skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum
Terima kasih aku ucapkan buat mereka yang sudi menyertai Contest The Most Creative Review anjuran aku tu. Kalau korang belum join lagi, bolehlah usha sekarang. *sempat lagi iklanHari ni aku nak cerita pasal bantal busuk. Bantal busuk tu apa? Tak payah nak berlagak tak tahulah. Aku pasti kebanyakan antara korang ni mesti ada bantal busuk sendiri kan.Macam budak-budak je ada bantal busuk.Tak matang langsung.Macam anak manja.Pergh! Busuk giler bantal kau.Oh! Ini antara sangkaan negatif pada mereka yang tak ada bantal busuk. "Eh, ezzat ada bantal busuk ke? Nak tengok, nak tengok!" Erk perasan macam ada orang nak tengok bantal busuk aku jek. Dulu-dulu aku memang ada bantal busuk.Adik : Makkk. Antal ucuk adek ane?Mak : Mak basuh la dek.Adik : Alaaa. Kenapa mak bacuh? Nanti tak jadi antal ucuk dahla.
Okay, terpaksa buat-buat pelat untuk nampak manja. haha. Sesetengah orang kalau tak ada bantal busuk, takkan lena tidur dia kan? Ada yang sampai menangis-nangis carik bantal busuk dia. Dah terlampau sayang sangat dengan bantal bucuknya tu. Tapi macam aku pulak, ada ke tak ada ke aku tidur jugak. Memang sah aku bukan anak manja lagi. Yup. Aku dah besar. Aku dah matang. Aku cool. hahaKorang pulak, ada bantal busuk tak? Sila jujur.Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!
Assalamualaikum
Haa. Aku ada berita gembira, berita baik yang ingin dikongsi bersama dengan korang. Mungkin tak berapa gempak sangat tapi cukup menggembirakan buat korang yang berkenaan.
Baiklah. Aku taknak cakap banyak. Aku sebenarnya berbesar hati ingin menaja mana-mana contest yang dibuat oleh blogger. Kenapa aku eksaited sangat ni nak jadik sponsor?Okaylah. Aku jujur ye. Sebenarnya ramai bloggers yang email dekat email aku. Weyh, camno korang tahu email aku ni? *Okay, jangan nak perasan retis sangatlah. Aku ni blogger cikai je. Kenapa korang nak aku jadik sponsor?
Oh aku terlupa yang aku ni Stokis Catalyst Kuantan. Catalyst? Korang tak tahu ke? Yang dok jadi gossip sekarang ni. VCO lah Collagen lah. Sumpah! Aku tak sangka dapat sambutan yang menggalakkan. Aku terharu sangat.Jadi, kalau korang rasa nak buat contest apa-apa ke, bolehlah email aku. Kita boleh runding sama-sama ye. Di sini aku sertakan syarat-syarat kalau nak aku sponsor korang punya contest;1. Peserta contest mesti follow blog aku dan blogshop aku iaitu Zatie Catalyst eSHOP.2. Hadiah yang aku sediakan adalah ditentukan oleh aku iaitu mana-mana produk Catalyst atau apa-apa sahaja jenis hadiah. Mungkin shawl, dress, atau barang-barang yang cun meletup. Takpe, hadiah boleh bincang sama-sama k.3. Hadiah yang aku sediakan tidak lebih RM100.4. Contest korang itu mestilah dijamin mendapat sambutan yang gempak.5. Pastikan Contest korang itu belum bermula. WAJIB *baru update ni.sorryOkeh. 5 sahaja. Tak cerewet pun kan syarat-syaratnya. Jadi kalau berminat nak jadikan aku sponsor, boleh email aku di n.hazatie@gmail.com atau boleh inbox FB aku je okeh.
Subject : Sponsor to be
Emailkan cadangan dan idea Contest, Giveaway atau Lucky Draw yang ingin korang buat tu. Tapi aku lebih prefer Contest. haha :p
P/s Update : Email korang mesti merangkumi
1. Jenis Contest
2. Idea dan cadangan
3. Url blog korang
Tarikh tutup berunding ialah pada hari Jumaat,18 November 2011. Sebarang rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Hahaha *gelak kejam
Aku sponsor untuk 5 contest sahaja. Pemilihan untuk menaja contest korang terletak ditangan aku. Tiada istilah 'siapa cepat dia dapat' okeh. Segala keputusan adalah muktamad. *tahpape
Sorry kalau aku taknak taja contest korang ye. Apa-apa pun, email je aku dulu.
Aku ni baik orangnya. Bukan kejam pun :p
P/s : Sponsor ini tetap berjalan dengan lancar walaupun aku dah buat contest sendiri ^.^
Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!
Assalamualaikum
Fulammak! Tak pernah-pernah aku update blog pepagi buta. Dan tak pernah-pernah aku join segmen bagai. Pertama kali ni aku nak join bende ni semua kerana ajakan dari Sahabat Blogger iaitu Khai dan Aydah. Segmen ini diberi nama Segmen- Boy VS Girl.
Disebabkan aku perempuan, maka aku harus membidas tentang 'Tabiat Lelaki'. Segmen ni aku nak join dengan hati terbuka sebab bagi aku segmen ni cool giler okeh. sementara tu kita boleh tahu tabiat berlainan jantina.Tabiat lelaki;1. Meludah di mana sahaja tempat dia berada. Selalu sangat aku perhatikan lelaki tak bertauliah macam ni meludah kat merata-rata tempat. Nasib baik tak ludah kat muka isteri.2. Pakai baju berulang-ulang kali. Bagi aku perkara ni nampak biasa selagi dia tak berbau busuk bila mendekati aku. Contoh paling dekat, abang aku. Selagi mak aku tak kutip baju-baju dia campak dalam mesin basuh, selagi tu lah dia akan pakai baju yang sama. Tapi tabiat ni bagus. Boleh menjimatkan air, sabun dan eletrik.3. Pakai minyak wangi berlebihan. Ini tabiat lelaki yang dah baligh. Kalau pakai perfume, memang nak orang 100 km dari dia dah boleh bau. Aku tak suka perfume lelaki yang bau sumpah aku boleh pengsan.4. Rambut mesti bagi terpacak habis. Ini tabiat selalu sangat boleh nampak kalau korang keluar dari rumah. Tunggu je mamat mana-mana lalu depan rumah dan fokuskan pada rambut diorang. Rambut diorang sahaja okeh. Cicak terjatuh konfem mati.5. Bila jumpa kawan, lupa dunia. Perempuan pun sama. Tapi lelaki lebih ketara. Bagi aku, lelaki ni lebih mementingkan kawan-kawan diorang berbanding isteri yang dah nak bersalin dan anak yang dah kebuluran mintak susu dari tadi tak dapat-dapat. *Apa kejadahnya ni?6. Suka buang puntung rokok merata-rata. Tak percaya? Keluar rumah, pergi tengok kat jalan tar. Konfem ada puntung rokok. Kalau takde, sila claim freegift dari aku.7. Suka berlagak. Berlagak ni dari segi macam-macam ada. Korang boleh perhatikan sendiri lelaki tu sama ada dia berlagak ke tak. Contohnya kalau berjalan dengan awek cun, dada konfem naik mendadak. Kes berlagak terlebih la ni. Pastu, kalau pakai smart sikit jalan mengalahkan model catwalk. Padahal baru lepas kena reject interview.8. Lepas makan, main tinggal je pinggan mangkuk atas sinki. Ni memang aku panas hatilah. Macam jadik kuli batak dia je. Contoh terdekat lagi, semestinyalah abang aku. Dia memang paling liat nak basuh pinggan. Kalau boleh, nak je aku buat flying plate kat muka dia.9. Malas cukur misai dan janggut. Apa kau ingat kau dah cukup ganas, dah cukup handsome dengan jambang berjelar-jelar, misai macam Mr.Potato. erk. sangat geli. Kalau boleh, aku tak nak hadap langsung muka orang yang malas nak cukur janggut dan misai ni.10. Buang angin tanpa segan silu. Angin ni banyak contohnya kentut dan sendawa. Suka hati korang je kentut sendawa depan muka orang. Yang jadi mangsanya, aku jugak.
Sudahlah. Aku rasa 10 dah cukup kot. Kang tak pasal-pasal blog aku kena cemuh. Takut jugak sebenarnya ni buat entry pasal kaum bukan sejenis.Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!