Segmen up follower sepantas kilat

Assalamualaikum

Hari ini aku nak join segmen lagi. Memandangkan segmen ini begitu gempak. So kalau korang nak join, memang sangat-sangat dialu-alukan. Klik banner di bawah. Tarikh tutup akan diberitahu nanti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1o2LJSCh-EwAe24NGdWk3cOUytGhIwHNetyCOJQp64DHPmsWE3r8iP3490q80KsmAk8evjWbiSJyc9VcganOW3LJb4-slj9SHTreqzA7K5bqbcDufnx8bw1KCQASjpFHesOP_HnGZMAs3/s1600/anysnadhilahsegmen.gif

Segmen ni hanya memerlukan kejujuran dari blogger-blogger sekalian. Dan rajin-rajinkan diri untuk blogwalking ye. Kalau tak, macam mana nak up traffic dan follower? Apa tunggu lagi, klik lah cepat link di bawah. Belum cuba belum tau kan?

http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html

Peserta segmen ini, PLEASE tinggalkan link entry segmen korang selepas sahaja follow blog aku, aku akan follow korang balik. Baru fair and square kan? Dan PLEASE jujur okay.

Jom join Contest 2 in 1 aku di SINI.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Variety Show Paling Best

Assalamualaikum

Ekceli dah lama aku nak buat pasal ni. Tapi tak tersampai hajatnya atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah akhirnya masa yang aku nanti-nantikan telah pun tiba. tahpape. Padahal bukan ada apa sangat pun.

Haa aku nak citer lah sikit pasal variety show ni. Variety show apa tu? hehe. Korang pernah tak tengok variety show Korea iaitu Running Man? Aku pasti sepasti-pastinya ada di antara korang mesti pernah tengok kan? Kalau tak ada, aku kesah hape. Janji aku ni memang peminat kipas-susah-mati Running Man. haha.

http://i.dramacrazy.net/RunningMan_21.jpg
Running Man adalah sebuah rancangan yang paling kelakar pernah aku tengok. Sebenarnya Korea ada banyak variety show seperti We Got Married, Family Outing, dan banyak lagi. Tapi Running Man jugaklah yang menjadi pilihan hatiku.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9ZO-iTnLAhDQQ1wbAMkg7UKB0vrVeRU3QV4-hBLL1LlL5dhCDynOGJ-xLW4XoScvGJSo_WFzAtMG4a4Tl8hJbwrBPbgMLBXDysB-eJm-oQt6-pxo-0lYfSF_vxGi_0PSnoseNQXkRObHj/s1600/1432d4134cff6b372cf337.jpg
Dalam show ni, ada banyak permainan yang pastinya begitu mencuit hati. Dan setiap episod, akan ada artis-artis jemputan yang turut menyertai dalam permainan ni. Member-member tetap dalam show ni pulak ialah

http://static.allkpop.com/wp-content/uploads/2010/03/20100311_haha_2-459x317.jpg
1. HaHa
Aku memang suka sangat kat dia ni. Perangai dia macam budak-budak even dah berumur 33 tahun. Perangai tak matang dia ni lah yang membuatkan dirinya nampak mudadan funny. Dalam Running Man (RM), orang semua gelarkan dia Haroro sebab gaya dan penampilannya macam Pororo *kartun korea. Dan dia pantang sikit kalau ada artis jemputan wanita yang cantik, mesti dia jadi gila. Watak dia dalam show ni memang tak mengecewakan. Lawak sangat.

http://myquirkyworld.files.wordpress.com/2011/05/news_lee-kwang-soo.jpg?w=330&h=220
 2. Kwang Soo
Aku tak boleh tengok muka dia ni. Mesti nak tergelak. Dia ni naif sangat. Lurus bendul orang kata. Selalu kena buli. Pastu, dia ni jenis penakut sikit. Pantang orang ugut, mesti nak nangis. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaGWbUOzSBCu_8tIRY4A8tSWArofUiERb1N-Toj9T17EwuAhOFFTUyiI4-KzdnBjJ8nUSh_ZCC821RmD9fnyimXEVncPxX10ZFR7MuQ8ytLGN4oAMjwoOKppCBjGO1bvsgL225EHQf7MTW/s1600/kim+jong+kook.jpeg
3. Kim Joong Kook
Nampak tangan dia yang berketul-ketul tu pun dah tau kan dia ni jenis yang fully energy. Kuat dan selalu menang dalam apa jua game dalam show ni. Kadang-kadang aku tak suka dia ni sebab dia ni kejam, selalu arah orang dan selalu buat bijak. Dan dia digelar "Sparta-Kook". Watak dia dalam show ni macam hero. hurm.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_8VSv1pXbIuGld9q4rWMnIVWbeDX55Yj0Xz5JhRrTRDB3E0TVOzupc7Rpf8ev_gW-DlobUF4PQST-0wpMmSqLBXfxULXhk7lr15TodkzfQqZwzawzmnYQAN5YNrWf4AO7gndtOTG5SuXz/s1600/yoojaesuk.jpg
 4. Jae suk
Dia dah kahwin. Isteri dia cantik sangat. Dia ni National MC. Pergi mana-mana mesti orang kenal. Dia suka buat lawak bodo dia. Sumpah kelakar. Tanpa kehadiran dia dalam show ni, mungkin takkan berjalan lancar sebab siapa nak jadi MC untuk show ni? Dia ni dapat gelaran "Grasshopper" sebab muka dia iras-iras belalang. Pastu ada satu episod tu dia pakai semua kaler hijau. Memang macam belalang betul. Haha

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/157006_179352322076990_157731904239032_632478_2703123_n.jpg
5. Joong Ki
Dia jadi member tetap RM  sampai episod 41 tak silap aku la. Atas kesibukan untuk shooting drama, dia terpaksa meninggalkan show ni. Sedih giler episod tu. Semua orang nangis. Dia ni digelar "Flower Boy" atas sebab mukanya yang kiut miut. Dia jugak pandai dalam acara jawab kuiz.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbDGwhQD7H0gUoG0POdcr4FB2RC-9QNFEV8QTPvdxXGDgskKX1KWXYZVt5iTuhjBX06uIM-hqnvG2CDw_7wvo-Zo70EVOYcJwj1CJs4u7KMHW0ROFLKGoVI7j_xRK4ZxSi8MB8Kqepzw3c/s1600/ji+suk+jin.jpg
6. Suk Jin
Dia member RM paling kerap kalah dalam apa-apa game. Kesian pun ada jugak kat dia ni. Semua orang tak nak berkumpulan dengan dia. Adoi tak baik betul. Dia pun dah kahwin. Dia agak lawak jugak. Dia digelar "Big Nose" sebab hidungnya yang agak besar.

http://cphoto.asiae.co.kr/listimglink/6/2011090917383679670_2.jpg
7. Gary
Dia digelar "Monday Couple" dengan Ji Hyo. Memang dah macam couple pun. Tapi tak romantik langsung. Aku suka Gary sebab dia suka control cool. Dia pun memang kelakar sangat. Suka buat muka blur.

http://myquirkyworld.files.wordpress.com/2011/05/song_ji_hyo_050006.jpg
8. Ji Hyo
Siapa tak kenal dia ni? Pelakon Princess Hours yang jadi heroin kedua. Dia lah pasangan "Monday Couple" dengan Gary. Nampak muka lembut padahal ganas nor. Agak kurang ajar dengan members lain. Tapi aku still suka dia sebab dia perempuan cool dan ada daya saing yang tinggi.

Ok. Aku tak pasti sampai bila aku akan terus setia dengan variety show ni. Sebab bila aku nak berhenti tengok je, mesti akan ada pengaruh-pengaruh kuat Running Man datang menghasut aku suruh tengok episod seterusnya. Buat pengetahuan korang, sekarang dah episod 71 tau. Dan aku berani jamin, setiap episod Running Man, tak ada satu episod pun yang akan mengecewakan korang. 

Malas aku nak cakap banyak. Aku syorkan sangat-sangat rancangan ni buat korang yang selalu mengalami tekanan perasaan, jiwa kacau dan STRESS!!! haha. Kalau nak variety show ni, boleh datang rumah aku copy paste ye. Itu pun kalau aku benarkan korang datang. hihi

Akhir kata, tengok-tengok jugak belajar jangan lupa ye kawan-kawan. Tahun depan dah nak SPM. Jangan asyik duk gelak je. Nanti keluar ilmu. Peringatan buat diri sendiri jugak ni.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Segmen : Ben Ashaari tanya kenapa blog saya lain dari yang lain

Assalamualaikum

Cuti-cuti sekolah nilah masanya untuk aku hadap komputer, blogging, blogwalking, join segmen, join contest. Ah sudahlah mengarut. Sebenarnya, abang Ben ada buat segmen. Itu yang beria aku nak join ni. Nak join tak? Klik header di bawah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_wM6PWUOffAnD3aDjtSiYjJBu-SdSfylQ0EMfCBIGeJp0IruBopQ93VucV5ZxXNUVAsfL_aMEfHICtGySfpwx5vO_IRxdqRd3rAyoKDzIynSxoz16GP-w3-XRhKa1vA0d302Uk7epODh0/s1600/santai+ben+ashaari+5.jpg
Abang Ben tanya aku kenapa blog aku lain dari yang lain? Pastu siap bagi cabaran lagi. "ada berani?" Aih, aku memang berani. hehe. Taklah. Sebenarnya beliau tanya kat semua blogger, aku je perasan terlebih. 

Aku sanggup join segmen ni sebab aku berani dan aku yakin tentang sejauh mana blog aku boleh pergi. Agi idup agi ngelaban lah wei. hihi

Baiklah, blog aku lain dari yang lain sebab...
1. Blog aku ada gambar kucing comel. Banyak pulak tu. Ko ado? hehe.
2. Dalam blog aku ni, tak de gambar aku pun. Aku sedar aku tak cantik tak hensem macam korang. Aik?
Haa. itu je yang lain sebonarnya ei. Korang sebagai blogger dan pembaca blog aku ni nilailah sendiri macam mana blog aku di mata korang. 

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!