Kehadiran ahli baru dalam keluarga

Alhamdulillah, beberapa hari yg lepas kami menerima dua ahli baru dalam family. Masih memikirkan nak bagi nama apa ek. Of course lah eksaited sebab twin kan. Comel pulak tu. Korang nak tengok ke? Jap aku upload.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

99% loading



Hihi, my sugar gliders! Comel kan? Yang besar gedabak tu mak kepada babies ni, nama dia Sakura. Bapak dia nama Sasuke. So shuwittttt... Cuma sekarang aku belum tahu jantina je. Sebab diorang ni sangat pemalu. *Diorang la sangat hancur kata ganti nama diri dah lama xblogging. 

Tapi masih ada yang x tahu apa nama menatang ni? Untuk pengetahuan korang, inilah spesies tupai yang jinak. Boleh terbang tau. Sama macam tupai. Cuma sugar glider ni jinak. Salah satu haiwan yang sangat penyayang, memahami, dan sensitif. Kuat merajuk niiiii sabo je la.


Haaaa ni rupa dia kalau merajuk. Nyorok muka, bila panggil xmau pandang muka tuan dia.Tapi mudah nak pujuk, umpan dengan buah je. Terus jilat-jilat balek tangan kitew. Apa2 pon i'm happy now tak sia-sia menjaga mereka. Dah bergelar penternak berjaya aiii you olssss ^__^

Btw untuk melabur demi kesihatan & kecantikan korang, boleh jenguk blogshop & fb aku


Bye-Bye!

Bloggers, i'm back!

Assalamualaikum korang semua!

Korang mesti dah tak ingat dekat aku kan? Cuba tohokbalek memori sweet korang dengan aku hahaktuih. Okay la, aku tahu aku dah lama biarkan blog aku ni tak berpenghuni. Entah-entah dah jadi Highland Tower kot aku pon tak tau la. Aku ingat aku nak aktif semula berblogging kat blog ni. 

Korang sudi ke nak baca blog aku ni semula? Aku rasa cam kebudak-budakan lah pulak bila update dekat sini sebab ni blog aku masa 2011. Aku berumur 16 tahun. Tengok la pinki-pinki ada kucing haha. Dan sekarang dah akhir 2013 aku dah nak 19 tahun. Ada yang tanya aku 

"ezzat sambung study mana sekarang?" well dulu aku dikenali sebagai ezzat. Tapi sekarang tidak lagi. I'm transfomers you ols. You ols can call me Zatie. Hehe siapa yang selalu shopping dan follow blog zatie http://zatiecatalyst.blogspot.com thanks olssss muah muah muah!

"Dapat U mana?"
"Buat apa sekarang?"
"Pa citaaaaaaaaaa??!!!!" 

Aku sekarang fully bisnes online, memang xde sambung dekat mana2 u, kolej, institut. Hurm bukan aku xde dapat tawaran langsung, berduyun-duyun surat sampai everyday okeh! Cuma aku malas nak sambung. That's it. Aku MALAS. M.A.L.A.S. Aku nak focus pada bisnes dulu. Bila dah established nanti, insyaAllah aku akan continue dekat mana2 kolej. Aku memang nak dapat Diploma in Bussiness one fine day nanti.

Ekceli banyak menda aku nak share dekat blog ni memandangkan last aku update pon akhir tahun 2012. Sekarang dah akhir 2013. wow 1 tahun lebih tu! Agak2 followers aku pon dah hilang entah ke mana. Kesian......


Next update, aku cerita apa yang aku lalui dari 2012-2013!
Bukan senang aku nak kerah kepala hotak aku balek!





Bye-Bye!

Mukadimah November 2012

Assalamualaikum yo!

Alhamdulillah, aku masih hidup lagi. Masih aktif dalam dunia blogging. Cuma aku tak aktif untuk mengadap blog ni. Aku teramat-amat busy. Ahmad pun tak busy macam aku ni. Sapa Ahmad? Abaikan.

Serious, aku rindu dengan dia. Aku rindu blog ni la wei. Last update pada bulan June. Wow! 5 bulan aku melenyapkan diri. Sekarang baru nak carik dia ni. Ala busyuk-busyuk. Nasib baek blog aku tak merajuk. Tak meragam. Pui! Mukadimah macam haremm.

Okaylah. Apa motif aku update ni? Aku just nak bagitau, sebab aku tak update blog. Busy dengan macam-macam aktiviti. Dengan koku, hari graduasi, seminar kerjaya, motivasi, gerak-gempur, gendang-gendut lah ape lah, ok. Tu mengarut. And now aku dalam mood study coz SPM masih belum habes. So, aku just nak biasakan diri semula untuk meng-update blog macam dulu. "Dulu" tu macam dah lama sangat je kan? 

Kalau korang nak tahu, yang tak nak tahu, syuhhh. Aku jugak giat berbisnes. Bisnes kecil-kecilan je. Tak de lah berjuta-juta tu. Beribu je. Haha. So, ni salah satu punca aku tak dapat nak berikan perhatian kat blog personal aku ni. Aku just update blogshop online aku iaitu Zatie Catalyst eSHOP.

"Bisnes-bisnes jugak, study jangan lupa." Fuhh, ayat ni betul-betul menikam sanubari aku. Ramai pulak orang dok advise aku. Ayoyo, aku pon dah naik bosan. Hihi. Tapi tak apa lah. So far, alhamdulillah. Study maintain, bisnes pon ok. Ok la jugak dari tak masyuk langsung.

Terlalu banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya. Tak berharap pun untuk orang asing macam korang baca. Aku menulis supaya bila aku bosan, aku dapat bukak blog aku ni dan baca apa yang aku tulis. 

Dari penulisan yang tak matang kepada matang. Dari tidak berguna - menjadi orang yang berguna. Dari selalu perabihkan duit mak bapak - reti bahasa carik duit sendiri. Alhamdulillah. Aku bahagia & sangat bahagia dengan hidup aku sekarang. 

Aku berpegang kuat pada 1 pesanan ni. "Jangan lupa diri"
Na'uzubillahiminzalik >.<

Nak menepek sikit gambar-gambar yang ada dalam folder aku. See??? Aku tak tipu. Betul-betul sarat dengan aktiviti. Maklumlah, 2012 is the last year aku bergelar "secondary student". Pasni, orang panggil "budak U pulak". Insya-Allah..

Waktu ni menunggu bas selama 2 jam tak silap aku. Semata-mata nak pi Fokus A. Program belajar sampai bijak. Kalau tak bijak jugak tak tahu la. seratus hengget melabur tu. Sorry, aku bukan berkira. Tapi aku guna duit aku sendiri. Program tak berapa nak mantap, membosankan. Ergh sudah. Tak nak aku ingat lagi.


Huhu yang ni hari yang paling besh. Graduate day. Ni 5 hari before SPM. Time ni aku demam giler tapi gagah pergi sebab nak naik stage ambil sijil punya pasal.


Ni aku terlibat dalam satu pertandingan, Gotong-royong kawasan Balok. Tak pernah-pernah aku lari kutip sampah semata-mata nak dapat hadiah. Pertandingan paling kelakar sebab berebut-rebut masing-masing nak carik sampah. Alhamdulillah, tak sia-sia lah badan, tangan aku bau busuk. Dapat tempat ketiga ^_____^


Satu-satunya aktiviti organised by me. Jamuan Kelas. Segala aktiviti, hadiah dan tempat disediakan oleh aku. Tapi bukan aku sponsor lah. Berbayar. Hihi. So happy sebab bebudak kelas aku give a cooperation yang sangat tinggi. Thanks all. Aku pasti aku akan merindui korang semua even korang cakap aku "Serious, garang, etc." Sampai hati korang.


Yeahh! Perkhemahan Bersepadu. Aku mewakili Pandu Puteri as leader, sangat berbangga sebab tahun ni tak mengecewakan. Dapat collect 2 Johan dalam pertandingan Pandu Arah & Membuat Gajet. Tahniah untuk diri aku sendiri. Haha

Motif gambar last sekali? Pegang buah pelam. Time ni aku holiday di Perlis. Giler ko, 5 tahun tak balek, tapi still macam dulu lagi. Maintain dengan keindahan bendang padi ni. Syiok habes! Cuti sekolah aku plan nak balek Perlis lagi.

Semoga aku diberikan kekuatan & semangat untuk meng-update entry seterusnya. Sorry kalau ada salah silap. Harap dimaafkan. Aku menaip ikut suka hati aku je. Malas nak tapis. Aku bukan buat movie porno. Dush! *kena belasah*

P/S: 27hb adalah tarikh keramat yang aku nanti-nantikan di mana SPM tidak menghantui aku lagi. Wish me luck untuk next paper. Killer habaq hang. Fizik, Biologi, Kimia, Addmath. Huhuk. Babai.

Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!