak bilik tersebut diminta pergi panggil ustaz kat Kuarters Warden. Aku? Aku buat apa nak pergi sekali, bukan watak utama pun. Aku dan yang lain cuma baca Surah Yasin berulang-ulang kali.

Beberapa minit, seorang ustaz dan cikgu-cikgu lelaki pun datang. Baca apa yang patut pastu dah tenang semula. Ustaz cuma kata kat kitorang yang 'dia' tak pergi jauh pun. Masih ada dekat-dekat sini lagi. 'Dia' datang dari sekolah asrama lain. 'Dia' datang sini sebab kitorang yang mengundang kehadiran 'dia'. Aku pun tercengang dengar. Terkejut pun ada. Takut tak payah cakaplah kan. Ustaz aku tu memang handal orangnya. Kau apa tahu? haha.


Kitorang masing-masing buat spekulasi sendiri mengatakan kes ni berpunca daripada sikap gedik masing-masing dan tidak menghormati waktu Maghrib iaitu senja. Memang ya pun. Waktu maghrib mende-mende cenggini memang banyaklah berkeliaran ke sana ke sini. Waktu itu pulak Aspuri bising giler dan mungkin sebab tu 'dia' berminat untuk buat kecoh sekali.


Bukan kes kena rasuk je. Kejadian pintu bilik kena ketuk macam nak pecah dibuatnya, aleh-aleh bukak tak ada orang pun kat luar kerap kali berlaku. Kalau korang nak tahu, bilik aku masa tinggal di asrama dulu, bersebelahan je dengan bilik air. So, boleh dengarlah kalau ada orang mandi ke bunyi orang flash jamban ke.


Ada satu hari dulu, aku dan 2 orang kakak senior bilik aku stay up sampai pagi nak study. Well aku memang rajin masa belajar kat asrama dulu ngeh.


SITUASI 1

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dah tak ada orang lain lalu-lalang depan bilik aku nak ke tandas ke apa ke. Bilik aku memang menjadi laluan utama sebab depan bilik aku tu ada tangga. Pagi tu, kitorang terdengar banyak kali bunyi 'orang' flash jamban. Kitorang memang dah fikir lain masa tu tapi masih nak tunggu siapalah gerangan yang cirit-birit tak henti-henti tu. Tunggu punya tunggu, batang hidungnya pun tak nampak-nampak. Maka, kami bertiga pun buat-buatlah beranikan diri pergi sama-sama. Spotcheck sampai habis pintu tandas kami tolak seorang pun tak ada. Apa lagi, berterabur lari masuk bilik, kunci pintu dan tidur secepat yang boleh.


Ingat senang ke nak tidur kalau fikiran masih memikirkan tentang 'dia' je. Aku tetap keraskan hati dan kosongkan fikiran. Esok pagi bukak je mata aku dah ada kat bawah katil. Bila masa pulaklah aku terjelopok bawah katil. Aku fikir positif je mungkin sebab aku tidur buas sangat. Memang lena sangat kot aku tidur malam tu haha. Tapi aku bersyukurlah sebab kami bertiga tak nampak 'dia'. Buatnya dia adalah makhluk yang berbungkus kain kafan putih ada darah-darah tercegat depan kitorang, aku rasa kitorang dah terkencing kot haha.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8IB2o9JTYSGDPG2amin6xzemy6ktYcopmtsIx4WkFzeGxuFN-DllSGyJ3MtQynCFbbXHVivwrrA2TNAbrIZ_jBXW1dCVFRTEOWGAG89goKVw8_TEEfDrJjt1ynaAnA96yWGimVRBuLHw-/s1600/5182801841_37516127cd.jpg
SITUASI 2
Kejadian ni waktu bulan yang sama lepas berlaku kes rasuk tu. Aku dan kengkawan aku pergi bilik study nak belajar dekat sana lepas Light off pukul 11.30. Waktu pukul 12.30, budak2 lain dah mula beredar balik ke bilik masing-masing tapi kitorang masih bertenaga untuk stay up sampailah pukul 2 pagi.

Kitorang memang tak fikir apa-apa pun tentang 'dia' masa tu. Tapi, tetiba je 'dia' datang nak kacau kitorang. Tetiba je bulu roma kitorang secara automatiknya meremang. Apa yang kitorang perasan sangat, sebelum kejadian itu, ada seorang kakak senior yang nak masuk bilik untuk tidur, dia dah tutup semua tingkap di bilik study sebab kitorang sejuk sangat angin menerjah masuk ke bilik study. Tapi, macam mana pulak semua tingkap tu boleh terbukak semula?

Kawan aku yang agak tak berani pun terus ajak balik ke bilik cepat. Aku dan yang lain dengan beraninya pergi tutup balik tingkap yang terbukak tadi tu. Nasib baik jugaklah mende tu tak menjelma depan aku haha.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtBn3aDUiIc2z3-9ERgOcY-BaLO1HJbY0X1ER_pHVvv4cykCIgGFt37NrTX8zdrDLWw8LoscjIJ12Zugr8-vVzOQTa8MOTmP49LWnLEnOE639IQKJnRgqbo833Vjx88EotFbEyLRKUvx_z/

SITUASI 3
Kes ini tak berlaku pada diri aku. Tapi, pada penghuni Aspura. Haa.. Kau ingat perempuan je ke gedik? Lelaki pun sama je haha. Budak2 laki cerita kat kitorang waktu hari yang sama berlaku kejadian rasuk tu, diorang nampak 'something' kat atas bumbung Aspuri di mana bumbung tandas yang sebelah bilik aku tu. Waaa.. Dekat benor lah tu aku dan 'dia'. Budak2 lelaki ni memang suke benor mengendap Aspuri nak nak waktu Light Off pukul 11.30. Itu je lah kerja diorang. Haa..Kan dah kena habuan korang.


***************************

Kejadian-kejadian cenggini terus berulang kali berlaku selama lebih tiga bulan sebelum bulan Ramadhan. Aku dah tak tahan dengan ujian ni terus ambil surat pindah sekolah. Tapi bukan ni je faktor aku pindah sekolah, terlalu banyak sebab-sebab yang mungkin akan aku ceritakan suatu hari nanti. Insya-Allah.

Berbalik kepada tajuk asal, ramai yang kata 'dia' akan ikut siapa yang menjadi orang pertama keluar dari sekolah tu. Itu aku tak tahulah sebab aku bukan orang pertama. Dah ramai pun tinggalkan sekolah tu sebelum aku. Tapi apa yang aku dengar lepas satu bulan aku keluar dari sekolah tu, 'dia' dah tak datang kacau lagi sebab sekolah aku tu jadi makin lengang dengan kekurangan penghuni. Tapi sekarang dah mula ramai semula. Baguslahhh.

Moral of this story
1. Jaga sikap waktu Maghrib. Dirikan solat Maghrib terlebih dahulu. Amalkan baca al-Quran selepas setiap kali solat.
2. Jangan mengendap Asrama Perempuan atau Asrama Lelaki haha.
3. Kalau rasa lemah semangat ke penakut ke jangan tinggal di asrama.

Panjang lah pulak entry aku kali ni. Aku memang tak suka buat entry panjang-panjang. Sebab entry pendek aku pun tak ada yang baca apatah lagi entry panjang cenggini. Apa-apa pun,


Thanks for reading my story if you are!




Bye-Bye!

Ada apa dengan Hantu? [Part 1]

Assalamualaikum

WARNING! : Entry ni tak seram sangat tapi mungkin panjang. Buat anda yang mengalami masalah penyakit asma a.k.a semput, sila baca dengan perlahan-lahan haha.

Apa itu hantu?? Tak payah terangkan pun korang dah tahu malah bulu roma masing-masing dengan sendirinya akan meremang. Mungkin 'dia' sedang duduk di sebelah korang bersama-sama membaca entry aku ni haha.

Aku terniat nak buat entry pasal hantu ni sebab semalam aku tengok cerekarama Asmara Pontianak K-Pop. Memang kelakar habis. Satu family aku terhibur dengan gandingan Nabil Ahmad, Kaza, Nabila Huda dan Joey Daud. Kalau korang tak tengok lagi, boleh download kat link di bawah ;

DOWNLOAD ASMARA PONTIANAK K-POP CEREKARAMA TV3


Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal cerekarama ni hoho. Tapi aku nak cerita pasal kes ternampak hantu. Haa..korang pernah ke nampak hantu? Orang kata kalau nampak hantu, hidup kita akan sial sampai bila-bila.. Sila betulkan pemikiran sikit ye. Jangan percaya sangat dengan apa yang orang kata. Boleh membuatkan akidah kita menjadi songsang. Sebenarnya Allah yang menentukan nasib kehidupan kita. Okay stop.

Pengalaman aku pernah nampak hantu memang ZERO. Maknanya benda ni semua tak pernah berlaku pada diri aku. Kalau kena kacau tu biasalah tapi tahu-tahu jelah. Aku kan cool. Walaupun aku pernah tinggal di asrama, aku cuba elakkan diri daripada ternampak benda-benda ni semua.

Tapi aku nak cerita sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

Bermulalah al-kisah di mana asrama aku pada 2 tahun lepas pernah mengalami histeria yang berpanjangan. Mungkin disebabkan kelalaian dan sikap endah tak endah kitorang semua sebagai penghuni asrama. Untuk pengetahuan korang semua, jarak kedudukan Aspuri(Asrama Puteri) dan Aspura(Asrama Putera) agak dekat. So, penghuni Aspura boleh nampak apa yang berada di atas bumbung Aspuri. Nampak apa? Nampak 'dia'. Dan untuk pengetahuan korang semua jugak, aku dah mula rasa seram sejuk semasa menaip entry ini haha.

Jadi apa kata kalau aku menaip esok pagi je lah okay?

p/s: Aku tahu korang pun takut jugak nak baca. Aku ni memahami sikit orangnya haha. Apakata korang semua kongsikan pengalaman korang pernah nampak atau kena kacau dengan hantu? Mungkin aku boleh masukkan dalam entry akan datang esok.

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Zaman budak-budak dulu

Assalamualaikum

Dalam hujan lebat ni, membuatkan hati aku sayup je. Teringin jugak nak kembali ke zaman kecik-kecik dulu. Beban masalah takde langsung. Tapi, tetiba je aku teringat kenangan masa kat sekolah rendah dulu. Dengan sikap yang tak matang langsung, tak tau malu haha kelakar giler. Aku percaya korang pun melalui perkara yang sama macam aku.

http://ddasuqi.files.wordpress.com/2010/11/kucing-lucu-sekali.jpg

Antara kenangan aku kat sekolah rendah dulu. Mungkin korang jugak haha

1. Bila ada salesman jual buku dan bagi senarai buku, eksaited nak beli. Esok mintak duit kat mak ayah nak beli buku walaupun buku tu dah pernah baca banyak kali. Macam gitu jugak dengan salesman yang jual Vitagen haha.

2. Pakai pencil box bertingkat-tingkat. Tengok pencil box siapa paling canggih.

3. Main lawan pemadam. Sayang betul nak guna pemadam tu, nanti kalah. Padahal fungsi pemadam sebenarnya, untuk padam!

4. Bila time beratur kat perhimpunan, kena angkat tangan atas bahu kawan depan kita haha comel. erk

5. Asyik-asyik buat karangan " aku sepasang kasut" "aku sebuah basikal" haha

6. Trend tulis "ni aku punya, jangan curi. siapa curik, dia berdosa!" kat pensil box. Last2 kena curik jugak haha -_-"

7. Suka mengejek nama kawan. Kalau bukan nama kawan, nama bapakkk dia. Tak pun atok dia. Jahiliah giler time kecik-kecik dulu haha.

8. Takut BCG tapi lepas kena inject poyo la pulak...

9. Suka tengok cerita kartun. Antaranya Dragon Ball, Power Rangers, Ninja Turtles

10. Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best jugak. Beli semata-mata nak mainan dalam tu je, coklatnya tak makan pun.

Itu je yang aku masih boleh ingat waktu kat sekolah rendah dulu. Hari pertama aku masuk sekolah rendah aku tak menangis pun. Gembira lagi ada lah sebab dah rasa macam budak besar. Aku pun tak suka mak ayah aku tunggu aku kat luar kelas. Lagipun, diorang sibuk dengan kerja. Diorang hantar aku and then blah haha. Tersentap kejap tapi aku cool je.

P/s: Korang pun kongsilah sama-sama mende apa yang korang rasa kelakar waktu kecik-kecik dulu okeh?

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Jom Melabur Demi Kesihatan

Assalamualaikum

Yihaaa! Cuti! Esok tak sekolah! Eksaited giler sebab kitorang dapat cuti bergilir-gilir memandangkan esok PMR. Kau ado? haha. Memandangkan aku ada masa yang banyak sekarang ni, lebih baik aku update blog kejap. Malam nanti aku nak study pulak haha tunjuk rajin nampak.


Baiklah, aku rasa rata-rata korang semua ni mesti dah tahu tentang produk ni. Maklumlah, produk ni kan tengah hangat kat internet. Dah beberapa bulan aku jadi dealer untuk produk ni. Sambutan takpayah cakap la. Memang hmmmphh! Terbaik! Jadi, aku teringinlah jugak nak hebohkan kat korang yang tak tahu lagi ni.

CATALYST Virgin Coconut Oil. Apa itu? Minyak kelapa dara keluaran CATALYST. Harga memang berpatutan iaitu RM39.90. Kebaikannya tersangatlah banyak. Kalau aku senarai ni, konfem sampai pagi esok korang tak habis baca. Jadi kalau korang nak tahu, klik je blog Zatie Catalyst eSHOP. Segala macam info ada kat sana.

Semua produk Catalyst boleh diguna pakai oleh semua lapisan umur, jantina dan masyarakat chewahh haha. Produk yang menjadi BESTSELLER sekarang adalah seperti di bawah

VCO Softgel Capsule
VCO Softgel Capsule, RM39.90

VCO Pure Oil
VCO Pure Oil, RM39.90

CATALYST Collagen
Collagen, RM59.90


Fibre Drink, RM59.90

Bukan produk ni je. Banyak lagi. Korang klik je lah Zatie Catalyst eSHOP. Family aku semua amalkan guna produk Catalyst. Korang bila lagi? ?

Kalau korang berminat nak mencuba dan beli, PM je Facebook aku atau boleh email aku di tatie_piscesgirl@yahoo.com.my. Kalau ada soalan nak tanya, jangan segan-segan. Tanya je aku. Aku kan peramah hahaha.


Aku stokis Kuantan. Korang yang duduk Kuantan, kalau nak boleh beli dengan aku secara C.O.D iaitu by hand. Datang rumah aku bawak duit ye haha.

P/s: Tak salah dan tak rugi pun kalau nak melabur sedikit wang untuk kesihatan diri sendiri kan. Postage aku bagi RM5 sahaja buat semua blogger yang aku sayangi. Rebutlah peluang ini ^.^

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Nak lelong baju

Assalamualaikum

Entry ni untuk perempuan je tapi kalau lelaki nak cuci mata, boleh je haha. Aku rasa macam nak carik duit lebih sikitlah. Memandangkan tengah sengkek ni hihi. Jadi, aku nak lelong baju-baju yang tak pernah aku pakai walaupun sekali sebab semuanya baju-baju girly.

Cantik! Memang cantik, cuma aku ni memang jarang pakai baju-baju yang berunsurkan keperempuanan kecuali baju kurung.

Saiz semua baju S-M dan harga pulak RM15 sahaja. Kalau beli 2 ke atas, aku bagi less. Kalau ada yang bodek aku, lagi aku bagi less haha. Mungkin kurang RM5. Free postage lagi tau. Okay, check it out!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHb8L-TT4wsSXe08iDiUeR9deigpRCSkSPCxPa1rhyVhpAakTM2Q1JV42r9OANuyk-GTQD8i4arrusLFfvs6GC_1oevnjFKMaZG1zoOQtOn0smkqvzC5bT4ILJm6YUKWhr0CgXsW78HNM/s400/DSC07292.jpg
KOD 1
SOLD TO Nor Atikah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikuAGbo0fm8m3eRofqyiefWjFwGK13Mib4gdGoMfMu6vNiX4d8cuPx_ji4E4wEU44LEfqusM1teTeV6_I-MbI8RkSPc5qqvtfYp1ZfGiVv8M9uupJfBSDYFVMpk70M_iUsK06OAvo17SA/s400/DSC07300.jpg
KOD 2

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguiVFmebmidZVFvmJA-ykpwfK7sBCRQ5Kp-KKpytY8G-ZXQvttPVJbK6oa479ah7gJEFeREx5dJaCLaUbIYrRHVvv_3bg1_ohLaJoGn6E6KPx6T0n9823dBwJVuJUuSAvwVGLY5hCEwxQ/s400/DSC07308.jpg
KOD 3

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoXC5kqmBQJlCTlzNfMlZCRSOVL7jHZCUnVTKTeZpgYV7MTCm0FGOOPq6uJ19prZQg1yeAWV9smshZMkHkjkcvz3o-6H8IpUI-xvCmWIFZeC8Sp7FCiac9I8P-bo7ZfXEaAZ_lJNceG-8/s400/DSC07311.jpg
KOD 4

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUwF_6tc5nMbA3YixA112Ez3LLeVMKXhyH3GrEU7xCjDuAOQqjnWxKygt3YXwXCRHffQesOhovr-KI0LLNoqnQnUcgaI-e-zU_uUdpdw9s0jQquAX8d5YK05hV7pTfGDGRTDQ0fmn9EAM/s400/DSC07318.jpg
KOD 5
SOLD TO Suhaila Sharif

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHXO1kKyp_OjI-2Bkq-LZdkTZXnPdu_K1CLcdQvf5FaYpep4hDF_V25_PmhZIcq01g0iQHDv5rK-v3LvKdCrdjz_C6hgEVsw9t-SmLvSchXhMqoFjVNzEBKnCUV2TUKkO8ntpt-bQGloQ/s400/DSC07330.jpg
KOD 6

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8flML-KDtr3SoyOFXFvT7qpLcUWawDOrlsQ8zQkHFh9COrChKd-IuzMTVVa4gvbCB1lJ12-diAor84cCKaxBaOdxjP8hLodPd_nPUHjBAgbfyq8cbsucMZN47ofe90749LtQOPKjG1Oc/s400/DSC07338.jpg
KOD 7

Kalau ada yang berminat, bolehlah PM aku kat Facebook atau email aku di tatie_piscesgirl@yahoo.com.my Aku jamin akan reply dalam masa kurang 24 jam haha. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku malas nak isi banyak gambar kat blog comel aku ni haha. Kalau nak tengok lagi-lagi baju, klik Alice's Wardrobe.

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR5qET7qd1SzYCUl9g68CnanMdhf2bI6cHkpjtKQA3lL5nHcwlEIKYbHPMB

P/s: Mood exam aku hilang weyh sebab tu aku update blog haha.




Bye-Bye!