Segmen Cerita 2011 by Yanie Andierah

Assalamualaikum

Hari ni rajin betul aku update dan rajin betul aku join segmen. hihi. Kali ni, segmen dari Adik Yanie yang comel. Syarat-syarat segmennya sangat simple dan membuatkan aku memang nak join. Korang nak join jugak, klik banner kat bawah.

Opkos aku akan ceritakan cerita yang happy happy. Aku tak suka sedih sedih ni. Cerita gembira 2011 aku banyak. Makan buat aku gembira. haha. Pi jalan-jalan dengan family buat aku gembira. 

Yang paling aku tak boleh lupa bila dapat duit raya. Dari mak, ayah, angah, abang, kakak dan kengkawan. Nampak tak aku begitu gembira? Ceh cam mata 
duitan pulak.

Aku gembira bila dapat result final exam baru-baru ni. Walaupun tak okay mana, tapi aku bersyukur. At least aku dah cuba. Seriously, aku gembira sangat waktu dapat result exam ari tu. Alhamdulillah.
 
The latest yang aku gembira sangat bila mak ayah aku sanggup bawak aku pi jalan-jalan semata-mata untuk menggembirakan hati aku.

Waktu tu memang aku bosan dan tak tahu nak buat apa. Sampai pi carik kucing dan cakap dengan kucing tu. Biarpun kucing tu tak paham aku cakap apa. Aku rasa jiran-jiran aku mesti ingat aku tak siuman. 

Eh eh, ni dah macam sedih je. hahaks.

"Terima kasih mak ayah! Adek memang gembira hari tu"

Actually banyak lagi cerita gembira aku. Cuma ini je yang aku ingat. Tarikh tutup 1 Februari 2012. 

Psttt, kalau adek Yanie bagi top up, aku lagi gembira. hihi

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Contest Ditutup Dan Link Peserta

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dengan ini secara rasminya, Contest The Most Creative Review by Ezzattie Ezzat telah ditutup. Selama lebih sebulan ianya berlangsung, aku target seramai 20 orang sahaja. Alhamdulillah, jumlah penyertaan lebih yang aku jangka. Terima kasih buat semua yang telah men-joinkan diri.

Peluang untuk korang semua menang memang cerah sebab 2 minggu yang lalu, aku ada umumkan yang aku akan buat Cabutan Bertuah untuk 5 orang di mana korang yang bertuah akan mendapat Felt Craft Keychain. Itulah yang 'mysterious' sangat tu. hihi

Jadi, dah banyak sangat aku buat mukadimah. Jom semak link korang. Kalau ada yang aku tertinggal, inform aku balik kat komen bawah ni. Yang mana belum cukup syarat tu, cukupkanlah ye. Korang boleh ubah mana-mana yang korang nak ubah dalam entry korang tu sebelum 3 January 2012.

Peserta Contest 

Okeh, terima kasih ye korang semua.Siapalah agaknya yang akan dapat hadiah kat bawah ni. hehe

Pemenang utama : 1 kotak VCO Softgel Capsule yang berharga RM39.90 + 1 Shawl + 2 Ribbon Brooches + 1 Hadiah Misteri 

Pemenang kedua : 1 Shawl + 1 Ribbon brooches + 1 Felt Craft Keychain

Pemenang Ketiga : 1 Ribbon Brooches + 1 Felt Craft Keychain

5 Saguhati (Lucky Draw) : Felt Craft Keychain

Apa-apa pun, kita tunggu 5 January 2012 ni ye.  Dah tiba masanya untuk aku sambung tido. haha

Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!

Happy Birthday! Happy New Year!

Assalamualaikum

Aku tahu ada orang tu tak sabo-sabo nak masuk tahun baru sebab birthday dia 1 January. So semua, ucapkan Happy Birthday kepada abang kesayangan aku sorang ni. Mohd Nor Ehshan. 
 
 "Adek harap hang happy kat KL nuh. Sedih tak dapat sambut birthday dengan hang. Happy Birthday! Dah tua hang nampaknya. 18 tahun. haha."

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat tahun baru kepada korang semua. Memang dalam Islam, kita dah masuk tahun baru. Tapi, apa salahnya merasai tahun baru lagi sekali.

http://4.bp.blogspot.com/-OCo8ROvyN9M/Tv6Pjhjii6I/AAAAAAAABdw/WSkj6O2mJ_E/s1600/2012.png
Semoga tahun 2012 lebih baik daripada tahun sebelum ini. Dan berusahalah supaya azam kita semua akan tercapai. Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!