Tips Cinta

Assalamualaikum

Piwittt, tips cinta tu. haha. Sebenarnya aku tak berapa reti sangat cakap pasal cinta ni. Apesal pipi aku merah semacam ni? Malu mungkin. Tak berapa sesuai dengan umur aku untuk cakap pasal cinta. Tapi aku kesah hape. hehe

Tips ni bagus dibaca oleh orang yang baru nak cari pasangan hidup tapi tak jumpa-jumpa, pasangan yang selalu gaduh-gaduh tak pernah aman dan orang yang baru frust nonggeng lepas putus cinta. Haa bagus kan? Tanpa membuang masa lagi, jom baca. Tak sabor benor korang kalau bab-bab cinta ni. 

https://lh3.googleusercontent.com/_j6TQE1Th6-g/TZwi2kkoaII/AAAAAAAAAFw/q9KS8xdoke0/LOVLLVOe-PARY-love-couples-sonnygir.jpg
Aku tahu memang susah nak cari orang yang betul-betul sesuai dengan jiwa kita, mak bapak kita. Kalau boleh nak yang sempurna. Tapi, tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Jadi, aku sediakan beberapa tips di bawah untuk mencari pasangan dan macam mana nak mengekalkan kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan itu.

1. Agama
Korang mestilah mencari pasangan yang seagama. Agama itu penting. Pegangan agama yang kuat menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

http://lh4.ggpht.com/-P3hkIyQ6XWI/To8X3t9CylI/AAAAAAAABG0/x8_-l2jMldc/MencariJodohMuslim_thumb3.png
2. Rupa yang cantik
Dalam hal ni, korang tidak semestinya mencari pasangan yang cantik macam pelakon, penyanyi dan sebagainya. Tapi, cantik untuk dipandang dan kita tak rasa jemu bila memandangnya berulang kali. 

3. Berharta
Berharta tak bermaksud yang kaya-raya dengan wang ringgit. Sebaliknya, kemampuan untuk menyara keluarga. Lelaki dan perempuan itu mestilah sama-sama berharta. Barulah tak timbul isu "Oh, pisau cukur dia tu", "Kaki kikis duit aje." Betul tak?

4. Perangai dan sikap yang baik
Kalau nak cari pasangan tu, biarlah yang pandai jaga hati korang, tak cemburu buta, sentiasa berfikiran positif, saling mempercayai. Percaya antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan.

http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/10/tumblr_lhm6m6Qi041qf6pnwo1_500.jpg
5. Keluarga yang baik-baik
Kalau boleh, sebelum nak bercinta tu selidik dulu latar belakang family pasangan korang. Ibu bapa dan keluarga yang baik adalah cermin pada pasangan korang tersebut. Tapi tak semuanya macam tu. Ada jugak family yang tak berapa okay, tapi anak baik, solehah. Senang cakap, depends on pasangan korang itu jugak.

Dah faham? Apo loei, pi lah cari sekarang. hihi. Kalau lepas tu korang putus cinta sebab tak sehaluan, jangan salahkan aku pulak. Aku boleh cakap macam ni je "Takde jodoh la tu." "Jodoh di tangan Tuhan." "Please try again." haha

Sekarang ni aku nak bagi tips macam mana nak hadapi masalah lepas putus cinta pulak. Aku dah selalu sangat hadapinya. Ops jangan salah faham. Maksud aku, aku adalah penasihat yang baik kepada kengkawan aku yang baru putus cinta. See? Diorang masih hidup. haha. Okay, jom baca.

http://www.tersedia.info/wp-content/uploads/2011/10/break-up-letters.jpg
1. Jangan hubungi pasangan.
Tak payah nak gedik SMS, Call, Chatting, email atau apa-apa cara sekali pun. Kalau boleh, jangan berhubung langsung dengan dia. Biarkan keadaan ini berlalu lama yang mungkin. Dan katakan "Yeah, aku boleh!"

2. Luahkan pada teman rapat sahaja.
Korang mesti ada bestpren kan? Kalau rasa tak kuat nak menanggung luka di hati, cewah ayat aku, lebih baik korang luahkan pada kawan baik korang yang betul-betul memahami perasaan korang. Ahli keluarga pun boleh. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnhWZyb7JnDhZ9E4M9FRJfhzC32Z2aMTPQ6wKijdNWJgaGR_GjPQlKF756G1dHBilkow3Zo1yID5WkHTZXMiygS1ShkPtzEHMN-stXUeYf3LOt7dLryYG8ICaqgfpmOjtWnX9vzVruNoo/s1600/frust-menonggeng.jpg
3. Jangan bersendirian.
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri korang berseorangan. Memang kadang-kadang korang akan kata "Leave me alone..Please leave me alone", tapi hakikatnya korang perlukan bahu seseorang untuk menangis. Mungkin kalau berseorang, korang cenderung untuk buat sesuatu yang berbahaya seperti bunuh diri. Huish simpang malaikat empatpulohempat.

4. Menyibukkan diri.
Lakukan apa sahaja kerja yang pastinya tidak membuatkan korang memikirkan tentang si dia lagi. Kalau ada aktiviti, libatkan diri. Barulah boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

5. Kembali kepada-Nya
Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkan lebih masa bersama-Nya. Dekatkan diri dengan Allah. Hanya dia cinta hakiki.

http://www.gede-balisukses.com/wp-content/plugins/RSSPoster_PRO/cache/1b79e_fb1f2_breakup.jpg
Jadi, setakat ini aje lah yang aku boleh bagi. Aku harap perkongsian pada kali ni dapat membantu korang yang memang sedang menghadapi situasi-situasi seperti di atas. Ingat! Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lebah pun ada. haha.

Pictures :Google

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Tips Memupuk Kasih Sayang

Assalamualaikum

Bagi aku, kasih sayang ni merupakan satu perasaan. Perasaan yang hadir di dalam diri tanpa di paksa atau memaksa sesiapa. Wah, berfalsafah betul. hihi. Sebenarnya, kasih sayang itu anugerah apabila kita merasa bertanggungjawab terhadap seseorang.

Kita semua memang memerlukan kasih sayang yang secukupnya. Tanpa kasih sayang, macam-macam menda tak elok boleh terjadi. Ye dak? Cuba tengok sekeliling kita. Setiap hari, bukak surat khabar, bukak TV, bukan blog orang lain, mesti ada berita atau kisah yang tak elok. Pastu, moral of the story mesti macam ni "Kurang kasih sayang daripada ibu bapa punca remaja rosak akhlak." 

Nampak? Betapa pentingnya kasih sayang dalam keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menjaga kebahagiaan dalam keluarga mereka. Tak salah kalau kita nak ambil tahu serba sedikit cara-cara memupuk kasih sayang. Mungkin berguna untuk masa depan bila kita dah kahwin, dah ada anak. 

Jadi, hari ini aku nak bagi tips 8P macam mana nak memupuk kasih sayang dalam sesuatu perhubungan. Boleh digunakan dalam keluarga, pasangan suami isteri, kekasih, kengkawan. Adik beradik pun boleh. Lepas ni tak ade lah nak bergaduh bertumbuk-tumbuk, tarik rambut dengan kakak atau abang lagi. hehe macam selalu buat aje kan.

 *handsome jugak abang aku ni. hehe*

1.Puji
Nak buat apa malu untuk puji orang. Puji adik-beradik sendiri. Kurangkan sedikit ego dan katakan

"Cantiknya adik! Nak jumpa boipren ke?"
"Kacaknya ayah hari ni. Nak gi mana ni?"
"Wangilah ko. Pakai perfume apa?"
"Comel lah awak hari ni."

Haa, barulah timbul suasana yang ceria setiap hari dalam perhubungan. Kenalah selalu puji mereka. Tak salah kan. Janganlah puji lebih-lebih pulak. Kang orang ingat ko bodek mintak ape pulak nanti.

 *kakak aku memang anak manja*

2. Peluk
Mak peluk anak, anak peluk mak. Ayah peluk anak, anak peluk ayah. Ayah peluk mak, mak peluk ayah. Baru nampak kasih sayang dalam keluarga tu ada. Baru one happy family at home cenggini.

3. Penghargaan
Macam mana nak tunjukkan yang kita menghargai seseorang? Haa.. Bagilah hadiah ke, ucapkan terima kasih ke. Buat suprise ke. Yang pastinya mereka akan rasa dihargai. Baru bertambah kasih sayang dalam sesuatu perhubungan tersebut. 

4. Perhatian
Perhatian sangat penting dalam sesuatu perhubungan. Disebabkan kurangnya perhatian, seseorang merasa dirinya diabaikan. Dan timbul masalah yang boleh merosakkan perhubungan tersebut. Kadang-kadang, kurang perhatian dari ibu bapa menyebabkan anak-anak terjebak dalam gejala sosial. Sebab tu aku kata perhatian ni penting. Bukan aku je yang cakap.

5. Persefahaman
Persefahaman ni sama macam perhatian. Sama-sama penting.
  
6. Pergaulan
Bergaul dengan ahli keluarga waktu petang boleh memupuk kasih sayang. Bergaul dengan orang lain tak salah. Tapi jangan sampai melampaui batas. Mungkin akan menimbulkan rasa cemburu. Apatah lagi pasangan suami isteri.

 
 *seronok bercuti di Perak*

7. Percutian
Musim-musim cuti sekolah ni, bawaklah keluarga pergi bercuti. Hilangkan segala stress bekerja. Habiskan masa dengan keluarga. Secara tak langsung, kasih sayang bertambah dalam keluarga. Happy happy gituh.

8. Permohonan
Tips yang terakhir ni perlulah dilakukan setiap kali selepas solat. Doa kepada Allah supaya merapatkan lagi kasih sayang dalam perhubungan korang. Kunci kebahagiaan sesuatu perhubungan itu ialah mendekatkan diri kepada Allah.

Okeh. InsyaAllah kalau korang amalkan segala tips di atas ni, kehidupan seharian korang akan datang semakin ceria dan bahagia. Tak ade lah berpecah-belah, bercerai-berai bagai. Semoga tips di atas memberi manfaat kepada kita semua dalam mencari sinar bahagia di dunia dan di akhirat.

 *ayah dan aku*

Sumber picture : Keluarga bahagia aku. Sewaktu bercuti di Perak.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Wordless Wednesday #3




Pergh! Terkena kat batang hidung sendiri. haha. Agak-agak korang pun macam ni jugak ke?

Bye-Bye!

Komik Paling Lawak

Assalamualaikum

Walaweh, dah berapa hari aku tak berblogging. Itulah jadinya bila internet tak ada. Apa pun tak boleh. Malas nak ungkit cerita semalam, aku nak kongsi sikit pasal komik paling lawak. Ini mengikut ranking aku aje.

1. Lawak Kampus
Tak payah cakap banyak, semua orang dah tahu. Komik ni antara komik yang paling best. Boleh layan bila kita tengah stress. Ha jom layan sikit antara cerita dalam komik Lawak Kampus ni.




2. Shabu Shabu
Komik ni pun tidak kurang hebatnya jugak. Dengan kebangangan yang dibekalkan dalam komik ni, mampu buat korang gelak macam orang gila. Macam biasa, aku tepek sikit lawak Shabu Shabu kat bawah ni.






3. Junk Food
Lawak dalam Junk Food jugak tak mengecewakan aku. Memang lawak. Tak rugi kalau beli. Jom baca sikit kalau tak percaya.




Macam promo komik pulak. haha tak ada lah. Aku saje je bosan. Lebih baik aku update blog. Kalau korang bosan ke tak tahu nak buat apa, boleh baca komik-komik macam kat atas ni dekat Page Gempak Starz

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

The winner goes to...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab lewat umumkan pemenang untuk cipta dialog tu. Aku busy 2 hari yang lalu. Memang langsung tak ada masa nak online. Padahal, internet pun tak ada.

Pemenang dipilih berdasarkan undian paling banyak. Aku mintak tolong 10 orang rakan Facebook aku. Dan pemenang mendapat sebanyak 5 undian. woa, banyak jugak tu.

Ini top 5. Saje je nak list

Ezzu
Mimie
Teesaz
D'Nur Soffi Shopalista
Capital J

Malas cakap banyak. Aku umumkan pemenang cipta dialog jatuh kepada...

Pergh tak suspen langsung. haha. So, tahniah kepada pemenang. Sila inbox Facebook saya ye kak.

1. No telefon
2. Jenis Top up

Kepada yang tak berapa menang, ekceli korang semua memang lawak habes. Cuma tak dapat undian. Kalau aku kaya, dah lama aku bagi topup kat setiap orang. Itu 'kalau' lah. Lain kali aku buat lagi ye. Pastikan korang sentiasa join. Mana tahu ada rezeki lagi kat sini. 

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak sebab meluangkan masa korang untuk join contest aku yang tak berapa contest ni. Kalau rajin, boleh cuba nasib kat Lucky Draw aku di SINI.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Azam 2012

Assalamualaikum

Aku tak sangka sekejap aje 2011 akan pergi. Aku macam tak percaya tahun depan aku akan menghadapi peperiksaan yang pastinya penentu masa depan aku. Baru aku sedar yang aku dah makin dewasa. Jadi, perangai pun mesti makin matang, tanggungjawab sudah tentu makin berat. 

http://30.media.tumblr.com/tumblr_lvlmq9ySlb1r2h6ioo1_500.jpg
Apa azam aku untuk tahun 2012? Sudah pasti banyak. Tapi dalam banyak-banyak tu, tidak semuanya akan tercapai. Mungkin aku kena berusaha lebih kuat untuk merealisasikan azam 2012 aku. 

1. 9A+ dalam SPM
Itu target aku, matlamat aku, azam aku. Kalau tak dapat.... Ah tidak! 'Kalau?' Aku bukan jenis yang mengaku kalah sebelum bertanding. Kalau ada rezeki aku, insyaAllah aku boleh.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjuEEFN_KIh2dZO7ckD3BhWsLDcwR7VhWyVrmDiaBByUyW7Zp_WwBAfJ4wdpVytdjJpMREZ7zTk6MZIb0hAnAuuoXah-ruuENNN2eRPQM85zgEUmiANaGd5EJb8Sl8rgNorLkfKwyguZnV/s1600/kill+me.jpg
2. Berubah sepenuhnya ke arah kebaikan
Setiap tahun pasti akan ada azam macam ni. Entah boleh atau tidak. Mungkin boleh, mungkin jugak tidak. Tapi, aku kata boleh. Amin.

3. Jangan tinggal solat
Itu sudah pasti. Aku akan cuba. Ye, aku dah cuba. Alhamdulillah. Aku akan kekalkan. Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku. Jauhilah dari segala bisikan syaitan laknatuallah.

4. Tidak mengeluh dan jemu bila belajar
Aku tahu aku selalu mengeluh bila belajar. Aku tahu aku cepat jemu bila bukak buku Sejarah, buku Biology, buku yang penuh dengan fakta, tulisan dan sebagainya. Aku akan cuba untuk belajar erti kenikmatan dan keseronokan dalam belajar. InsyaAllah

5. Jangan lukakan hati mak ayah
Aku tahu aku bukan seorang anak yang baik, anak yang solehah. Sekurang-kurangnya aku sentiasa menyesal dengan apa yang telah aku lakukan. Alhamdulillah, aku masih sedar akan kesilapan diriku ini. Semoga hari-hari yang akan datang, aku dapat sentiasa menggembirakan hati mereka.

http://jendelaku.files.wordpress.com/2009/10/kucing.jpg?w=300&h=225
Cukuplah sekadar ini sahaja. Biarlah azam-azam yang lain tu aku simpan dalam hati. Mungkin jugak dalam laci. 

Thanks for reading my story if you are!

Oh lupa, pasal Wordless Wednesday tu, insyaAllah aku akan umumkan pemenang pada petang esok. Susah nak pilih pemenang. Semua lawak lawak. Korang pakai bomoh siam mana ni? Aku pakai kucing siam je.


Bye-Bye!

Wordless Wednesday #2

 Assalamualaikum

Jom cipta dialog lawak antara dua gambar.
 
http://img4.sankakustatic.com/wp-content/gallery/safe-ix/cats-in-crevices-006.jpg
http://img4.sankakustatic.com/wp-content/gallery/safe-ix/cats-in-crevices-004.jpg 

P/s : Aku akan pilih dialog paling lawak sebagai pemenang. Pemenang dapat topup RM5. Tetiba rasa nak bagi topup free kat korang. hehe. Tarikh mati 11 malam hari ni (Rabu) . Semoga berjaya buat aku gelak guling-guling ye.

ALREADY CLOSED

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Sertai Churp Churp sekarang!

Assalamualaikum

Tak boleh bla tajuk atas tu.haha. Ingat lagi tak entry aku pasal tips berchurp churp-ing? Rentetan entry itu, baru aku tahu rupa-rupanya masih ramai lagi yang tak tahu pasal churp churp ni. Aku ingatkan aku sorang je yang ketinggalan zaman. hehe.

Mula-mula memang aku tak reti nak ajar korang, nak buat tutorial bagai. Tapi, aku teringinlah pulak nak mencuba dan belajar. Banyak pahalanya kalau sebarkan ilmu pada orang ramai.

http://www.churpchurp.com/wp-content/themes/churpchurp-5.0.0/img/faq-q1.png
Apa itu Churp Churp?

"Menatang mende Churp Churp ni?"
"Churp Churp tu ape awak?"

Churp Churp is A Community for Social Media Influencers. "Amboih, cakap omputih pulak. Den tak paham lah jang." Okay. Sonang cakap, churp churp ni macam Nuffnang jugak. Eh, Nuffnang pun tak tahu? Pi research sendiri kat google. Churp Churp merupakan iklan secara online melalui Blog, Facebook, Twitter dan laman sosial yang lain. 

Keistimewaan Churp Churp?

"Best sangat ke Churp Churp ni?"
"Apa yang bagus sangat sampai ramai yang heboh pasal Churp Churp ni?"

Daripada korang hari-hari duk online Facebook chatting ngan awek, pakwe, kengkawan, lebih baik korang join Churp Churp ni. Ada pekdahnye jugak. Dapat duit beribu-ribu lagi tau.

Tapi aku ada baca kat facebook sorang hamba Allah ni. Dia cakap "Buat ape laa korang duk promote churp churp ni. 20 sen je kot kalau klik. Aku mintak duit kat mak aku RM2 dah konfem dapat daripada tunggu duit Churp Churp tu boleh cash out."

Apa pendapat korang? Jawapan aku : Sekurang-kurangnya aku tak nak menyusahkan mak ayah aku. Dah besar, malu kot nak mintak RM2. Paling tidak, kurang-kurang RM1K. Baru macam budak besar. haha.

Macam mana nak join Churp Churp ni?

"Tak pandailah nak join."
 "Macam susah je nak daftar Churp Churp ni."

Bermulalah pelajaran kita pada hari ini ye murid-murid. Ceh, kang ada jugak kena pelempang. haha.

1. Pertama sekali, korang KLIK SINI.

2. Sign in with Facebook > Log in > Allow

3. Authorize with Facebook > Authorize with Twitter (jika ada Twitter) > Skip

4. Setup Your Churp Churp Account 
(Pastikan korang isi maklumat peribadi korang dengan tepat dan betul)

5. Tekan UPDATE

6. Tekan pulak bahagian SETTINGS! Isi profile dengan betul. 
(Nama, alamat, no. telepon) *Penting untuk proses penghantaran cek*

7. Tekan SAVE. Then, pergi dekat SURVEY pulak. (Tanda mana-mana yang korang suka). Tekan SAVE.

8. Akhir sekali, pergi dekat Rewards. (Share campaign and copy the link)

http://www.churpchurp.com/wp-content/themes/churpchurp-5.0.0/img/faq-q14.png
Bila boleh cash out?

"Saya tak ada akaun bank kalau nak cash out nanti"
"Bila agak-agak boleh cash out?"

Bila earning korang melebihi RM100.00, kiranya dah boleh cash out la tu. Tapi, perlu diingatkan, RM1 akan dicas setiap kali korang nak cash out. Pastikan earning korang RM101 bla..bla..bla.. hehe

Pasal akaun bank pulak, pinjamlah mak ayah punya ke, abang, kakak. Takkan diorang tak nak kasi. Duit tu duit. Kalau yang dah besar pulak, tipulah tu kalau tak ada akaun bank.

InsyaAllah, rezeki yang kita semua dapat tu adalah halal jika kita menggunakan dan menyebarkan dengan betul dan jujur. Ingat! Jujur ye.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!

Terima kasih dan terima kasih

Assalamualaikum

Entah kenapa hari ni aku rasa betul-betul happy. Aku kesah hape orang nak cakap aku giler ke, buang tebiat ke. Yang pasti aku rasa diri aku sangat dihargai oleh mereka semua. 
 
Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada mak dan ayah aku kerana bawak aku jalan-jalan hari ni untuk menghilangkan kebosanan aku di rumah. Pastu, belanja aku makan itu ini. Shopping barang-barang sekolah. Terima kasih mak, terima kasih ayah.

Kedua, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan facebook dan blogger yang klik Churp Churp aku. Aku tak sangka korang sangat baik hati dan ikhlas untuk menolong aku. Terima kasih Miera yang selalu klik Churp Churp dan Nuffnang aku. Orang lain pun klik jugak. Dan aku pun klik korang punya balik ok. Terima kasih.

http://2.bp.blogspot.com/-VcAqDD3V8Xw/Tu8LXP8vEsI/AAAAAAAAAp8/Hrks1MIskas/s1600/ezzattie.png
Ketiga, aku betul-betul terharu dengan seorang blogger ni iaitu Adik Fiqa. Serious, aku sangat menghargai pemberian doodle dia. Sangat kiut. Tak percaya? Klik Sini. Kalau follow sekali, lagi bagus. Tak rugi sebab semua doodle dia sangat comel. Baru umur 15 tahun tapi dah pandai lukis doodle. Jeles. Kepada Fiqa, teruskan melukis doodle-doodle yang comel ye.

Dan akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua followers, pembaca setia blog aku yang sudi singgah, baca dan komen di blog aku. Especially Popkorn.hehe

Tanpa korang, aku mungkin tak akan berada di sini. Di mana? Di alam maya lagi. Kerana kata-kata semangat dan motivasi korang, aku masih berblogging. 

Terima kasih semua. Semoga Allah sahaja yang membalas segala kebaikan korang.

Thanks for reading my story if you are!

Bye-Bye!

Muhasabah diri seorang pelajar

Assalamualaikum

Notis : Cerita ikhlas dari hati seorang insan.

Aih semak perut aku bila pikir pasal tahun depan. Iye lah, dah tak lama lagi aku nak Spm. Homework berlambak, tak pernah nak siapkan. Inikan pulak nak buat ulangkaji. Adoi pening pening pening. Mak pulak nak hantar aku pergi tuisyen. Padahal aku menangis tergolek-golek merayu kat mak aku mintak cari pusat tuisyen.

Sebulan lebih kot cuti sekolah. Otak aku dah tepu. Hari-hari ngadap komputer. Blogging, blogwalking, facebooking bukan akulah tu kalau tak buat. 

Mak aku pulak dok bising hari-hari "Adek..adek.. Bilalah mak tengok hang ni berubah? Asyik dok ngadap komputer je. Dari pagi sampai petang pastu melarat sampai ke pagi. Orang bangun sembahyang Subuh, hang baru nak tutup komputer." 

Adoi aku pun tak paham jin manalah yang melekat kat b*ntot aku ni. Susah benor aku nak berenggang dengan komputer.Kejap, aku nak muhasabah diri.

1. Mana pergi impian kau nak dapat 9A+ tu ha?
Ish sampai terlupa aku dengan impian sendiri. InsyaAllah, aku akan cuba buat yang terbaik untup menjadikan impian aku menjadi realiti. Aku akan cuba!

2. Kau tak pernah pikir ke pasal nasib keluarga kau?
Sobs..sobs..Aku sedih bila harapan mak dan ayah aku untuk melihat aku berjaya tak tercapai. Aku kena berubah. Berubah untuk rajin belajar. Aku tak nak mak ayah aku nangis bila tengok anaknya menghampakan mereka. Aku tak nak!

3. Macam mana pulak dengan cita-cita kau yang menggunung tu?
Aihh. Eh! Jangan mengeluh. Jangan mengeluh. Kalau Malaysia boleh, aku pun boleh. Aku boleh!

4. Kau tak malu ke dengan apa yang orang akan kata bila kau dapat result hampeh?
Siapa yang tak malu kan. Mestilah malu. Aku tak nak diorang pandang rendah kat aku. Aku tak nak diorang anggap aku orang tak berguna, orang bodoh! Aku tak nak!

5. Pikirlah sikit tentang masa depan kau.
Aku tengah pikir lah ni. Adoi. Aku tak sanggup tengok masa depan aku hancur disebabkan sikap aku yang malas ni. Aku tak sanggup!

Itulah serba sedikit muhasabah diri daripada aku untuk diri aku. Walaupun ada sedikit keluhan di situ tak bermakna aku mengeluh, aku give up. Sebaliknya, aku mesti berubah. Yup! Aku akan berubah. Selamat tinggal dunia. Selamat tinggal semua. ceh

Thanks for reading my story if you are!




Bye-Bye!

Tips berChurp Churp-ing

Assalamualaikum

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang telah bekerjasama dengan aku secara langsung mahupun tidak langsung dalam kempen Churp Churp baru-baru ni. Kedua, buat Popkorn dan Syazwani. Aku tak pandai sangat buat tutorial nak ajar korang ni. Jadi, korang boleh klik SINI kalau nak belajar.

Alhamdulillah, tak sampai 3 hari aku join Churp Churp ni. Jangan cakap aku nak berlagak atau menunjuk. Lagipun, aku tahu earning korang lagi banyak daripada aku. Sebenarnya ini semua sebagai bukti aku tidak bercakap kosong atau menipu.

Aku berusaha berkempen bagai. Alhamdulillah tak sia-sia. Jadi, aku taknak lah nak kedekut ilmu pulak. Kalau korang nak ikut tips aku, silakan. Kalau taknak, aku kesah hape. haha

1. You click mine, I click yours.
Haa orang dah tolong kita, apa salahnya kita tolong orang lain pulak. Alang-alang korang berblogwalking, tetiba masuk blog geng Churp Churp, kliklah untuk dia. Pastu, inform dia supaya dia klik kita punya pulak. Tapi kalau nak ikut tips ni kena ada 1 aspek penting. JUJUR. Ingat! Haram jadinya duit tu kalau kita menipu.

2. Sebarkan iklan.
Buat satu entry khas untuk berkempen pasal iklan Churp Churp ni. InsyaAllah kalau rezeki korang, yang datang baca tu klik, dah dapat 20 sen 40 sen.

3. Letak iklan Churp Churp dalam blog.
Macam yang aku buat kat bawah header tu. Senang sikit. Orang boleh nampak. Kalau korang baik hati, pemurah, kliklah Churp Churp aku ye. *sempat lagi

4. Minta tolong kawan-kawan
Daripada kawan-kawan korang duk online Facebook, minta tolong diorang klik Churp Churp korang. Tapi, kalau diorang malas, jangan paksa pulak. Kang bergaduh, aku jugak yang kena. haha.

5. Share iklan Churp Churp di Facebook korang.
Korang boleh letak link Churp Churp korang kat post Facebook korang. Jangan pulak letak kat Facebook atau mana-mana Group orang lain. Nanti Churp Churp korang akan diblocked. Wanna try? haha.

 *gaya aku lepas berChurp-Churp. hihi*

Okay! InsyaAllah kalau korang tak langgar pantang-larang dalam Churp Churp, hidup korang akan selamat. tahpape. haha. So, jomlah kita berChurp-Churp!
Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Wordless Wednesday #1


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/390226_199549460131904_144541028966081_431395_1912514016_n.jpg
Motor untuk dijual

Hubungi : Mudah.my


Bye-Bye!

Aku, Twitter dan Churp Churp

Assalamualaikum

Perasan tak blog aku ada kelainan sikit? Tak perasan? Okay, korang perasan cantik mungkin. Sebenarnya, aku dah lama nak letak iklan Churp Churp dalam blog. Tapi, tak tahu nak letak macam mana. Godek tutorial kat blog orang, terus boleh. Terima kasih Kak Lyssa Faizureen.

http://www.churpchurp.com/wp-content/themes/churpchurp-5.0.0/img/faq-q1.png
Ehem, kalau korang seorang blogger baik hati bolehlah sedekahkan beberapa klik di iklan Churp Churp aku tu. Aku baru buat hari ni. So, earning memang 0 sen. Tiada paksaan. Kalau ikhlas, why not kan.

Kekadang tu, aku benci jugak dengan blogger yang cari duit tak berapa halal dengan Churp Churp. Maaf kalau aku terkasar bahasa. Tapi, tak elok cara korang cari duit. Jangan ikut cara di bawah yang aku nak cakapkan ni.

1. Letak gambar comel kat blog. Pastu, tulis "Klik sini kalau nak hadiah", "Hadiah untuk anda". "Rugi tak klik", "Klik cepat, hadiah menanti anda" dan banyak lagi. Dah tu, sekali klik sampai berbelas tab. Tolongglah paham. Komputer aku ni tak berapa sihat. Tak ke kena sumpah seranah nanti. Faham perasaan orang lain.

http://www.churpchurp.com/wp-content/themes/churpchurp-5.0.0/img/faq-q7.png
2. Paksa orang klik Churp Churp. Tulis kat Shoutbox "Klik Churp Churp saya cepat!", "Singgah sini, klik Churp Churp saya nanti okeh", "klik Churp Churp saya pleaseeeee". Aduhh, ini pun satu hal jugak. Merayu orang klik Churp Churp dia. Nak mintak tolong tak salah. Tapi biarlah orang yang klik itu ikhlas. Baru ada keberkatan atas duit yang kita dapat nanti. "Kab ba ro kab alif ta nun".

 3. Letak link Churp Churp kat shoutbox dan tinggalkan ayat penyejuk hati dan manis-manis "Suka blog awak. Ohsem! Singgah blog saya pulak ye." Bila tekan link tu, alih-alih keluar link ChurpChurp dia. Ayoi apa macha, kenapa buat taktik kotor macam tu? Tak baik maaa.

http://www.churpchurp.com/wp-content/themes/churpchurp-5.0.0/img/faq-q14.png
Ah terlalu banyak blogger yang sebegini. Nasihat aku untuk blogger yang ikut cara yang tak berapa halal ni, bertaubatlah. Duit tu mungkin haram. Fullstop. 


***************************************

Dengan gembiranya, aku nak umumkan aku dah ada Twitter. Entah siapalah yang bagi galakan untuk aku buat Twitter ni pun aku tak tau. Kalau korang rasa nak tambahkan kawan Twitter, boleh follow aku di http://twitter.com/nurezzat

Aku tak berapa faham sangat dengan Twitter ni. Aku tak reti nak guna macam mana. Ada sesiapa boleh tolong jelaskan serba sedikit? Aku tahu korang pandai bab-bab macam ni. Feel free to drop your comment.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Tips naikkan berat badan


Assalamualaikum

Sebenarnya entry ni khas untuk mereka yang kurus sahaja. Tapi kalau nak baca, apa salahnya. Yang tak berapa nak kurus tu, boleh tengok entry aku di SINI. Susulan dengan entry aku tu, rupa-rupanya ada jugak yang nak tips untuk naikkan berat badan. Ini kes terlampau kurus ke? 

Sebenarnya, aku tak ada lah hairan sangat kalau orang nak naikkan berat badan ni. Dulu aku pun ada jugak kawan yang kurus sangat. Makan banyak-banyak tapi tetap kurus.

Mungkin punca utama ialah genetik. Kedua ialah masalah metabolisma dalam badan. Itu aku tak dapat nak pasti. Kakak ipar aku pun kurus jugak. Nasib baik lepas kahwin dan berbadan dua ni, beratnya semakin naik. Happy aku tengok dia. hehe

Tanpa membuang masa lagi, bacalah tips yang aku bagi ni. InsyaAllah kalau ada usaha, ada juga hasilnya.


1. Ambil Supplement tambahan.
Mentang-mentanglah aku jual vco, awal-awal lagi dah promote produk. haha Korang pun dah diketahuikan sekarang ni banyak produk yang boleh naikkan berat badan. No wonderlah aku ni maintain je. hihik. Kalau nak cuba, boleh PM fb aku. Aku jual Vco Softgel Capsule Catalyst. Dah terbukti produk ni sangat berkesan.

2. Kurangkan makanan pedas.
Makanan pedas hanya membakar kalori dalam badan kita. Kalau nak naikkan berat badan, kurangkanlah makanan pedas ye.

3. Ambil makanan yang berkalori tinggi.
Contohnya ayam goreng. Kat KFC banyak jual. hehe

4. Ambil makanan yang penuh karbohidrat
Contohnya roti, kek, kekacang. Sambil korang tengok TV ke, boleh makan kacang, roti banyak-banyak. Amalkan selama 3 bulan. Lepas tu, mungkin dah nampak perubahan pada badan. haha

5. Pengambilan susu setiap hari.
Susu bagus untuk tumbesaran tulang. Kalau tulang makin besor, korang pun makin besor lah. Suka tak suka tak? hihi

6. Lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Aku sarankan yang part sayur-sayuran tu ialah ulam-ulaman. Bukan apa, sayur yang terlebih masak iaitu overcooked ni tak elok jugak. Hilang segala nutrien. Kalau buah-buahan pulak, seeloknya diambil sebelum kita makan makanan berat. *ini pendapat Dr.Fadzilah Kamsah. Tapi dari dulu, aku memang makan buah sebelum makan nasi.

7. Don't skip your meal.
Please, jangan tinggalkan waktu makan korang. Kalau boleh makanlah sebanyak 6 kali sehari. Lengkapkan pemakanan harian korang. Breakfast,lunch, minum petang, dinner, supper etc.

8. Exercise yourself.
Exercise memang penting walaupun korang nak gemuk, jangan abaikan kesihatan. Makan main telan je semua, alih-alih nanti dapat penyakit obesiti pulak. Jangan salahkan aku. 

Itu aje kot yang aku tahu kalau nak tambahkan berat badan. Amalkan lah tips aku ini. InsyaAllah, terget korang akan tercapai. Yang penting, usaha!

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Apa itu Wordless Wednesday?

Assalamualaikum

Pada mulanya aku tak berapa nak ambil tahu sangat dengan Wordless Wednesday ni. Tapi, ada lah sorang dua blogger rapat yang menggalakkan aku untuk menge-post gambar untuk "Wordless Wednesday". 
 
Tanpa menghampakan kawan blogger aku tu, terus aku research kat Google. Akhirnya...
 
"owh, macam tu rupanya."
 
"Waduh, gampang banget" *bukan mencarut. Ini bahasa asing.

"Kenapa aku sorang je yang tak tahu ni?"
 
"Ketinggalan barangkali."
 

Ye jujur aku katakan, baru sekarang aku tahu. Jadi, korang jangan nak gelakkan aku pulak. Dan aku harap Rabu ni, akan ada lah yang menanti entry "Wordless Wednesday" aku. Haha mengada. So, apa-apa pun selamat hari Isnin.
P/s : Entry mintak penumbuk. Ok, aku ngantok.

Thanks for reading my story if you are!



Bye-Bye!

Link Peserta Segmen

Assalamualaikum

Hari ni aku dapat offer kerja overtime biarpun padahal aku minta secara suka rela nak tolong sorang blogger iaitu Anys. Disebabkan dia busy dengan kerja meng-edit blog, maka dia mintak tolong aku senaraikan link peserta segmennya. Aku pun join jugak sebenarnya. 

So, aku tak nak cakap banyak. Di bawah ni selebihnya link peserta Segmen Up Follower Sepantas Kilat.

KUMPULAN 13
http://ameera-itsallboutlife.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://eyrababymilo.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://miszlowllipop.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat.html
http://pabilasayabercerita.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://sempoi9.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://haniefariha91.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://lovefyqa.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://notearsinlove.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://budax-kecix.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://iedasayangkamu.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://iniblogsayaaaaa.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://ilovemyselfforever-nasya.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html

KUMPULAN 14
http://suarapelangipagi.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://haappygolucky.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://stickergetah.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://blackpixiestale.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://jaritekan.blogspot.com/2011/12/segment-up-follower-dengan-sepantas.html
http://mysuperduperhero.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://kontemporarigurl.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://shoya96.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://push-me-in-thesky.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat.html
http://noorfazirahseran.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://amnieindahood.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://faridah4646.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas-html
http://princess-yanti.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat.html
http://bubblelovecyunkeka.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://zaujahafis.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://thetymeofourlives.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://sansan-sansanmica.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://holddatbreath.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower.html
http://daksimple.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://aqielnotebook.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html

KUMPULAN 15
http://pinkiecutegirl19.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-pantas.html
http://mitchi-motchi.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://xmbmrx.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-pantas.html
http://farra-izzaty.blogspot.com/2011/12/segmen-upkan-follower-dengan-sepantas.html
http://fatintomato.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://quenieyline.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://lightguidanceoflife.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://nurulqhisteena2010.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas_11.html
http://purplewarnaku.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://hurtcrysickdead.blogspot.com/2011/12/segmen-upkan-follower-dengan-sepantas.html
http://fatinsukasuki.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat_11.html
http://aisyahsazalee.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://everyoneolweztherebutnot4me.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://2merah1ungu3c.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://rock-and-roll-babe.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://cabburylife.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat.html
http://ceritaladiespurple.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://sweetlittle-pumpkin.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://newha-rahiem.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://faris-ris.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html

KUMPULAN 16
http://zieqafiq.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://azzafdzal.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://ceritaaleensepet.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://suecomey.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://sipurpleviolet.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://youareappleofmyeyes.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat.html
http://dearsolehah.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://pinkismypriority.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://itsmypreciousneverland.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://chomeieyza.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://parakiss-92.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://pinknlavender.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://izzahliciousblogger.blogspot.com./segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://inurqa.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://sitishafur.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://skyjuiceforever.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://insp-niska.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dgn-sepantas-kilat.html
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://palanipalish.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://asmadiary.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html

KUMPULAN 17
http://novelpelangi.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://apaharusbuat.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://littleprincess251.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://queen-nouvelle.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas_13.html
http://cintauntukkita.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://koreanpoplovers-amalina.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html

KUMPULAN 18
http://izzatulirdina78.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://biehathesixteen.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://zyzie0330chilledo.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat.html
http://sukadukahidop.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://lisa-love-life.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://haida-suraya98.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://iniciteaxoe.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://dylapinkdiaries.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://wanisaid.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://doctorvuitton.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://cerita-cik-liya.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://ceritaakudisini.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://lovepinkylife.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://nz-akusukekau.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://muhammadaie.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://fatimahazzahrazainuddin.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://afiqahsyahirah95.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-sepantas-kilat.html
http://littleprincess251.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://missppau.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://ija-s.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html

KUMPULAN 19
http://besidesyayot.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://duniaakita.blogspot.com/2011/12/tambah-nilai-giveaway.html
http://moonshine-revery.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://cheritera-hati.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://itsallaboutfateyn.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://skyjuiceforever.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://mieszniamisy.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://moonshine-revery.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://banjirbesarpunye.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://solahadi.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://havocwiey.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://firfalove.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://dinkyrara.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://akucontengs.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://nana-kecik.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://sigadispelik.blogspot.com/2011/12/segmen-segmen-up-follower-dengan.html
http://humblekindlovely.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
http://ichinmikitha.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
Akhir kata, kalau korang ikhlas follow blog aku, aku secara ikhlas jugak akan follow blog korang. Peserta segmen yang lain boleh klik link entry segmen aku. Kalau dah follow aku, PLEASE tinggalkan link korang di entry tersebut.

Update 16 dis : Sorry lambat update link.Kalau ada yang tertinggal, letakkan link korang di tempat komen ye.

Thanks for reading my story if you are!


Bye-Bye!