Pengalaman seram dalam hidup

Assalamualaikum

Inilah jadinya kalau dah dapat keyboard balik. Menaip tak henti-henti. Okaylah. Malam-malam cengginilah pulak nak cerita pasal hantu. Sebenarnya, aku terbaca entry sahabat blogger sorang ni iaitu Dya Mohamad. Entry dia memang seram habislah. Cubalah baca. Tapi kalau korang tengah berseorangan, disarankan tak payah baca. Kang terkucil, nyusahkan orang pulak. Hihi.

Apa-apa pun, aku nak jugak kongsi pengalaman aku bersama dengan 'dia' sehingga hari ini. Ops, jangan salah faham. Jangan ingat aku ada bela saka ke hantu raya atau apa pulak. Itu semua kebetulan. Mungkin juga cubaan buat aku. Cobaan..Cobaan.. Ah sudahlah. Jom cekidaut.

Pengalaman 1
Kejadian ini berlaku semasa aku lingkungan 11 tahun. Waktu tu keluarga aku tak ada. Tak silap aku diorang pergi hantar kakak aku ke asrama. Aku tinggal seorang diri di rumah. Aku pun tak tahu kenapa hari tu aku tak ada mood nak ikut hantar kakak aku.

Dari pukul 2 petang hingga pukul 6 petang, keluarga aku masih tak balik-balik. Aku pulak dah tak sedap hati sebab dah dekat maghrib masih tak sampai rumah lagi. Dah tu pulak, aku sorang je dalam rumah ni. Aku yang tak tahu nak buat apa, bukak TV. Pastu, up kan volume kuat-kuat. Aku takut aku akan terdengar benda yang tak patut aku dengar. 

Sedang aku asyik tonton TV, tiba-tiba aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang melintas kat belakang aku. Yup! Aku nampak kelibat putih cantik punya lalu belakang aku. Aku memang tak pandang belakang sebaliknya aku lihat melalui kaca TV aku. Aku yang dah nak terkencing terus lari keluar rumah. Lebih kurang pukul 8 malam gitu, aku masih duduk di luar rumah sampai keluarga aku balik. Aku memang dah takut nak masuk rumah masa tu. Nasib baik mak ayah aku pujuk dan sedapkan hati aku semula.

Agak lama jugaklah peristiwa ni menghantui aku. Tapi Alhamdulillah aku dah tak nampak mende tu lagi sekarang bila tinggal sorang-sorang. Dan aku harap mende tu pun tak kacau aku lagi sebab sekarang aku dah berani. 

Pengalaman 2
Kejadian ni berlaku waktu aku standard six. Biasa lah nak UPSR mesti ada tuisyen lah, kelas malam lah. Aku jugak tidak ketinggalan melibatkan diri. Aku memang teruja habislah bila cikgu umumkan akan diadakan kelas malam. Seronok bila dapat belajar malam-malam dengan kengkawan kat sekolah.

Untuk pengetahuan korang, laluan untuk ke sekolah aku betul-betul kena merentasi hutan itupun jalan yang terdekat dari rumah aku. Kalau ada jalan tar pun, agak jauh untuk ke sekolah. Setiap malam, ayah aku akan menghantar dan menjemput aku di sekolah. Cuma ada satu malam tu ayah aku terlupa nak menjemput aku.

Sebaik sahaja tamat kelas malam, sedikit demi sedikit kengkawan aku pulang ke rumah. Ada yang jalan kaki beramai-ramai, ada yang mak ayah jemput naik kereta. Aku pulak dari tadi tak nampak-nampak batang hidung ayah aku. Akhirnya, tinggal aku seorang sahaja di sekolah itu. Perasaan aku waktu tu bercampur-baur. Marah, sedih, nak menangis, takut, geram semua ada.

Aku memandang jam tangan dah menunjukkan pukul 11 malam. Kelas malam aku berakhir pukul 10.30. Aku dengan perasaan takut dah menyelubungi diri, teruskan juga melangkah kaki meninggalkan sekolah. Dah tak ada cara lain, aku terpaksa melalui di kawasan hutan memandangkan itu jalan paling terdekat. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkMYuVmSVaVck3p_MJ06YjeYYnSR9zc3tMgkVfA5wqElNVk5n0dywRFChBRJLcH-CcpZ8pEdBg_rtAwIp_Haert1hITyoqJtC5Y92q7FTAGp1GiBDMkjBcpCRYzH9COTOQALb63o0Lbhgd/s400/hutan+seram+3.jpg
Aku mula teringat yang ramai orang cakap hutan tu keras, bahaya. Sepanjang aku lalu di kawasan hutan tu, macam-macam benda aku dengar. Pokok bergoyang sedangkan aku tak rasa ada angin pun masa tu, bunyi orang berjalan meredah semak-samun, tidak ketinggalan bunyi binatang buas iaitu babi. 

Aku yang dah tak boleh tahan dengan cubaan itu, terus berlari seboleh-bolehnya. Atlit 400m x4 tak mungkin kalah. Haha. Sebaik sampai di rumah, aku terus rebah. Waktu tu abang aku terkejut tengok aku longlai depan pintu. Lepas mak aku baringkan aku atas katil, aku terus menangis sekuat-kuatnya. Perasaan aku waktu tu hanya Allah yang tahu.

Mak aku dah mula marah kat ayah aku kenapa tak jemput aku balik. 

Ayah : Eh tadi pukul 9 malam ayah ketuk pintu bilik adik. Tanya adik ada kelas malam tak hari ni, adik jawab tak ada. Habis tu, tadi adik pergi dengan siapa?
Aku : Petang tadi kan adik dah bagitau kelas malam hari ni start awal. Adik pergi dengan kawan-kawan.
Ayah : Habis tu, siapa yang jawab tadi?
Aku : Ayah jangan nak takutkan adik pulak. Mak, adik tak nak tidur dalam bilik tu malam ni.
Mak : Okay. Malam ni adik tidur dengan mak.

Malam tu jugak aku demam. Haha. Tapi kejadian ni aku tak cerita langsung kat kengkawan aku. Malu weyh kang ada yang gelakkan aku.

Pengalaman 3 
Kejadian ini berlaku semasa aku darjah 3. Biasalah budak tak matang selalu mintak anak patung tapi tak pernah dapat. Apa entah mimpi angah aku waktu tu dia hadiahkan aku patung Barbie. Bukan aku je dapat, kakak aku yang dah sekolah menengah pun dapat.

Aku pun mainlah dengan patung Barbie tu. Tak kira siang malam aku asyik dengan patung Barbie tu. Tak cukup dengan satu, aku kebas patung Barbie kakak aku memandangkan dia tak pernah sentuh patung tu. Dah besar kot, mungkin tak berminat. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC23aGhnLncUqmazjxJ4MiTM5N8Ze4v-j87PGaiohBy14jemF1-xx-6ddQ3V0GZ_UN16yv7xN80Vztbbj9fEHFYjbqwl7fa670vhTP3qTx2lzatOA5rHghCRwM6azMojHIrBYTyON_y3Qp/s1600/1.jpg
Agak lama lepas tu, aku dah mula tunjuk rasa bosan. Aku dengan ganasnya terus mencabut kepala patung Barbie tu dan campakkan dalam bilik stor. Kakak aku yang perasan aku dah tak main dengan patung Barbie tu terus bertanya,

Kakak : Adik, mana patung Barbie? Selalunya hari-hari hang main patung tu.
Aku : Dah bosanlah. Adik dah buang dalam stor.
Kakak : Hang tau dak patung tu sebenarnya hidup tau.
Aku : Tok sah nak takutkan adiklah. Patung tu dah mati pun. Adik baru cabut kepala dia tadi.
Kakak : Hang buat la macam tu. Malam ni dia datang kat hang, pastu menangis kat hang, pastu cekik hang. 
Aku : Elehh tak takut pun.

Malam tu baru je aku nak lelapkan mata, aku terdengar ada suara orang menangis. Nak cakap mimpi, memang tak sebab aku betul-betul dengar suara tangisan tu datangnya dari stor. Aku yang baru teringatkan sesuatu, terus lari masuk bilik mak aku.

Keesokan harinya, aku cari balik kepala patung tu dan sambungkan semula. Kemudian aku simpan elok-elok dalam kotak. Alhamdulillah, aku dah tak dengar orang nangis malam-malam lagi. Baru-baru ini, aku dan ayah aku kemas stor tu, boleh pulak aku terjumpa patung Barbie tu. Aish.

Baiklah. Semua cerita kat atas ni memang betul-betul berlaku pada aku. Tiada yang direka dan ditokok tambah. Bagi aku, benda-benda macam ni dah lali sangat.

Aku pun dah tak larat nak tulis. Banyak lagi sebenarnya cerita yang nak dikongsi dengan korang. Tapi dah panjang sangatlah pulak entry ini.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Blogger misteri tapi cool

Assalamualaikum

Ececeh, tajuk kemain lagi. Sebenarnya, entry ni aku join contest. Tapi aku tak rasa macam join contest dia pulak.Sebab dia kata ikut suka hati lah nak letak tajuk apa. "Tak perlu post gambar comel korang tengah posing." Haha. Cool giler ayat dia. Lagipun aku memang tak ada gambar comel, gambar posing maut ni. Tapi kalau rasa nak tengok kucing comel, aku ada banyak.

Berbalik kepada tajuk, bagi aku blog dia sangat cool dan misteri. Aku jatuh hati dengan dia, ehem blog dia walaupun baru pertama kali aku masuk blog dia. Dan baru berbelas entry dalam blog dia tapi followers? Readers? Pergh!

Blog simple tapi padat. Nama dia ialah Avi. Aku tak tahu itu nama sebenar atau bukan nama sebenar.
Tarikh tutup : 5 Disember 2011

Okay. Aku teringin nak jadi cool macam dia. Kihkih.

P/s : Malu pulak aku join contest dia. Rasa diri begitu kerdil.

Anyway, thanks for reading my story if you are !


Bye-Bye!

Kenapa aku menghilangkan diri?

Assalamualaikum

Mak aihh! Janggal giler aku rasa bila nak berblogging semula. Tak silap aku lebih dari dua minggu kot aku menghilangkan diri. Terharu bila ada beberapa blogger tanya kenapa aku dah lama tak update blog. Ambil berat jugak ye korang kat aku. Huhu

Tapi dalam masa yang sama, diaorang siap main teka-teki lagi sebab apa aku menghilangkan diri.

1. Putus cinta
Hahaha. Aku siap gelak tepuk-tepuk lantai bila ada yang cakap aku putus cinta. Aku ni bercinta pun tak pernah. Inikan putus cinta. Kononnya aku membawa hati yang lara untuk diubati la tu. Kihkihkih

2. Ada masalah
Nak cakap tak ada masalah, tipu sangatlah kan. Semua orang ada masalah. Cuma aku menghilangkan diri bukan sebab masalah. Buat apa nak lari dari masalah. Masalah tetap takkan selesai.

3. Dah malas nak berblogging
Oh tidak! Aku sangat suka berblogging. Cuma kadang-kadang tu memang rasa malas jugak nak update blog. Tapi normal la tu buat semua blogger kan?

Okay. Sebenarnya aku tak menghilangkan diri pun. Tapi masa yang telah menghilangkan aku. Eh, ayat bangla mana pulak datang nih? Baiklah. Sebenarnya sejak cuti sekolah bermula, aku telah fly ke Kuala Lumpur. Perkataan 'fly' itu merujuk kepada bas. Haha.
Aku pergi kl pun sebab ada majlis berkhatan sepupu aku. Pastu, seminggu kemudian ada majlis perkahwinan di Perak. Dan sekarang aku masih tidak berada di rumah. Memang cuti kali ni aku enjoy habis-habislah sebab SPM akan menghantui aku tahun depan. Tidakkkkkk!

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!