Apa erti kecantikan pada kamu?

Assalamualaikum

Aku nak bagi warning awal-awal. Entry aku ni bukan nak cerita pasal tutorial inginkan wajah yang cantik, produk kecantikan, petua hilangkan jerawat, parut, kedut atau apa-apa yang berkenaan dengan muka.



Sebenarnya aku tertarik dengan satu segmen yang dianjurkan oleh Amalina iaitu segmen : Apa erti kecantikan pada kamu? Baiklah. Jadi, aku memilih untuk menceritakan tentang salah satu kecantikan dalaman seseorang wanita iaitu sikap. Cantik dalaman maka cantiklah luarannya. Aku selalu dengar ayat "Kalau muka cantik tapi perangai buruk, tak guna jugak." Macam citer Soffiya *tetibe
Kalau sikap cantik, mesti ramai orang suka. Ye dak? Jadi, apa kata kita sama-sama munasabah diri masing-masing. Tanya diri kita;

Orang suka ke dengan sikap aku yang macam ni?
Orang meluat ke dengan sikap aku yang tergedik-gedik terkinje-kinje ni?

Haa.. Pernah tak terfikir apa pandangan orang tentang diri kita? Pernah tak munasabah diri sejenak? Pernah tak orang tegur sikap kita yang tak berapa cantik?

Ramai orang di sekeliling kita yang sentiasa memerhatikan gerak-geri kita, yang selalu memerhatikan sikap kita. Nak cantik tapi perangai buruk, macam mano tu? Jadi, sikap mesti kena cantik. Baru orang pandang kita ni cantik walaupun muka tak cantik. Redho je lah. Haha

P/s: Aku tak ada lah obses untuk cantik pun. Cukuplah sekadar hati bersih tanpa hasad dengki, iri hati dan benci.

Aku tag : Lyana M, Nabila, Eyka

Yang telah ditag, silalah join okay.

Aku tak ada gambar yang cantik. Aku cuma ada gambar kucing comel je :p

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

9 Budak innocent yang comel:

Aisya said... Reply to comment

totally agreed ! :)

comel kucing tu ! aww. kite cat lover jugak ! :D

Sayidah Nafisah Ruslan said... Reply to comment

aceli, rupa tu boleh jadi cantik kalau perangai dia cantik :)
kalau muka cantik giler tapi perangai macam haram.. memang xguna la kan..

bagus entry ni :)

vblogklasik said... Reply to comment

cantik itu subjektif.. :D

fasyha ariffin said... Reply to comment

cantik dalam tu penting drpd cantik luaran. muke je cantik tapi perangai tak bole nak go, tak ke mana jugak kan. :)

ctk said... Reply to comment

arghhhh..geramnyer ngan kucen tuh..hihii..cntik dalaman sgt2 penting lorh...lau cntik luar tp akal xdak, xdak guna kan yunk? :D

shima said... Reply to comment

mata kucing yang pertama tu macam tipu je hehe :P

nabila azmi said... Reply to comment

agreed!!!...awk2...thanks tag sy..hehehe

tpi sy xdpt nk join la..sebb sy xde idea..haha...xretila nk cerita sal cntik ni..=p

tpi sy setuju dgn awk!!!!!!!!!!!!!!!!

have a good day syg=)

ILA HonEyBuNNy said... Reply to comment

apa pun...biar rupa xcntik tapi hati baik kan..;-)

inalurvinyou said... Reply to comment

totally agreed! hehe, thanks dear sebab join ga saya, tunggu result 15hb ni kay. lots of love <3