Pesanan dari mak

Assalamualaikum

Kadang-kadang kalau aku bosan tak tahu nak buat apa, mesti aku akan terkenangkan kembali kisah silam aku waktu kecik-kecik dulu. Ada kenangan yang boleh membuatkan aku tersengih-sengih seorang diri sampai orang ingat aku tak siuman, ada kenangan yang aku rasa benci dan tak nak ingat langsung.

Tapi, bukan itu yang aku nak cerita. Hari ni aku nak ingat kembali pesanan-pesanan dan nasihat daripada mak aku. Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih sangat sangat sangat kepada mak aku sebab selalu pesan macam-macam dekat aku. Waktu nak masuk asrama, pergi bandar dengan kawan-kawan, nak pergi sekolah. Senang cakap mulut seorang ibu ni tak pernah lekang dek pesanan kepada anak-anak.

Lagi terserlah kasih sayang seorang ibu sewaktu kita terpaksa berpisah dengannya. Waktu tu lah macam-macam mak kita pesan. Di bawah ni antara pesanan yang selalu mak aku pesan dekat aku. Mungkin mak korang pun selalu pesan macam ni jugak. Mungkin.

Pesanan nak pi study oversea :p

1. Solat jangan tinggal
Ini wajib akan disebut oleh mak aku kalau nak pergi mana-mana. Siap cakap lagi "Jangan tinggal solat. Subuh bangkit sembahyang 2 rakaat, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak." Hehehe.

2. Jaga diri elok-elok
"Yes, i will." huhu. Ayat ni jelas menunjukkan mak kita nak kita jaga diri baik-baik dan tidak melakukan perkara yang jahat.

3. Makan ikut masa
Mentang-mentanglah aku kuat makan, awal-awal mak aku pesan. Mungkin mak korang tak pesan macam ni. Tapi mak aku ye. Sebab pantang dapat makanan, semua aku telan.

4. Jangan ikut orang tak tentu hala
Mak mana tak sayangkan anaknya. Mestilah mak kita tak nak kita berkawan dengan orang yang tak baik.


5. Belajar sungguh-sungguh
Yeah. Pi study jauh-jauh, study pun mestilah sungguh-sungguh. Bukannya nak bercintan-cintun, kaple mapley semua tu.

Sebenarnya banyak lagi pesanan yang mak aku selalu pesan. Cuma aku boleh ingat 5 ni je. haha. Apa pesanan mak korang pulak?

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

10 Budak innocent yang comel:

Eyda Dania said... Reply to comment

~Mkn 2 jgn memilih sgt..

~Klu owg wt kite sakit aty..senyum je..biar Allah yg balas kt diowg..

~Jgn enjoy je..Ingt mak kt kpg ni..jgn lupe call2 mak..=)

byk lgi yg mak eyda pesan..tp mls nk taip..hehe...=)

AdibahAzman said... Reply to comment

apa yg mak tu buat semua saya buat masa kwn saya nk sambung belajar. :D

PopkoRn said... Reply to comment

6. Jgn malas mandi.

7. Jgn malas basuh baju.

9. Jgn malas basuh pinggan...

Haha.. Haku da mula memandai... btul x ezzat?

Ezzattie said... Reply to comment

@PopkoRn haha. yang no.6 tu betul sangat.ezzat terlupa nak senaraikan.macam mana tahu ni? pandai betul la.

Wanie Anina said... Reply to comment

kan mak selalu "makan tu ingat orang belakang sama"

That Girl Is Me said... Reply to comment

Sama la :)

M.H said... Reply to comment

mak pesan sebb mak sayang . mak takut kita sakit dikemudian hari (:

matamulut said... Reply to comment

jangan wat bnd xelok... jgn malukan mak bapak..tu mak yus xpenah lupo ntuk egtkn yus! hehehe :)

PopkoRn said... Reply to comment

hehe..
Bese la..
Mak awak, mak sy jugak.. Aceceyh...

Aishah Jahirah(cik aisha) said... Reply to comment

kalau nak buat apa2 yang agak kejahatan sikit, mesti teringat semula pesanan mak....:)