Mukadimah November 2012

Assalamualaikum yo!

Alhamdulillah, aku masih hidup lagi. Masih aktif dalam dunia blogging. Cuma aku tak aktif untuk mengadap blog ni. Aku teramat-amat busy. Ahmad pun tak busy macam aku ni. Sapa Ahmad? Abaikan.

Serious, aku rindu dengan dia. Aku rindu blog ni la wei. Last update pada bulan June. Wow! 5 bulan aku melenyapkan diri. Sekarang baru nak carik dia ni. Ala busyuk-busyuk. Nasib baek blog aku tak merajuk. Tak meragam. Pui! Mukadimah macam haremm.

Okaylah. Apa motif aku update ni? Aku just nak bagitau, sebab aku tak update blog. Busy dengan macam-macam aktiviti. Dengan koku, hari graduasi, seminar kerjaya, motivasi, gerak-gempur, gendang-gendut lah ape lah, ok. Tu mengarut. And now aku dalam mood study coz SPM masih belum habes. So, aku just nak biasakan diri semula untuk meng-update blog macam dulu. "Dulu" tu macam dah lama sangat je kan? 

Kalau korang nak tahu, yang tak nak tahu, syuhhh. Aku jugak giat berbisnes. Bisnes kecil-kecilan je. Tak de lah berjuta-juta tu. Beribu je. Haha. So, ni salah satu punca aku tak dapat nak berikan perhatian kat blog personal aku ni. Aku just update blogshop online aku iaitu Zatie Catalyst eSHOP.

"Bisnes-bisnes jugak, study jangan lupa." Fuhh, ayat ni betul-betul menikam sanubari aku. Ramai pulak orang dok advise aku. Ayoyo, aku pon dah naik bosan. Hihi. Tapi tak apa lah. So far, alhamdulillah. Study maintain, bisnes pon ok. Ok la jugak dari tak masyuk langsung.

Terlalu banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya. Tak berharap pun untuk orang asing macam korang baca. Aku menulis supaya bila aku bosan, aku dapat bukak blog aku ni dan baca apa yang aku tulis. 

Dari penulisan yang tak matang kepada matang. Dari tidak berguna - menjadi orang yang berguna. Dari selalu perabihkan duit mak bapak - reti bahasa carik duit sendiri. Alhamdulillah. Aku bahagia & sangat bahagia dengan hidup aku sekarang. 

Aku berpegang kuat pada 1 pesanan ni. "Jangan lupa diri"
Na'uzubillahiminzalik >.<

Nak menepek sikit gambar-gambar yang ada dalam folder aku. See??? Aku tak tipu. Betul-betul sarat dengan aktiviti. Maklumlah, 2012 is the last year aku bergelar "secondary student". Pasni, orang panggil "budak U pulak". Insya-Allah..

Waktu ni menunggu bas selama 2 jam tak silap aku. Semata-mata nak pi Fokus A. Program belajar sampai bijak. Kalau tak bijak jugak tak tahu la. seratus hengget melabur tu. Sorry, aku bukan berkira. Tapi aku guna duit aku sendiri. Program tak berapa nak mantap, membosankan. Ergh sudah. Tak nak aku ingat lagi.


Huhu yang ni hari yang paling besh. Graduate day. Ni 5 hari before SPM. Time ni aku demam giler tapi gagah pergi sebab nak naik stage ambil sijil punya pasal.


Ni aku terlibat dalam satu pertandingan, Gotong-royong kawasan Balok. Tak pernah-pernah aku lari kutip sampah semata-mata nak dapat hadiah. Pertandingan paling kelakar sebab berebut-rebut masing-masing nak carik sampah. Alhamdulillah, tak sia-sia lah badan, tangan aku bau busuk. Dapat tempat ketiga ^_____^


Satu-satunya aktiviti organised by me. Jamuan Kelas. Segala aktiviti, hadiah dan tempat disediakan oleh aku. Tapi bukan aku sponsor lah. Berbayar. Hihi. So happy sebab bebudak kelas aku give a cooperation yang sangat tinggi. Thanks all. Aku pasti aku akan merindui korang semua even korang cakap aku "Serious, garang, etc." Sampai hati korang.


Yeahh! Perkhemahan Bersepadu. Aku mewakili Pandu Puteri as leader, sangat berbangga sebab tahun ni tak mengecewakan. Dapat collect 2 Johan dalam pertandingan Pandu Arah & Membuat Gajet. Tahniah untuk diri aku sendiri. Haha

Motif gambar last sekali? Pegang buah pelam. Time ni aku holiday di Perlis. Giler ko, 5 tahun tak balek, tapi still macam dulu lagi. Maintain dengan keindahan bendang padi ni. Syiok habes! Cuti sekolah aku plan nak balek Perlis lagi.

Semoga aku diberikan kekuatan & semangat untuk meng-update entry seterusnya. Sorry kalau ada salah silap. Harap dimaafkan. Aku menaip ikut suka hati aku je. Malas nak tapis. Aku bukan buat movie porno. Dush! *kena belasah*

P/S: 27hb adalah tarikh keramat yang aku nanti-nantikan di mana SPM tidak menghantui aku lagi. Wish me luck untuk next paper. Killer habaq hang. Fizik, Biologi, Kimia, Addmath. Huhuk. Babai.

Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!

11 Budak innocent yang comel:

Miss Xyz said... Reply to comment

all the best SPM! abang saya pun thn ni SPM. Apakah ini satu takdir? LOL ahaha

Ezzattie said... Reply to comment

@Miss Xyz Huhuhu wish ur bro goodluck too. From me- ezzat

Hihi thanks. Andai itu takdirnya. Kih3 ^___^

KorN said... Reply to comment

mesti la korn ingat.. ezzat dalam bloglist korn x hilang2 lagi okei...
btw, goodluck taw untuk spm...

Lady said... Reply to comment

goodluck spm :) btw singgah sini

Rapunzeel Cikilolo said... Reply to comment

all the best dengan study dan bisnes :)

cweet pinky said... Reply to comment

memang aktiviti yang berantai , tahniah kerana berjaya melaluinya , hehehe !! jom melawat blog CP kalaw free :D

Ku Syida said... Reply to comment

Goodluck dik! Paper killer tu..Hahahaha...

tirahzairi said... Reply to comment

dtg dr blog korn...all da best spm....

hananhadila said... Reply to comment

haha :D sukee jee bace entry nih . insyaAllah boleh jawab *kenyit mate

wisata bakti alam said... Reply to comment

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Anonymous said... Reply to comment

Assalamualaikum ukh.....salam kenal dari surabaya indonesia