Dapat Pergi Europe. . .

Assalamualaikum

Woo hoo. Akhirnya dapat jugak aku update blog malam ni. Ekceli tak ada apa sangat yang nak diceritakan dalam entry ni. Tajuk? Tentu sekali betul. Tak percaya? Pictures explained everything.



 





Yup, Gary yang femes dari Variety Show Running Man ni dapat pergi melancong ke Europe. Memang best giler menang 2nd Grand Final dalam episode 74 tu. Untung laa kau Gary.. hehe

Selanjutnya tentang Gary's Europe Tour, boleh click Running Man Page. Aku masih ragu-ragu sama ada Owner Page tu betul-betul REAL Korean or hanya orang Malaysia yang tak tahu nak buat apa and so created the page. Ah lantak. Asal ko bahagia.

Ada rasa tak puas hati dengan tajuk aku? Tak ada? Bagus. haha

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!

4 minit aje.

Assalamualaikum

Dah lama aku tak update blog kesayangan aku ni. Dah lama aku tinggalkan dia. Makan, minum, pakai semua tak terurus langsung. Terumbang-ambing hidup dia. *Ah sudahlah kau! Jangan nak berdrama kingkong kat sini. 
Dah lama tak jenguk blog kengkawan aku. Blog korang semua. Sejak diri ni bergelar Pelajar Tingkatan 5, aku asyik busy je biarpun buat-buat busy. ah lantak. Memang aku betul-betul kekangan masa nak blogging, blogwalking semua tu.

Aku cuma boleh bukak 'Dashboard' dan tengok entry terbaru dari korang je. Yang menarik for sure aku akan baca. Apatah lagi bila ada update pasal isu-isu semasa. Terbaik.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang menjadi pembaca setia blog aku. I know who they are. Korang memang terbaik. 
http://pacifista.my/wp-content/uploads/2011/10/kucing-comel-6.jpg
Dan lagi satu, sekarang aku memang tak sempat nak join mana-mana Contest or Segmen. Yang mana ringkas syaratnya aje aku akan join. Sorry pada yang selalu invite aku. Korang pun memang terbaik. hehe

Pendek kan entry aku? Entry nak jimat masa ni. patminitnamsaat.Kononnya.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!

Wordless Wednesday #5

 

Lu ada kuku, kasi cakar sini satu kali sampai mati..Lu bikin kecoh sama itu friskies, wa kasi sengat sama lu. Lu sapa wa mau goyang! Lu ingat lu kucing gangster, wa takut sama lu la!

Tak kira lu kucing siam ka, kucing parsi ka. Ini Frikies wa punya.




Bye-Bye!

Segmen Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat

Assalamualaikum

Amboih, macam hebat je bunyi nye kan? Segmen yang aku join kali ni anjuran kak anys. Ini kali kedua aku join segmen beliau. Memang rugi kalau tak join. Klik banner di bawah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyIxL8HK8w_IsqqSu7ShsCN2PZILWslpTu0OZsOQmumkb9P2ZnhNUz8eznJ51Kq9VBDf0fp3VH4PBMwdyT7mnRB1KZ4t8dzYZkEEBSmCoNXJif4_OAJEkqjcAJqPwBZLofxvY-bKqQNdhg/s1600/bannersegmenbyanysnadhilah.png
1. Segmen ni memudahkan untuk kita blogwalking nanti.
2. Meningkatkan traffic.
Okay, rasanya dah cukup kot aku menaip. Kalau blogwalking sampai ke blog aku ni, silalah buat tugasan yang patut. Komen, tinggal jejak macam biasa ye. 

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Segmen Jom Cari Blogger Setempat

Assalamualaikum.

Aik, ada pulak masa nak join segmen? Jangan salah paham. Aku memang busy tapi kekadang tu aku curik-curik masa jugak nak blogging. Malas cakap banyak, yeah! Segmen ni sangat menarik.

Sebab aku memang sedang mencari blogger setempat. Kot kot lah ada yang berdekatan dengan rumah aku. Korang nak join boleh klik banner di bawah.
Nama  : Ezzattie
Umur : 17 tahun 
Alamat URL blog : http://missezzat.blogspot.com
Lokasi : Kuantan, Pahang.

Amacam? Ada tak yang duduk kat area Kuantan? Kalau ada, meh komen sikit.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!

Pemenang Contest The Most Creative Review and Lucky Draw ialah...

Assalamualaikum

Okay, aku nak mintak maaf sebab 2 hari lambat umumkan pemenang. Well, kan dah start sekolah. Nak bukak komputer tu memang rasa berat hati je sebab banyak kerja nak kena buat. 

Alhamdulillah hari ni cuti. Jadi, sekarang aku free. Tak sabar nak tahu siapakah pemenangnya? Rileks. Dah ada pun dalam senarai aku. 

Memang aku tak nafikan, agak susah nak cari pemenangnya. So, aku terpaksa buat penelitian yang terperinci. Eceh. Okay, tengok no. link korang kat sini. Aku tak nak sebut nama. Bagi suprise sikit. Sikit je.

Pemenang utama jatuh kepada... Jeng jeng jeng *tahpape*


Pemenang utama : 1 kotak VCO Softgel Capsule yang berharga RM39.90 + 1 Shawl + 2 Ribbon Brooches + 1 Felt Craft Keychain


Pemenang kedua : 1 Shawl + 1 Ribbon brooches + 1 Felt Craft Keychain

Pemenang Ketiga : 1 Ribbon Brooches + 1 Felt Craft Keychain

Baiklah. Untuk lucky draw, aku terpaksa guna Random.org sebab aku tak ada masa nak tulis dan cabut sendiri. 



 

 

 
 
 
5 Saguhati (Lucky Draw) : Felt Craft Keychain

Tahniah kepada semua pemenang dan yang bertuah. Sila emailkan details korang di tatie_piscesgirl@yahoo.com.my. Nama, alamat dan no tel ye. Aku bagi masa selama 3 hari sahaja. Kalau lambat, orang lain dapat.

Yang sebaliknya, aku harap korang tak putus asa dan sentiasalah menyokong aku. Nantikan first giveaway aku yang akan datang. Siapa nak join, sila komen di bawah. Aku nak survey dulu hadiah.

Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum
Alhamdulillah. Aku dah start sekolah. Penat woo. Balik sekolah terus update blog. Nasib baik hari ni hari Rabu. Ceh





Bye-Bye!

Senggugut? Haid tidak teratur? Must Read This!

Assalamualaikum

Entry ni especially untuk kaum wanita seperti aku. Tapi, kalau ada lelaki yang nak baca, kot kot korang ada adik, kakak, isteri yang mengalami period pain atau haid tidak teratur, aku ada jalan penyelesaiannya. Aku jenis yang open-minded di mana kali ni aku akan ceritakan masalah yang aku alami dan tanggung selama ni.

http://www.uruttradisional.com.my/wp-content/uploads/2011/12/senggugut.jpg
Setiap bulan aku akan hadapi masalah senggugut bila mana waktu tu kaki aku cramp, perut aku memulas-mulas, lenguh pinggang yang teramat. Siap boleh guling-guling dari atas katil sampai ke dapur. Aku rasa orang yang mengalami senggugut macam aku pasti tahu kot macam mana 'indah'nya sakit ni.

Nak tahu aku bertanggung pada ubat apa masa mula-mula aku senggugut dulu? Aku telan 2 biji Panadol dan sapu minyak angin Afiat yang warna hijau tu. Telan sapu semua tu bukan terus elok, tapi ada lah rasa sedikit lega. Lepas 5 6 minit, senggugut tu datang balik. Senang cakap, masa tu telan la berapa papan panadol pun, tetap sakit. Sapu la sampai habis satu botol minyak angin tu, tetap sakit.

http://3.bp.blogspot.com/_gQbLhYQDz7U/TFGhW6U8P6I/AAAAAAAADQE/PtRg3c5hoXc/s400/periodpain2.jpg
Dulu, haid aku tak teratur. Sekejap ada, sekejap tak ada. Macam biskut chipsmore pulak. Magic gituh. Datang 2, 3 bulan sekali. Memang manusia tak normal betul. Tapi, sekarang, aku hitung hari je bila nak period. Siap tanda kat kalendar. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Tak ada lah bila jalan gi bandor, tah tibe "Alamakkk, aku period lah. Cam mane ni, cam mane ni?" Mula lah nak gelabah bagai.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini, bukan pasal minyak angin, panadol, jenama tuala wanita tu semua. Aku nak share dengan korang semua, benda apa yang aku makan sekarang sampai senggugut pun dah tak ada. Tarikh nak period pun tepat. Kira aku dah tahu bila nak period. Hebat kan? Kuasa Allah. Dia bagi penyakit, dia bagi penawarnya. Alhamdulillah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQOpPWHH3o5oKUvq2oPzXMW9bpzgbilnIT5YCoYCS6n0Tgo7lvksZAgScqDbIw8yxwE-xn3_tXP-IHH5A1Swyo_SOb1IcV-0ZVrlbK3Ahvy7q6JJQheU5igqb68Qhp4SCLmZa8i62r-XDx/s1600/IMG_1203.JPG
Jadi, aku nak memperkenalkan kat korang semua produk Mexorea Catalyst. Mungkin ada di antara korang yang dah tahu pasal produk ni, tapi kemungkinan besar jugak ada yang masih menderita tak tahu ubat apa yang boleh hilangkan senggugut semua tu.

Aku nak pesan kat sini, jangan ambil mudah, ambil ringan dengan masalah senggugut dan haid tak teratur ni. Ramai orang cakap kat aku

"Orang senggugut ni, bila kahwin nanti payah nak dapat anak."
"Orang senggugut ni, bila nak beranak nanti, susah."
"Orang senggugut ni, risiko untuk mandul tu tinggi tau."

Memang semua tu kerja Tuhan. Anak tu rezeki dan anugerah daripada Allah. Beranak pulak dah konfem memang susah. Tapi,selagi kita hidup, kita mampu, kita diharuskan mencari penawar sesuatu penyakit tu. Bukan hanya sekadar "Alaa. aku redho je la." "Tak pe la. dah nasib aku macam ni."

Don't Give Up! Jangan nak redho sangat lah. Sanggup ke korang alami senggugut setiap bulan? Secara jujurnya, aku memang tak sanggup. Aku jugak tak sanggup nak tengok kaum aku sakit macam mana aku rasa dulu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjy5k1AE23Xxp6vqJP54sbtJb-KhmvctdcDJyYEd6YdUwT5QFqfqGez-CWii1B_MU4i83nlSLJJnof2LzLIovM0rr9SQme06dFPj0dLTpMo0F4BlVIQXQ7oT0ABWuRao5P-YQv9AH_7qoUv/s320/period+pain.jpg
Aku pasti, mesti dalam pikiran korang sekarang,

"Elok ke bende ni?"
"Bagus ke?"
"Nak cuba, tapi takut ada kesan sampingan laa."
"Tak de duit lah. mahal sangat tu."

Korang jangan pikir panjang-panjang pasal benda ni. Sekadar melabur RM40 untuk diri sendiri, tak ada salahnya kan. InsyaAllah jika diizinkan Allah, masalah korang akan selesai. Lagi satu nak diingatkan di sini, semua produk Catalyst tiada side effect. Sekali lagi, tiada side effect.

Kalau korang nak order, nak beli Mexorea ni, boleh PM Facebook aku. Atau SMS aku di 0145232010.

Seriously, aku memang nak tolong korang semua. That's why aku share pasal benda ni. Aku harap korang tak pikir yang bukan-bukan ye. Kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya aku. Walaupun aku bukan Doktor, nurse, pakar sakit puan semua tu, tapi insyaAllah aku boleh jawab. Sebab aku bakal Pensyarah. haha tahpape.

Okaylah, anyway korang boleh tengok blog Zatie Catalyst.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Segmen Cerita 2011 by Yanie Andierah

Assalamualaikum

Hari ni rajin betul aku update dan rajin betul aku join segmen. hihi. Kali ni, segmen dari Adik Yanie yang comel. Syarat-syarat segmennya sangat simple dan membuatkan aku memang nak join. Korang nak join jugak, klik banner kat bawah.

Opkos aku akan ceritakan cerita yang happy happy. Aku tak suka sedih sedih ni. Cerita gembira 2011 aku banyak. Makan buat aku gembira. haha. Pi jalan-jalan dengan family buat aku gembira. 

Yang paling aku tak boleh lupa bila dapat duit raya. Dari mak, ayah, angah, abang, kakak dan kengkawan. Nampak tak aku begitu gembira? Ceh cam mata 
duitan pulak.

Aku gembira bila dapat result final exam baru-baru ni. Walaupun tak okay mana, tapi aku bersyukur. At least aku dah cuba. Seriously, aku gembira sangat waktu dapat result exam ari tu. Alhamdulillah.
 
The latest yang aku gembira sangat bila mak ayah aku sanggup bawak aku pi jalan-jalan semata-mata untuk menggembirakan hati aku.

Waktu tu memang aku bosan dan tak tahu nak buat apa. Sampai pi carik kucing dan cakap dengan kucing tu. Biarpun kucing tu tak paham aku cakap apa. Aku rasa jiran-jiran aku mesti ingat aku tak siuman. 

Eh eh, ni dah macam sedih je. hahaks.

"Terima kasih mak ayah! Adek memang gembira hari tu"

Actually banyak lagi cerita gembira aku. Cuma ini je yang aku ingat. Tarikh tutup 1 Februari 2012. 

Psttt, kalau adek Yanie bagi top up, aku lagi gembira. hihi

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Contest Ditutup Dan Link Peserta

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dengan ini secara rasminya, Contest The Most Creative Review by Ezzattie Ezzat telah ditutup. Selama lebih sebulan ianya berlangsung, aku target seramai 20 orang sahaja. Alhamdulillah, jumlah penyertaan lebih yang aku jangka. Terima kasih buat semua yang telah men-joinkan diri.

Peluang untuk korang semua menang memang cerah sebab 2 minggu yang lalu, aku ada umumkan yang aku akan buat Cabutan Bertuah untuk 5 orang di mana korang yang bertuah akan mendapat Felt Craft Keychain. Itulah yang 'mysterious' sangat tu. hihi

Jadi, dah banyak sangat aku buat mukadimah. Jom semak link korang. Kalau ada yang aku tertinggal, inform aku balik kat komen bawah ni. Yang mana belum cukup syarat tu, cukupkanlah ye. Korang boleh ubah mana-mana yang korang nak ubah dalam entry korang tu sebelum 3 January 2012.

Peserta Contest 

Okeh, terima kasih ye korang semua.Siapalah agaknya yang akan dapat hadiah kat bawah ni. hehe

Pemenang utama : 1 kotak VCO Softgel Capsule yang berharga RM39.90 + 1 Shawl + 2 Ribbon Brooches + 1 Hadiah Misteri 

Pemenang kedua : 1 Shawl + 1 Ribbon brooches + 1 Felt Craft Keychain

Pemenang Ketiga : 1 Ribbon Brooches + 1 Felt Craft Keychain

5 Saguhati (Lucky Draw) : Felt Craft Keychain

Apa-apa pun, kita tunggu 5 January 2012 ni ye.  Dah tiba masanya untuk aku sambung tido. haha

Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!

Happy Birthday! Happy New Year!

Assalamualaikum

Aku tahu ada orang tu tak sabo-sabo nak masuk tahun baru sebab birthday dia 1 January. So semua, ucapkan Happy Birthday kepada abang kesayangan aku sorang ni. Mohd Nor Ehshan. 
 
 "Adek harap hang happy kat KL nuh. Sedih tak dapat sambut birthday dengan hang. Happy Birthday! Dah tua hang nampaknya. 18 tahun. haha."

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat tahun baru kepada korang semua. Memang dalam Islam, kita dah masuk tahun baru. Tapi, apa salahnya merasai tahun baru lagi sekali.

http://4.bp.blogspot.com/-OCo8ROvyN9M/Tv6Pjhjii6I/AAAAAAAABdw/WSkj6O2mJ_E/s1600/2012.png
Semoga tahun 2012 lebih baik daripada tahun sebelum ini. Dan berusahalah supaya azam kita semua akan tercapai. Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!