Jalan jalan cari makan

Assalamualaikum

Entry ni fully story about my Saturday's life.

Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan telah *aku tahu ayat ni skema tapi apa boleh buat, sudah tertaip. Okeh. Kelmarin aku hang out dengan kawan-kawan aku. Korang tahu? Ramai artis tidak membuat persembahan sebab artisnye pun tak ada adoi nye pun. *starting macam sial jek.

Baiklah. Hari jumaat ri tu, kawan-kawan aku decided nak keluar bandar hari Sabtu. Jadi malam tu dah tepatkan masa iaitu pukul 10 pagi. Then, aku pun setuju lah. Malam tu pulak aku tak boleh tidur. Jadi, aku layan cerita korea sat. Protect The Boss. Gelak sakan aku dibuatnya sampai pukul 3 pagi dan aku pun dah ngantok terus tidur. Pukul 6 pagi tu aku bangkit solat Subuh dan tidur balik.

Aku terjaga dalam pukul 9.45 pagi sebab dengar bunyi orang hantar SMS berulang-ulang kali. Aku punya terkejut macam nak mati memang rasa nak mati dah time tu. Ikutkan hati dah tak nak pergi tapi janji woi kena tepati. Maka, aku berjaya sampai di tempat yang dijanjikan. Alhamdulillah. Mandi? Tak payah tanyalah. haha *Ingat aku desperate sangat ke sampai tak mandi?

http://www.thezenithhotel.com/nearby/img1.jpg
Sesampai di East Coast Mall, perkara pertama yang aku buat adalah carik tali pinggang. Argh, sangat malu aku rasa time tu sebab baru aku perasan aku tak pakai tali pinggang. Patutlah aku rasa pinggang aku makin lebar je. Aku dan kawan-kawan pun bergegaslah ke Carrefour. Mak aihh! Mahal giler tali pinggang. Kalau aku tahu lah reganye cam tu, baik aku mintak tali rafia kat kedai mamak je. Tapi apa boleh buat, terdesak giler kot.

Aku dah malas pikir pasal hal tu, terus ajak kawan makan di Pizza Hut memandangkan dompet pun masih 'kembung' dan perut aku pun duk meraung-raung mintak diisi. Aku order Honey BBQ Chicken Wings sekadar mengalas perut.
http://farm6.static.flickr.com/5082/5309752804_cef63eb09e.jpg
Habis melantak, barulah kitorang memulakan operasi perabih duit mak bapak. Tapi, aku tak guna duit mak ayah aku laa. Bukan nak berlagak atau apa, tapi yelah. Aku jujur mengatakan duit aku adalah duit hasil peluk titik aku sendiri. huhu. Macam-macam aku beli. Sneakers, baju, gelang, keychain untuk kakak tersayang, kasut sekolah*awal giler aku beli.persediaan awal lah katakan

Lepas solat Zohor, aku pun dah rasa lapar semula. Terus ajak kawan-kawan pi makan lagi. Kali ni di Mama Chops Papa Grill. Ye, aku masih lagi mampu berlagak makan di tempat macam tu.
http://1.bp.blogspot.com/_T763BOi2tzI/TUTpuVE5F6I/AAAAAAAAAQU/pN_r2EBwSjY/s1600/DSC00239.JPG
Setakat order Oriental Rice Chicken Chop dengan air kosong, boleh laa. Haha.


Jadi, aku pun mintak tolong kawan aku, Maisarah tanya kat abang waiter tu kenapa mengapa. Kalau aku pergi tanya, mahunya berkecai kepala dia kang haha. Rupa-rupanya, makanan yang aku order tu tak ada dalam senarai. Cett, perasaan aku time tu memang nak bunuh ayam-ayam yang ada kat dalam kuali di dapur tuh. Tapi apa boleh buat, bukan nasib aku nak rasa Black Pepper Chicken Chop. Aku pun cancelkan je lah niat aku tu.
http://www.noodlestation.com/images/foodmenu_western-chickenchop_blackpepper.jpg
Dalam pukul 5 petang, kitorang lepak pulak kat cafe sebelah Starbuck Coffee. Actually, aku lupa nama cafe tu. That's why aku describe macam tu. haha. Aku sambungkan semula niat aku nak makan chicken chop sambil menunggu mak kawan aku jemput kitorang. *ceh ayat aku


Pukul 5.30 petang, aku dah berada di dalam kereta. Waktu tu hujan agak lebat. Jalan pulak jammed. Jammed mengalahkan bandar Kuala Lumpur. Mak aku pulak sebok dok tanya-tanya 'kat mana nih?' 'dah balik belum?' 'bila nak sampai rumah?' . Soalan macam aku pi study oversea 4 tahun tak balik rumah beraya.

Dalam pukul 7.30 malam aku pun sampai. Terima kasih kepada mak Elis kerana sudi hantar aku sampai di hadapan pintu rumah dengan selamatnya. huhu. Tamat sudah kenangan semalam. Malam tadi, kira punya kira berapa jumlah yang telah aku perabihkan, mahunya beratus jugak. Pehh! Melampau sakan aku shopping semalam. Makan pun dah RM50++

P/s: Siapa yang duduk Kuantan, maybe korang tahu nama cafe yang aku maksudkan tu.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

18 Budak innocent yang comel:

N.A.R.I.F said... Reply to comment

Walawehh. Tengok entri ni terus perut buat bunyi ayam xD

Polskahackrew said... Reply to comment

nyum nyum..sedap..

Blogger Blog Tutorial

3no gr33ny said... Reply to comment

senasib pulak..dua kali hamba ke kdai makan hari ni..dua kali jugak hamba tidak dapat makan dek kehabisan makanan dan terlalu lama menunggu sampai fedup..huhuk

Miss Nurul Atikah said... Reply to comment

fuhhh.. seriously, sodapppp.. aissshhh, tergoda pulak..

nur adlin adirah said... Reply to comment

terliurr ~ nak curi ! hehe

yuyu aziz said... Reply to comment

dap dap nyee nasik ayamm....


lapar!

Putri Nor Hamizah said... Reply to comment

gilo! nasik ayam trliur bhai! Haha

Sya Ecah said... Reply to comment

yummyy. ish ish.. smpai hati tak ajak kita .. hm,, tak pe-2...

Eyda Dania said... Reply to comment

ish...smue mknan sdap..=)

miss no right said... Reply to comment

pehh nampak macam sedap :D

Little_Scha said... Reply to comment

sorry nak menyemak jap..hehe
dah buat duit dgn nuffnang kan?
churpchurp plak?
kalau blom jom sign up

http://www.churpchurp.com/fairypwencessblogspotcom/share/churpchurp-invite

PopkoRn said... Reply to comment

HYpe..
Chicken wings yang agak menyelerakan.. yummy.. yummy...
Korn dok penang, kat sbelah setarbak 2, pon korn xtau amende.
Ni plak kat kuantan...
HAhaha

iqwanroslanni said... Reply to comment

wah sedap nyeee..

Ain Fiznia said... Reply to comment

terliur ni , sedapnya :))

Mimi Marilyn said... Reply to comment

bestnye..hehe

Afiqah Nabilah said... Reply to comment

sedapnye..awl gak beli kasut.Afiqah pun dah beli..Afiqah beli sbb kasut dah tak bagus..so,Afiqah beli kasut baru.Tahun depan tak pyh sibuk nak beli lagi..Tu pun kalau masih muat.

Jom join segmen ni:
http://tamagotchidecoration.blogspot.com/2011/11/segmenjom-join-bloglist-adik-afiqah.html

jom join walaupun dah tamat...follow lah kalau nak.kalau tak nak... follow blog ni: (afiqah333.blogspot.com) Taknak jugak?tinggalkan jejak atau komen anda..Terima kasih!

Ms. Sugar Sugar said... Reply to comment

pehh ciken wings tu. pehh ciken chop tuuu. T_T

afzalsukasuki said... Reply to comment

banyaknye dia mkn.isk3 :) mkn tak ajak plak tu!!!