Tips buang sikap malas

Assalamualaikum

Tips ni sebenarnya aku buat untuk diri aku. Tapi bila aku pikir-pikir balik, apa salahnya kalau aku nak kongsi dengan korang macam mana nak buang sikap malas yang ada dalam diri kita.

Sebenarnya susah nak buang sikap malas ni. Especially pelajar. Macam aku. Malas nak pergi sekolah, malas buat homework, malas iron baju sekolah. Kalau korang rasa korang pun dua kali lima dengan aku, apa kata sama-sama kita ikut tips di bawah ni. Belum torai belum tahu. Ye dak?

1. Berimaginasi tinggi
Cuba bayangkan apa akibat yang akan kita dapat bila selalu malas. "Kalau aku tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi ni, mungkin esok aku kena lari sekeliling padang enampuluhlapan pusingan." "Kalau aku tak pergi sekolah ni, mungkin esok kena lempang laju-laju dengan bapak aku."

2. Tanya pada diri sendiri
Tanya diri kita "apa bagusnya daripada sikap malas aku ni? Esok lusa, kena buat jugak kerja sekolah yang cikgu bagi tu."

3. Jangan suka menangguh kerja
Kot iye pun dah letih bekerja selama 5 minit, janganlah berehat lama-lama. "Hurm, aku dah study lima minit, rehat kejaplah dua jam. Nanti boleh sambung balik." Kalau rehat lama-lama ni, semangat untuk sambung semula tu sangatlah tipis.

4. Bayangkan kesan positif
Cuba bayangkan apa yang kita akan dapat daripada sikap rajin kita. Contohnya, "Kalau aku dapat result gempak, mesti dapat RM500 daripada mak bapak aku."


5. Tampal kat dinding
Senaraikan kenapa nak buang sikap malas ni. Pastu, tampal kat dinding bilik korang. "Aku nak buang sikap malas aku ni sebab aku benci orang asyik panggil aku pemalas". "Aku nak buang sikap malas aku ni sebab hari-hari kena denda tak siap homework.Malu woo!" Haa, barulah boleh berubah. kan?

6. Dekati rakan yang rajin
Ini pun salah satu cara yang berkesan untuk jadi rajin. Yelah, kawan kan lebih mempengaruhi kita. Kalau kawan kita rajin, tak mustahil kita pun akan rajin. Sebab tu kena pandai pilih kawan.

Okay, ini antara serba sedikit tips yang mungkin boleh mengubah diri kita supaya menjadi lebih rajin. Udah-udah ler tu asyik malas je. Bila negara kita ni nak maju? Kadang-kadang aku cemburu tengok rakyat Jepun yang sangat rajin. See? Maju kan negara diorang.

Ada tips lagi? Kongsi-kongsilah sikit dengan aku.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!

26 Budak innocent yang comel:

Nazz@Purple said... Reply to comment

kwn rajin tu setuju..kalo de kwn cm tu..kt pun rajin skali;)

Wanie Anina said... Reply to comment

facebook menyebabkan saya jadi malas. huhuhu

starcandy♥ said... Reply to comment

blog mempengaruhi sy mnyebabkan sy jadi pemalas :P

sa!e Fara !! said... Reply to comment

aduhaii .... yg gmbr tito nan bju tuu mmg sama ngn fara .....

malas malas malas ..... =,=

Fathiah Khairuna ♥ said... Reply to comment

Starsandy : Boleh diterima statement tu . Fb pon . Hehehe

nani said... Reply to comment

hidup yg bosan... mnyebab kn sye mmg pemalas ..haha

Saraaa said... Reply to comment

yang berimaginasi tinggi tu saya kurang skit hee :p

zuk zuhaiza said... Reply to comment

thanks for the tips. i think its work.

but i wish i don have internet connection so that sy tak malas., haha

Eyda Dania said... Reply to comment

sye mmg seriusly malas2...wahh!! ad tips yg berkesan r..i will try..=)

3no gr33ny said... Reply to comment

fikirkan akibatnye...yer dak??

Azekzk said... Reply to comment

Sebenarnya sikaplah yang akan menggambarkan diri kita ni mcm mana. Bgs jugak tip awak ni. Boleh dipraktikkan..

Nyamuk Terbang said... Reply to comment

dh try tpi ttp mlas
hehe

NazuerahAzhar said... Reply to comment

lepas ni boleh la NA yg malas ni try, tips2 ni ..

Mia Meymi said... Reply to comment

hehe.. mia pn pmalas gk..
tp kena ubah jgk kan. :)

N A T A S Y A ツ said... Reply to comment

wah , kene ikot ni .
saya pon makin malas , lagi lagi da cuti sekolah ni :D

(thank for the tips) ^^

Mieyka ♥ said... Reply to comment

adeh . kena ubah nie . jangan suka berkhayal . haahaha :) PEACE Y

waniee said... Reply to comment

kerja bertangguh .itu sikap saya .huhehehe .anyway .nak copy boleh .lepastu saya creditkan kat awak. mintak izin =)

Ezzattie said... Reply to comment

@waniee boleh je ^.^

waniee said... Reply to comment

yeay.thanks !!

♥ Ieqa Chilleos♥ said... Reply to comment

berguna jugak neh :D

Cik Itam said... Reply to comment

cik itam mls nk stdy final ni..hehe

L@dyKichiMachiko said... Reply to comment

nice entry dear...;)
suka nengok kucing dua ekor tu,comel sgtttt!

shima said... Reply to comment

cara2 ni pernah jugak aku terfikir bila malas...tp kadang2 malas jugak nak buang malas :(

aswadz said... Reply to comment

menjadi tak tips ni?

muaz muslim said... Reply to comment

Berguna juga ni... :-)

muaz muslim said... Reply to comment

Berguna juga ni... :-)