Assalamualaikum
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat korang semua yang beragama Islam. Dah makan daging lembu belum? Em raya haji ni aku duduk kat rumah je sama seperti raya puasa. Tak payah nak tunjuk simpati sangatlaa kat aku. hee
Back to the topic, hari ni aku nak cerita pasal kucing.
Tak suka kucing.
Apa yang comel sangat pasal kucing nih?
Menyusahkan je kucing ni.
Taik bersepah depan rumah.
Kucing busuk.
Kucing jahat.
Ayat-ayat kat atas ni selalu aku dengar dari mulut makcik-makcik kat pasar yang sedang berborak kosong. Bermula dari kucing curi ikan sampai lah kucing tinggal taik depan rumah.
Sebelum terlupa, ada 3 4 orang tanya aku, kucing-kucing yang ada dalam setiap entry aku tu kucing aku ke kucing angkat ke kucing jiran? Of course lah bukan kucing aku. Aku tak de kucing.
Walaupun aku tak ada kucing kat rumah tapi aku suka kucing sebab banyak persamaan antara aku dan kucing. Haa..ko ada? Tapi kitorang pun ada perbezaan jugak. Disebabkan ada perbezaanlah hubungan kami begitu akrab seperti magnet yang berlainan kutub. Contohnya;
Persamaan : Kucing suka makan ikan. Aku pun suka makan ikan.
Perbezaan : Kucing makan ikan mentah. Aku makan ikan goreng.
Persamaan : Kucing comel. Aku pun comel. erk
Perbezaan : Kucing lagi comel dari aku. *yelah yelah.aku mengaku.
Persamaan : Kucing suka bergaduh. Aku pun suka bergaduh.
Perbezaan : Kucing gaduh ganas. Aku gaduh manja. haha
Persamaan : Kucing berbulu. Aku $%*&$!
Sudahlah. Terbukti bukan? Haa..sebab tulah hidup aku tak boleh dipisahkan dengan makhluk yang comel ni. Siapa kata tak comel, korang memang buta. Buta mata dan buta hati. Kejam tak ayat aku? haha
P/s: Aku tak faham kenapa ada manusia yang sanggup bersikap kejam dengan kucing. Kenapa wujud manusia yang sanggup pijak kucing dengan kasut high heel, yang makan kucing? Kenapa?!! Argh!!! *terlebih sudah tanda seru
Thanks for reading my story if you are!
5 Budak innocent yang comel:
oh psl yg prempuan pijak nak kucing guna high heels tu GERAM gila tgk! rse nk pijak balik prempuan tu dgn KAKI GAJAH jer..
aiyoo, sorry sye pun dh ter-emo..
xsetuju kekejaman keatas kucingg!!!xsuka,xsuka,xsuka >,<
*haha.bantahhh jugeee*hee anyway suka kucing jugakk..kucing comeiii
ada orang tu kan dia siat kulit kucing lepas u dia tangkap gmbr. apakah? orang mcm awak ni patut bagi anugerah yg mcm aanugerah skrin 2011 yg sebosan tu sbb awk syg sgt dekat kucing. dah entah apa apa lah yang saya komen ni mcm mengarut je. argh xpe. yang penting saya sayang kucing.
dan awak pun syg kucing. yang penting sebelum saya tekan butan comment saya nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA <3
kucen anugerah tuhan yg plingggg cOmey..hihi...tolong la jgn berlaku kejam pada kucen..nangis2 lau ct dpt thu..huhuhu..i love kucen!
sy ade 4 ekor kuceng...
1. Puteh : dah hilang naik kete akak aku, pastu die larik pegi mane ntah. sampai skrg masih belum di jumpai.
2. tam : dah lari ikut janda aku rase. knapa la die tinggal kan rumah aku, xtau la... mesti janda kucing yg die ikut 2 comel la kot..
3. Mael : (kucing ni wane puteh + coklat) mak aku buang sebab asik berak dlm rumah. mase aku dok rumah, aku rjin la buang. tp bile aku da keje kt tmpat len, xde sape nak buang, n sudah nye mak aku buang kucing 2.
4. kuceng tanpa nama : masih ade kucing nie utk mengawal aktiviti tikus di sekitar kawasan rumah aku. berita terbaru aku dpt info dr mak aku, kuceng ni pondan... apekah..???
Post a Comment