Mood : Contest

Assalamualaikum

Sebenarnya entry ini pendek je. Bukan nak meluahkan perasaan tapi nak bagitahu mood aku sekarang. Bukan mood yang nak caci maki orang, tapi mood nak sokong orang. Baiklah. Mukadimah macam tak berguna langsung.

Aku sebenarnya dalam mood giler contest. Secara jujurnya, aku giler hadiah. Thats whylah nak join mana-mana contest. Jangan pengsan ye kalau nampak aku di mana-mana. Jangan sampai termimpi-mimpikan aku pulak. Ayat macam mintak masuk hospital empat puluh lapan hari.

Jadi, sesiapa yang nak tag aku untuk join mana-mana contest ke, dipersilakan. Tapi, ada 1 syarat. Aku tak akan join contest yang berkenaan dengan photo. Contoh, Contest Post Paling Bergaya, Contest Photo Paling Cool, Contest Photo Comel, Contest Photo Huduh dan macam-macam lagi.

Sebab? Aku tahu blogger yang lain mesti benci tengok muka aku. Dan aku pasti, aku tak akan menang pun.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!

Aku dan kucing

Assalamualaikum

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat korang semua yang beragama Islam. Dah makan daging lembu belum? Em raya haji ni aku duduk kat rumah je sama seperti raya puasa. Tak payah nak tunjuk simpati sangatlaa kat aku. hee

Back to the topic, hari ni aku nak cerita pasal kucing.

Tak suka kucing.
Apa yang comel sangat pasal kucing nih?
Menyusahkan je kucing ni.
Taik bersepah depan rumah.
Kucing busuk.
Kucing jahat.

Ayat-ayat kat atas ni selalu aku dengar dari mulut makcik-makcik kat pasar yang sedang berborak kosong. Bermula dari kucing curi ikan sampai lah kucing tinggal taik depan rumah.

Sebelum terlupa, ada 3 4 orang tanya aku, kucing-kucing yang ada dalam setiap entry aku tu kucing aku ke kucing angkat ke kucing jiran? Of course lah bukan kucing aku. Aku tak de kucing.

Walaupun aku tak ada kucing kat rumah tapi aku suka kucing sebab banyak persamaan antara aku dan kucing. Haa..ko ada? Tapi kitorang pun ada perbezaan jugak. Disebabkan ada perbezaanlah hubungan kami begitu akrab seperti magnet yang berlainan kutub. Contohnya;

Persamaan : Kucing suka makan ikan. Aku pun suka makan ikan.
Perbezaan : Kucing makan ikan mentah. Aku makan ikan goreng.

Persamaan : Kucing comel. Aku pun comel. erk
Perbezaan : Kucing lagi comel dari aku. *yelah yelah.aku mengaku.

Persamaan : Kucing suka bergaduh. Aku pun suka bergaduh.
Perbezaan : Kucing gaduh ganas. Aku gaduh manja. haha

Persamaan : Kucing berbulu. Aku $%*&$!

Sudahlah. Terbukti bukan? Haa..sebab tulah hidup aku tak boleh dipisahkan dengan makhluk yang comel ni. Siapa kata tak comel, korang memang buta. Buta mata dan buta hati. Kejam tak ayat aku? haha

P/s: Aku tak faham kenapa ada manusia yang sanggup bersikap kejam dengan kucing. Kenapa wujud manusia yang sanggup pijak kucing dengan kasut high heel, yang makan kucing? Kenapa?!! Argh!!! *terlebih sudah tanda seru

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!

Study last minute

Assalamualaikum

Aku tahu korang mesti baru lepas exam final kan. So how? Study last minute ke?
Apa tu? Tak payah terangkan, korang semua dah tahu. Ye dak? Tabiat ni sebenarnya ada baiknya ada buruknya. Tapi yang kita semua selalu nampak, keburukannya sahaja. Baik? Tak pernah nak pikir. Eh! Aku bukan nak ajar korang study last minute okeh. Kang ada mak bapak datang serang aku pulak.


Keburukan study last minute yang selalu orang dok cakap bahkan cikgu pun selalu larang kita study last minute;

1. Tak dapat nak cover semua topik.
2. Memberi kesan kepada kesihatan kita.
3. Tertekan.
4. Tak cukup tidur.
5. Keputusan menjadi teruk.
6. Bunuh diri.haha tipu

Ada sesetengah orang, mungkin bukan sesetengah, separuh pun tak jugak, diorang yang study last minute ni boleh dapat result gempak. Ha pe citer tuh? Ye. Memang tidak dinafikan ada yang study last minute ni akan dapat result gempak. Contoh terdekat? Aku. Okay tipu lagi. Kawan akulah.

Meh aku story sikit pasal dia ni. Tutup mata ye kalau nak baca. Nama, aku taknak sebut. Dia ni tak nampak study sangat, tapi bila esok pagi nak exam, baru study. Dapat result gempak giler. Aku memang jeles. Nampak tak nampak tak >.<'


http://www.quitor.com/wp-content/uploads/2009/12/cat-reading-a-book-with-glasses-600x384.jpg

Sebenarnya, dia ni selalu beri perhatian waktu cikgu mengajar. Kalau tak faham sikit je, on the spot tanya cikgu. Dia ni memang 'belajar untuk hidup, bukan belajar untuk periksa'. Kalau boleh, selagi dia tak faham, dia nak jugak cikgu jelaskan sampai dia betul-betul faham.

Pergh! Kalau aku kan, simpan dulu soalan buat pekasam, esok lusa baru tanya. Itupun kalau aku ingat. Jadi, jangan ikut aku ye adik-adik. erk. Jadi di sini ingin aku tegaskan supaya bersama-samalah kita membanteras tabiat tak berapa nak sihat nih. Wah aku ni dah macam berkempen pulak. Lantakk.

Thumbs up untuk korang yang tak pernah study last minute. Tapi kalau tak study langsung tu tiba-tiba dapat result gempak, tak tau nak cakap apa. Memang hebat! Hebat dalam membawa buku ke dalam dewan peperiksaan.

P/s: Korang pernah study last minute tak?

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!