Goodluck For Me

Assalamualaikum

Aku gerammm. Ingat nak update blog semalam. Tapi internet kena potong hahaha. Malu giler bagitau kat korang. Tapi, mak aku kata kita kena jujur ><'

Hari ini aku letih dan aku nak update ekspres supaya aku boleh tidur dengan senang hati.


Lebih kurang seminggu je lagi aku akan final exam. Sekarang, mood blogging aku memang tengah takde langsung. Korang tolonglah bagi semangat kat aku. Ataupun tips-tips belajar sambil blogging. Itupun kalau korang ada. Kalau takde, hampehhahahaktuihh. Hehe gurau je.

Aku harap final exam ni aku boleh buat yang terbaik. Boleh dapat hadiah besor haha tak senonoh betul. Dan aku harap Addmath aku dapat A+ !
okay tipu haha. Sekurang-kurangnya C pun takpe.


Wish me goodluck okay ^.^

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Suka Kucing Tak?

Assalamualaikum

Maaflah lama tak update blog. Maaf jugak sebab tak balas kunjungan korang. Hari ini aku rasa boleh kot nak blogwalking memandangkan tak busy sangat dan homework pun dah siap huhu.

Sebenarnya motif aku buat entry kali ini nak cerita tentang kucing. Sambil-sambil itu nak tanya sama ada korang suka kucing ke tak, ada bela kucing kat rumah ke tak. Ada jugak yang takut dengan kucing haha. Kenapa takut dengan kucing?

Selalunya kita nampak perempuan saja yang ramai suka kucing. Agak susah jugaklah nak jumpa lelaki yang suka kucing kan. Orang yang suka kucing ini nampak penyayang kan. Tapi, buat lelaki yang tak suka kucing, toksah lah pulak nak berpura-pura suka kucing kat depan awek korang semata-mata nak tonjolkan sifat penyayang haha nampak sangat nipunya.

Korang semua dah tahu kan yang Nabi Muhammad s.a.w pun suka kucing. Betapa mulianya kucing di mata baginda. Sepatutnya kita peliharalah kucing dengan sebaik-baiknya. Janganlah nak sepak, tendang-tendang pulak. Berdosa. Kalau kita pelihara mereka, mereka akan mendoakan untuk kita lebih dimurahkan rezeki.

Dulu kat rumah aku banyak kucing. Tapi disebabkan ada jiran-jiran yang berhati busuk dan kejam, diorang buang kucing-kucing aku kat dalam hutan. Aku memang sedih sangat. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang terjadi kat kucing-kucing aku itu. Sekarang tinggal seekor je yang masih ada. Itupun tak balik rumah langsung. Makan ke tak aku pun tak tahu.

Memang pantang aku kalau jumpa kucing-kucing comel kat tepi jalan ke kat mana-mana ke. Mesti aku nak bawak balik rumah. Tapi, sekarang tak boleh nak bela kucing dah. Sebab masing-masing banyak hal nak buat haha. Terpaksa lah bantutkan niat aku itu.

Aku pasti ramai diantara korang yang suka kucing kan. Lelaki ke perempuan sama je. Kalau namanya manusia tu, sebenarnya ada jugak sifat penyayang. Cuma taknak tunjuk je. Pada korang yang tak suka atau fobia dengan kucing tu, mesti ada sebab tersendiri kan. Kenapa ye? Sudi-sudilah berkongsi pengalaman korang dengan kucing.

P/s for guys: Kalau korang adalah lelaki yang suka kucing, cubalah komen entry aku ini. Nak jugak aku tengok berapa ramai blogger lelaki yang penyayang hahaha.

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Tidur selepas Asar

Assalamualaikum

Korang pernah dengar tak orang kata kalau tidur lepas Asar boleh jadi gila? Sebenarnya memang betul pun. Tidur lepas Asar hukumnya makruh dan akan mewarisi kegilaan. Nasib baiklah aku ini jarang tidur petang haha. Perasan lagik dia ini.



Jadi, kenapa kita semua tidak digalakkan tidur selepas Asar?

1. Nanti cepat gemuk. Kalau korang perasan, ramai baby suka tidur petang sebab itulah diorang cepat membesar. Growth hormone banyak waktu petang dan bagus untuk tumbesaran. Tapi, kalau kita semua ini dah besar, cukup-cukuplah tu nak membesar lagi haha.

2. Akan tertinggal solat. Kita semua ini kalau dah boleh tidur, mahu 3-4 jam kan? Tak kira lah dah solat Asar ke belum tapi Maghrib kan masih ada. Tidur punya sedap sampai Maghrib pun tertinggal.

3. Memberi kesan pada tidur malam. Dah puas tidur petang, memang payahlah nak tidur malam kan. Lainlah kalau korang jaguh tidur 24 jam. Hebat!

4. Mimpi yang bukan-bukan. Pastu barulah nak menyesal sebab tidur petang. Lainlah kalau korang jenis tidur mati sampai langsung tak mimpi apa-apa tu, aku tak tau nak cakap apa dah. Memang hebat!

Itu je yang aku tahu mengikut pengalaman dan teori aku haha.
Kalau nak mengelakkan tidur petang, korang pergi lah bersiar-siar di taman ke atau pun bersenam. Kan bagus?

P/s: Kalau tidur tengah hari sebelum waktu Zohor tak apa. Tapi, sekejap saja lah. Lebih kurang 15-30 minit sahaja.

Thanks for reading my story!




Bye-Bye!

Nak Tahu Siapa Aku?

Assalamualaikum

Okay tajuk bukan main kau ye ala ala blogger tip top gitu hehe. Pada petang yang agak mendung ini, apa kata aku cerita sedikit sebanyak tentang diri aku? Kalau taknak baca tutup mata. Aku serious ni haha.


Nama aku Nur Ezzattie. Kalau nak panjang sikit Nur Ezzattie binti Mohd Nasirudin. Aku mula dikenali sebagai Tatie sejak di sebuah sekolah asrama Kuantan. Mula-mula memang aku tak berapa nak terima, lama-lama aku dah terbiasa pulak. Sekarang kalau orang panggil Ezzattie, konfem muka aku cuak giler weyh sebab selalunya cikgu je yang panggil nama penuh aku haha.

Umur aku baru 16 tahun. Aku terpaksa terima hakikat yang aku masih budak-budak. Tapi korang semua perlu tahu yang aku ini berlagak macam orang dewasa tau haha. Aku jenis yang biasa-biasa je atau lebih senang dalam bahasa omputih "I'm Mrs. Simple" hehe.

Disebabkan aku ini jenis simple, sampai sini je lah aku cerita. Ringkas bukan? wakluuu~ oh kau mencarut?

P/s: Alamak! Korang dah tahu umur aku. Jadi aku mintak maaf atas penggunaan bahasa kasar atau 'aku' kepada yang lebih tua dalam semua entry sebab aku adalah aku haha.

Aku bukan kucing dan kat rumah aku takde kucing.

Thanks for reading about myself!


Bye-Bye!

Malu terjumpa kawan lama

Assalamualaikum

Hari ini aku keluar bandar jalan-jalan dengan kawan-kawan aku. Waktu pergi, cuaca memang baik punya. Waktu balik dalam pukul 6 petang tu, hujan lebat giler disertai dengan guruh dan kilat. Takut. Takut. Takut. Tapi, Alhamdulillah sampai jugak aku kat rumah dengan selamatnya hehe. Terima kasih kepada Elis sebab sudi hantar aku pulang ^^

Aku tak tahu kenapa aku masih larat nak update blog sekarang. Aku rasa kawan-kawan aku semua mesti tengah buat kuak lentang. Tapi aku?

Eh, sebenarnya aku nak cerita something lah. Lantaklah kat kaki ini nak kebas ke, nak kejang ke, nak patah ke. Aku tetap nak blogging. Lagipun aku taip guna tangan lah haha.

Baiklah, aku tak sangka kat bandar tadi jumpa kawan-kawan lama masa kat sekolah asrama dulu. Apa yang boleh aku gambarkan waktu itu, aku memang malu giler. Janggal giler. Pelik giler. Aku dapat rasakan yang kawan-kawan lama aku itu mesti cop aku sombong. TIDAK! JANGAN! Aku cuma terkesima je waktu itu. Percayalah!

Tapi, sumpah! Aku rindu sangat kat kawan baik aku dulu. Anis Nabila dan Ain Fatihah. Tadi aku dapat jumpa Anis je. Nak menangis aku waktu itu sebab terharu sangat hehe. Dah macam jejak kasih pun ada. Tak dapat nak borak lama-lama memandangkan masing-masing busy dengan hal masing-masing. Tak apalah, nanti kita borak sampai subuh ye.

Malas nak cerita panjang sebab aku ada banyak homework Addmath nak buat ni. Sejak bila aku berubah jadi rajin ni? Sejak final exam semakin dekat haha.

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Cuti 1 Malaysia

Assalamualaikum

Pertama sekali aku ingin mengucapkan Salam Satu Malaysia dan Selamat Hari Malaysia buat korang yang berwarganegara Malaysia! Happy je aku kan? Mestilah happy sebab dapat cuti hari ini. Tak payah bangun awal-awal pagi pergi sekolah. Korang pun happy jugak kan? Ada sesiapa kat sini yang tak cuti ke hari ini? Kesian korang padan muka haha :p

Dah 5 hari aku tak update blog aku yang comel ni. Korang mesti rindu aku yang perasan ni kan haha. Sebenarnya aku tak ada masa langsung nak update blog. Apatah lagi nak balas kunjungan korang atau blogwalking. Memang tak sempat. Aku kan budak sekolah, dah tentu banyak kerja sekolah. Masalahnya aku tak buat pun kerja sekolah tu tapi macam mana masih tak sempat nak berblogging? Itu aku pun tak tahu kenapa.

Sudahlah. Letih aku menipu korang yang tak percaya ni haha.

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Perubahan yang drastik

Assalamualaikum

Maaf jika entry ini membuatkan ada mana-mana pihak yang akan terguris hatinya. Tapi, fikirkanlah dari sudut yang positif bahawa kita semua adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Namun masih ada waktu untuk bermaafan-maafan. Renung-renungkanlah wahai sahabatku.

Manusia terlalu cepat berubah kini,
Sehingga diri sendiri tidak perasan bahawa dia telah berubah sama sekali,
Tidak menerima kebenaran bahawa dia telah berubah personaliti,
Dan tidak ingin muhasabah diri,
Menganggap dirinya yang sempurna sekali,
Tanpa memikirkan orang lain, sanggup melukakan hati seorang demi seorang sahabat yang berada di sisi,
Adakah dia happy melukakan hati sahabatnya sendiri?

Mungkin suatu hari nanti sahabatnya akan menjauhkan diri,
Tinggallah dia seorang diri,
Menyepi,
Cuba mencari kelemahan dan kesalahan sahabat yang menjauhkan diri,
Menceritakan hal sebegini,
Kepada mereka yang berpura-pura sudi,
Kemudian timbullah segala fitnah di sana sini,
Tanpa mereka sedari,
Puncanya ialah diri sendiri.

Petikan sajak daripada seorang sahabat karib yang memahami.

P/S: Kepada diri yang sedar bahawa entry ini satu-satunya khas untuknya, lakukanlah perubahan ke arah yang baik sebelum terlambat. Sudah pasti kami akan memaafkan dirimu. Muhasabahlah sejenak dirimu dan fikirkanlah sebanyak mana kesilapan batin/dalam yang telah kamu lakukan. Kami juga manusia biasa sepertimu :)

Thanks for reading my heart expressions !




Bye-Bye!

Kenapa delete semua post?

Assalamualaikum

Ramai orang tanya aku kenapa aku delete semua post lama aku? Terima kasih la sebab ambil berat tentang aku haha. Okay perasan giler. Sebenarnya, aku pun taktahu nak jawab apa. Memang tak ada alasan langsung nak bagi kat korang semua.

Baiklah, ini antara alasan-alasan yang baru je aku fikir,

"aku nak mulakan hidup baru" haha ayat macam baru mengalami keruntuhan rumahtangga je.
"aku bosan dengan post lama aku" yang ini memang benar dan fakta.
"post aku dulu tak membawa erti langsung" bunyi macam merajuk tapi sebenarnya tidak!
"aku benci bila tengok post orang lain banyak dikomen, sedangkan aku?" eh yang ini aku tipu je haha.

P/S : Korang anggap jelah yang aku ini freshie dalam dunia blogging, habis cerita.

Thanks for reading my story!



Bye-Bye!

Blog baru dan semangat baru

Assalamualaikum

Korang mesti pelik kan kenapa tiba-tiba je blog aku ini jadi kosong? Sebenarnya, aku dah lama tak berblogging disebabkan tak ada semangat nak menaip di blog aku yang dulu. Dah macam rumah berhantu. Bukan macam tapi memang. Sebab tu lah aku delete semua post lama aku haha. Sekarang aku happy giler dan sangat berpuas hati dengan hasil kerja Sis Siti Aisyah yang telah mengubah blog aku dengan sekelip mata. Terima kasih Sis!

Apa yang aku harapkan lepas ini, biarlah semangat aku ini terus berkobar-kobar untuk sentiasa update haha. Walaupun aku tahu aku bukan blogger yang top dan hot macam Fatin Liyana, Maria Elena, Irene Nadia etc. Tapi, aku berblogging kerana duit haha. taklah, aku blogging kerana hobi okay.

Sudahlah. Aku tahu korang takkan menghadap blog aku ini lama-lama kan. Tapi sokongan dan tunjuk ajar dari korang sangatlah aku hargai.

Thanks for reading my first story!



Bye-Bye!